.

Followers

Wednesday, March 9, 2011

Done for today

Tadi dah buat test QMT. Bahagia jer rasa...
Quiz AIS pun dah sudah. Bertambah bahagia...
Dapat 20 over 25. Tak meniru tau..huhu
Lagi bahagia dapat jalan-jalan sekarang...
Lupe lak, esok ada Test MANDARIN.
Kebahagiaan ku diragut..
Walawehhh....hurm..

Tuesday, March 8, 2011

Kenapa lah Test dan Quiz rapat sangat

Baru seminggu kami habis Common Test esok ada Test lagi. Yang ni subjek Mathematics jadi lecturer nya bukan dari Fakulti Perakaunan. Jadi nya Test QMT dia buat ikut suka dia lah. Dia kan lecturer kan. Aduhai..sangat penat je rasa.

Esok juga ada Quiz AIS. Information system and of course lah semua nya teori kan. Meletop kepala aku baca teori ni. Walaupun chapter 10 dan 11 sahaja, tapi sangat lah panjang. Ish, kenapa lah aku susah sangat nak ingat bab-bab computer nie. Aku rasa kena makan kekacang banyak-banyak. Boleh menambahkan daya ingatan. Ada bagus...hahaha

Sunday, March 6, 2011

Aku baru perasan yang kawan aku nie rambut pendek

Aku online dekat Facebook untuk tengok kawan-kawan punye update aje. Aku suka tengok gambar-gambar kawan aku. Ada sorang nie kawan aku masa Sekolah Menengah Kebangsaan Meru. Dulu aku memang tak ngam dengan die. hahaha. Tapi sekarang biase-biase je lah kan.

Aku suka tengok gambar die sebab die cantik dan comel. Pakai DSLR so gambar-gambar pon cantik. Lepas tu selalu pergi jalan-jalan. Aku suka tengok. Lately ni dia pakai tudung. Pakai shawl lah kan macam-macam fesyen aku tengok. Tapi still cantik. Yelah orang cantik pakai apa pun cantik jugak kan.

Lepas aku tengok-tengok gambar die baru aku terpikir. Ehhh, bukan ke die tadi pakai tudung sanggul bukan main tinggi. Gambar sebelah pulak die pakai topi berambut pendek. EHHHH! aku view balik gambar tadi. Berulang-ulang kali aku buat. hahaha. Aku baru perasan pulak selama nie aku stalk die aku tak perasan. Apelah. Tapi apa-apa pun kau memang cantik.

Hari Nie Tidak Tenteram


CHORUS:

You know I can't smile without you
I can't smile without you
I can't laugh and I can't sing
I'm finding it hard to do anything
you see I feel sad when you're sad
I feel glad when you're glad
if you only knew what I'm going through
I just can't smile without you

You came along just like a song
and brightened my day.
Who would've believed
that you were part of dream?
 Now it all seems light years
away and now you know...

CHORUS 2:

I can't smile without you
I can't smile without you
I can't laugh and I can't sing
I'm finding it hard to do anything
you see I feel sad when your sad
I feel glad when you're glad
if you only knew what I'm going through
I just can't smile...

BRIDGE:

Now some people say
happiness takes so
very long to find.
Well, I'm finding
it hard leaving your
love behind me and you see...

CHORUS 3:

I can't smile without you
I can't smile without you
I can't laugh and I can't sing
I'm finding it hard to do anything
you see I I feel sad when you're sad
I feel glad when you're glad

if you only knew what I'm going through
I just can't smile without you…

  • Jari luka kena pisau kelmarin tapi bisa nya sampai hari nie terasa.
  • Tak makan lagi hari nie sebab tak lalu nak makan. Tapi teringin donut Big Apple.
  • Takda aktiviti jadi asyik tido jer. Badan lemah semacam.
  • On lappy layan lagu-lagu jiwang. Nangis sorang-sorang.
  • Hati tak tenang dah berapa hari dah tapi duit banyak habis.
  • Aku ingat beli barang banyak-banyak aku dapatkan tenangkan fikiran.
  • Tapi tak juga. Hati pilu jiwa sepi fikiran tak tenang.
  • Maybe i need some chocolate????????

Saturday, March 5, 2011

TAGGED FROM RUBIE..

http://mynotiey.blogspot.com/
Aku dapat tag dari rubie. Rasa malas nak jawab tapi sebab dah cakap aku nak jawab so, aku jawab lah kan. Orang dah tag tak kan nak biarkan jer. hahaha. Nanti kalau aku tag orang lain karang tak dijawab nanti. hahaha...Apa-apa pon meh aku jawab soalan yang aku  berjaya 'ctrl + c' sebab tak boleh 'right click' hahaha.. 
                                                                                                                                                           
 
Apa benda yang paling penting dalam hidup korang?
Soalan nya benda kan.So..
Duit Agong bagi kat aku, Motorsikal cabuk aku, Handphone Nokia jatuh hidup lagi,
Netbook HP yang comel dan IC warganegara Malaysia (biru taw). 
huahahaha..

