.

Followers

Thursday, January 27, 2011

Biler lah nak cat bilik nih...!

Minggu depan start cuti seminggu. Mid-term break. awal kan?? sebab nak sekali kan dengan cuti Tahun Baru Cina. jadi tak lah cuti banyak2 hari kan. Lecturer pon dah siap bagi soalan homework bertimbun. tapi lagi bertimbun mood malas aku sebenarnye. aku cadang cuti nie nak kemas bilik. nak cat bilik nak tukar langsir sume.

konsep macam nie sangat menarik. tak serabut kan..tapi bilik aku banyak barang..


Bilik yang sekarang warne pink. sungguh aku nyatakan di sini aku TAK SUKE PINK. asalnye nak beli colour merah tapi abang cakap macam terang sangat. so, ambil lah colour yang cerah sikit. hasilnye warna pink. dengan bilik2 die sekali PINK. hahaha..

Wahhh! cantik nye yang nie..kahwin nanti nak buat macam nie..simple jer 

Aku suke warne putih. aku nak cat bilik kaler PUTIH. biar sejuk sikit mate memandang. tapi macam cepat kotor lak. ehhh..macam lah ade budak kecik kan. tapi anak buah aku biler datang nanti akan terjah bilik aku. modus operandi nya nak ambil anak patung kat bilik aku. haish.. tapi aku memang berkenan warne putih nie.

aku rasa boleh macam nie je. sebab bilik aku kecik..

* kite tunggu minggu depan. jadi ke tak aku cat bilik nih. haha

Monday, January 17, 2011

Big Apple 365


Ianya merupakan salah satu promosi yang berlaku di Big Apple. aku tengok bende nie secara kebetulan sewaktu aku mengidam nak makan donut bersama kawan-kawan aku. Mase tu aku dengan kawan-kawan aku pergi ke SACC MALL sebab nak pergi cari interview experiences. macam2 pengalaman dapat..paling tak boleh blah biler aku cakap aku tunggu result SPM...huhu..kena tipu hidup2 kau..

Kembali ke donut tadi, aku tengok macam best jer bende alah tu. aku tanye lah pasal bende nie. kire macam kad untuk dapat diskaun apabila beli donut lah. Macam biasa lah, aku kan suke bende2 merepek gini. Berbekalkan RM15 aku pon join dan dapat goodie bag with some cute stuffs. haha..tak caye boleh tengok kat SINI..

Kad nie sesuai untuk mereka yang penggemar Big Apple Donuts sebab korang boleh dapat 10% diskaun dan kupon2 yang menarik untuk korang gunakan..haa, yang atas tu merupakan donut yang PALING AKU SUKE. SANGAT2 SUKE!!!!

Thursday, January 13, 2011

bukan 6 tapi 3.5

nombor apekah itu??
hahaha! kecik nye!!

sebenarnye aku suruh anak buah aku belikan kasut. Converse versi ciplak atau pun tiruan. haha murah sangat nak dibandingkan ori kan. RM29.90 only rather than RM115++..at least boleh jugak aku pakai buat pergi kelas ataupon sekolah bak kate mama yang selalu kejut aku pagi2 (oyon, bangun tak pegi sekolah ker?) huhu..


seingat aku lah kan, zaman aku sekolah dulu aku pon pakai converse jugak. beli kat kedai nye lah ori lah kan. mase tu baru RM55++ sekarang dah naik sebegitu pulak. mahal nye! kesian budak2 sekarang. pakai pallas ke everlest ke line 7 ke. haha..pergi sekolah aje kot bukan nak pergi mane. ntah2 sekarang budak2 pakai kasut lagi 'up' dari aku dulu.

selalu aku pakai saiz 6 jadi aku kirim lah saiz 6. last2 besar sampai kawan anak buah aku cakap 'haha..comel nye lah kaki'. jadi terpakse lah anak buah aku tukarkan balik kat Kapar nun berbekalkan kasut contoh aku. balek2 aku tengok saiz 3 SETENGAH..KECIKNYE!!!! tak kesah lah..janji dah muat..hehehe

Monday, January 10, 2011

gembire dapat tengok ziana zain!!

ihsan google
 aku memang minat ziana zain dari dulu lagi. waktu kecik2 lagu die sume aku hafal. sekarang ade yang lupe lah. tapi bile karaoke tu ingat lah balek kan. haha..tadi kat Anugerah Juara Lagu dapat tengok ziana zain perform. lame rase nye tak tengok die nyanyi. teruje giler lah tadi! hahaha

kalau korang nak tau aku minat die sampai aku benci Siti Nurhaliza. haha! you know why? sebab lepas siti muncul asyik siti je yang menang. tu yang aku tak suke. tapi sekarang okey lah. still tak minat Siti tapi acceptable lah. huhu..yang tetap best Ziana Zain.. maaf lah kepada peminat Siti ye..tulus dari hati insan kecil yang bernama oyonnn...hee
ihsan google
TETAP MAINTAIN MUDA!!

Saturday, January 8, 2011

meluat di facebook

biase lah. ade orang add aku approve je lah. malas pulak nak check satu satu. lepas tu boleh pulak buat hal. sebelum nie takde pon. semenjak kebelakangan nie pulak ade. yang meluat dan menyampah nye budak nie tak tau lah laki ke perempuan, post video yang bukan2..alahai..virus terus wall aku..

kalau satu due video lucah tu aku boleh terime lagi lah tapi nie berderet2 berduyun2 sekali post. habis semua tak senonoh biler aku update new post. ape kess???! kalau ye pon kau tu suke bende alah tu tak payah lah post bagai. memalukan betol lah. melayu pulak. konfem islam kannn...

dengan tanpa pikir panjang aku pon UNFRIEND lah dengan die. sebab menyemak kat mate aku dengan update friends aku. hahaha..padan muke kau! hahaha..mesti die cakap.." ade aku kesah??" hahaha..aku pon tak kesah lah...ish2..

