Sabtu lepas aku runner nak cari kasut. Sebab nak guna. Aku dah lama tak beli kasut. Last kasut yang aku cerita nasib Converse celup aku tu. Kalau betul-betul beli dah lama. Masih zaman sekolah dulu tu. Masa tu kasut aku berkenan kat Timberland. Siap main duit 'kutu' lagi nak beli kasut tu. Memang puas hati lah. Tambahan lagi kasut tu riwayat nya lama. Last aku pakai semasa aku pergi ekspidisi ke Gunung Nuang. Memang tak dapat diselamatkan pun.
|
Macam kasut aku dulu. Cuma aku punya tak bertali.. |
Aku cadang aku nak cari Puma Ferrari yang warna brown kat entry sebelum nie. Runner start dari Times Square. Tengok takda. Pergi ke Bangunan depan TS (Puma tepi jalan), pun takda. Jalan-jalan lagi dengan tersayang melalut ke Lot 10. Takda butik Puma pun. Terus ke Pavilion. Kat situ kan, lagi lah sedih!!! Puma kat Pavilion sangat lah kurang barangnya. Macam takda apa sangat.
Masa tu dah berputus asa. Memang patah semangat lah nak beli kasut. Lastly aku request kan tersayang untuk pergi Timberland. First masuk tengok barang macam banyak. Aku harap-harap ada lah yang aku berkenan. Sebab second choice aku Puma Ferrari kat Times Square. Ada satu kasut nie. Macam mengancam. Aku pun dah pening nak beli yang mana. Last-last aku suruh tersayang pilihkan whether Puma or Timberland. Sebab harga pun beza around RM50. Dan pilihan dia ialah Timberland yang dipersetujui aku. History of Timberland started again. hahaha
|
Kasut nie lah aku beli....! |
|
Puas aku google, yang hampir serupa ni je lah.. |
Aku tak tau lah kasut aku nie baru sangat ke sampai nak Google pun tak jumpa. Tapi memang aku tanya nie yang paling baru. Penat aku carik. Sampai lubang cacing tak jumpa yang serupa. Tak update lagi lah kot. Takpe, aku ambil pic siap-siap. haha
Akhirnya Timberland Earthkeepers CasTille Oxford Dark Brown
kepunyaan aku....!!