Friday, January 7, 2011

runner carik minyak...huhu

sebungkus ke sepaket??? musykil2..
 semalam aku ditugaskan untuk membeli minyak masak. semua sedia maklum kan bahawa bekalan minyak masak pada waktu ini amat lah kritikal. huhu..oleh kerana mama memerintahkan aku untuk carik so aku pon pergilah. ecehhh!

mule2 aku pergi Pasaraya Meru. bekalan HABIS! lepas tu pergi Pasaraya PKS tinggal sepaket ajer. aku pon amek terus pergi kaunter. aku pandang orang lain ade yang pegang minyak. aku pergi rak barang balik tengok pekedai tu baru buka satu kotak lagi. aku pun amek lah satu lagi sebab setiap orang terhad kepada DUA paket minyak masak sahaja.

Lepas tu aku pergi pulak kedai runcit. dapat dua paket lagi. huhu..kesimpulannya, aku dapat 4 paket minyak masak untuk hari nie. okey lah tu cukup untuk bekalan seminggu. hahaha...lain hari aktiviti penyamaran akan dimulakan. aduhai, beli minyak masak je kot..huhu. MINYAK MASAK...HOHOHO...

Wednesday, January 5, 2011

masuk semester 6 dah..

kejap pulak rase nye. tibe2 dah semester 6.result LAW belum okey lagi. aish, bile lah nak okey nie. merunsingkan fikiran aku jer..semester depan aku nak praktikal. ade suggestion tak kat mane?? kalau boleh nak yang dekat2 jer dengan elaun yang berpatutan. at least lepas lah duit minyak motor aku dengan makan aku ke kan. kalau boleh lah..hehe

semalam aku nak pergi kelas menaiki motorsikal cabuk aku tuh aku khayal. boleh pulak aku nak belok ke JUSCO. nasib baik tak terlepas simpang ke seksyen 7. hahaha...! aku ingat aku nak pergi kerja. lupelah pulak yang aku dah berhenti dan sekarang aku memegang title STUDENT kembali.. hahaha..boleh pulak kan..pengalaman bekerja cukup berharga walaupon sebulan.

sekarang first week mood nak belajar takde lagi. mane ntah pergi. tertinggal kat dataran kot waktu sambut new year.haha..kebanyakan lecturer briefing subject ajer tapi ade jugak yang dah belajar. due chapter sekali harung! hahaha..yang penting jadual aku semester nie sangat best. santai di waktu petang...

Sunday, December 12, 2010

betulkah semua ini?

ini merujuk kepada result peperiksaan aku semester yang lepas. aku menggigil tengok result aku. tak pernah dapat macam nie. tersangat lah sedih. mengalir air mate aku tengok result aku dekat pukul 4 pagi. itu pun selepas kawan aku call bagitau berite buruk.

disini aku nak bagitau yang result aku DOWN sangat. tak tau lah kenape kan. aku telah FAILED dalam subjek LAW..kenapa semua ni boleh berlaku. aku pelik giler. aku dapat gred E macam aku ni tak pernah belajar langsung. giler lah!!! kan yang malang nya semua budak kelas aku failed subjek nie. adakah kebetulan???

lepas tu pagi tersebut aku dapat message yang memberitahu bahawa system UiTM ada masalah dan result tu tak betol. aku harap memang masalah system! kenape boleh jadi macam nie tak tau lah. tapi kalau betol memang result aku tu, aku tak puas hati giler. bukan sebab aku pandai tapi mane keadilan untuk kami. kami berhak dapat markah yang sepatutnya. kann???!

apa2 berita aku akan update lagi. lambat nak update sebab kerja kan..haha

Sunday, December 5, 2010

puisi cinta terakhirku.

cinta terakhir..
telah pergi dari hidup ku
kerana ego ku sendiri
atau pun terlalu menjaga hati.

cinta terakhir..
sayang ku pada mu abadi
hidup bersama yang ku nanti
akan ku kenang kau sampai mati.

sayang..
pelengkap sisi kelemahan ku
terima kasih hadir dalam hidupku
wahai cinta terakhirku.

Ya Allah,
berilah kekuatan pada kami
agar kami di tabahkan hati
dan juga fikiran kami.

Ya Allah,
panjangkan jodoh kami
aku sangat memohon kepadaMu
agar kami dapat hidup bersama.
Amin....

Monday, November 29, 2010

minggu depan result exam keluar.

10 DECEMBER 2010

YA. INILAH DETIK YANG MENCEMASKAN BAGI SELURUH PELAJAR IPTA KHUSUS
NYA PELAJAR UiTM. INI BERIKUTAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER LEPAS
AKAN KELUAR. JADI SAMA-SAMALAH KITA MENDOAKAN YANG TERBAIK UNTUK
DIRI MASING-MASING DAN KAWAN-KAWAN. DI HARAP TIADA YANG FAIL TIADA 
YANG REPEAT PAPER..INSYAALLAH...



JADI KENA PREPARE UNTUK SURAT LETAK JAWATAN JUSCO..HAHA
KULIAH DAH TAU BILE JADI SENANG LAH NAK PLAN APA2 LAGI KAN...