Benda yang terakhir korang beli menggunakan duit korang sendiri?
Mestilah baju. POP SODA @TheCurve RM56.00 
with 50% off...huhuhu

Dimana tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan korang dan tema perkahwinan korang?
Kalau ikot hati nak buat kat Dewan @ Ballroom. Sebab boleh decorate puas-puas.
Tapi oleh sebab aku orang kampung dan anak bongsu, sebaiknya aku buat kat rumah jer.
Tema pulak aku suka putih. Tak putih silver pon jadik lah. Yang pasti kena banyak bunga.
Sebab aku suka bunga. Lagi cantik bila malam banyak lampu. Sebab aku teruja 
tengok lampu banyak2 nih. Nak lawan i-city. Pasang spotlight siap mercun.
Ingat dapat??? hoho

Adakah korang bercinta sekarang?
Memang aku bercinta. Yes. Cuma tak confirm kahwin ke tak.
Sebab nya tak tahu lagi. hahaha. Bercinta dengan diri sendiri syok sendiri pulak kan.
Bercinta dengan orang lain penuh dengan komitmen. Heh..

Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
Ehhh, tak tau lah pulak berapa lama. Sebab tak tahu lah cinta ke sayang.
Sebab istilah tu maksudnya berbeza-beza lah. Tapi kalau perasaan tu 
bertahun-tahun jugak rasenya.

Dimana korang selalu berjumpa dengan kekasih korang?
Jumpa kat rumah aku lah. 
erm....

Novel/buku/majalah yang terakhir korang beli?
Novel Lafazkan Khalimah Cintamu kat POPULAR@JuscoBukitRaja
RM26.90 with 10% off. Sebab ahli orang-orang fofular kan...
Die kasi murah sikit lah..hahaha 

Apakah nama penuh korang?
Nurul Aina Suhana Binti Abdul Manaf
(sebijik dalam IC)

Antara mak dan ayah korang, yang mana korang lebih mesra?
Entah lah. Dengan mama biasa2 je. Bila ada hal-hal penting jer.
Abah dah takde. Tapi dari dulu memang ngan abah. Sebab abah baik.
Tak pernah marah-marah. Mama dan Abah tak pernah pukul atau jentik pun.

Namakan orang yang korang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang?
 Orang terkaya di dunia.
Banduan2 di seluruh negara.
Orang yang genius.
Kanak-kanak yang comel.
Kembar aku ada tak???? hahaha

Adakah korang basuh baju korang sendiri?
Mestilah tak..Mesin buatkan. Aku tinggal letak jer.
Tunggu kejap lepas tu dah boleh sidai..
Ada bagus dengan teknologi..

Dimanakah tempat yang korang betul-betul nak pergi?
Tempat yang penuh dengan bunga hidup.
Tempat-tempat bersejarah.
Dasar lautan yang penuh hidupan laut.
Gunung berapi aktif yang berasap-asap.
ISRAEL

Pilih salah satu, peluk atau cium?
Definitely peluk. Betul tak tipu.
Hugging is better than ever.

Beritahu 3 benda tentang orang yang tag korang
Suka makan 'jejari' slanga sikit kat R tu ye..haha
Suka download cerita or drama kat blog.
Suka panggil orang 'mak cik'
 

5 benda yang korang sangat-sangat sayang dalam hidup korang?
Macam soalan yang mula2 tu kan. Aku copy paste jap.
Duit Agong bagi kat aku, 
Motorsikal cabuk aku,
Handphone Nokia jatuh hidup lagi,
Netbook HP yang comel 
Pemberian orang kepada aku.

5 lagu yang korang suka dan selalu dengar?
Opick - Rapuh
ACAB - Setelah
Lenka - Trouble Is A Friend
One Buck Short - Wait For It
SharpShooter - Panji-Panji Reggae
 
bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?
20 Februari 1989
Sambut kat rumah. Mama belikan kek. huhu
Sambut dengan adik-beradik dan anak-anak buah jer..

5 orang blogger yang korang nak tag
cerita sikit blogger yang pertama korang tag
My Classmate. Panggil Die RED. Memang suka pakai baju RED.
Pengendali blog SAYA PUNYA SHAWL.
Bawak kereta Jaguar selalu parking kat tempat Staff UiTM. haha
Baru semester ni ada sticker pelajar rasenya. hahaha




DONE!!!!!


MALAM INI...HATI SAYU..


Adakah kau berada di sana
Ku dapat rasa kehadiranmu
Walau hanya di dalam kalbu
Ku merindumu selalu

Pelik juga tapi kupun rasa
Bagai kau berdiri disisiku
Terkenangkan waktu ketika
Berdampingan bersama-sama

Setiap pertemuan
Pasti akan temu detik perpisahan
Walau kini terpisah
Kenangkanlah saat indah
Sebagai penyembuh rindu

Kita tak ditakdirkan bersama
Untuk masa yang lebih lama
Biarpun hanya seketika
Kehadiranmu dirasa..rasa

Setiap pertemuaan
Pasti akan temu detik perpisahan
Walau kini terpisah

Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh rindu
Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh rindu


  • Hardest things in life = Having words in my heart that I can't speak out loud!
  • Happiness starts with 1 word, 1 joke, 1 text, 1 phonecall, 1 song, 1 hug, 1 kiss, and STOPS at... 1 Mistake!  

Friday, March 4, 2011

Review bag dari blog kawan!

Macam biasa aku kan memang seorang yang suka tengok bag. ehemm TENGOK jer lah. hahaha. Jadi bila ada masa terluang aku akan search mana-mana bags buat aku cuci mata. Okey, bags ni dari blog kawan saya. Check it out!!!
 
 
CODE : BH02
AVAILABLE
RM70 each
( excluded postage )
  From: 





PINK BUTTERFLY
RM60
Includes postage : RM65
Measurement : 14.5 x13 
From:

Thursday, March 3, 2011

TEST SUDAH BERLALU

Hari isnin dan selasa lepas aku test. 1 hari ade 2 paper kan. KILLER!! terasa diri ini bengap sangat. Benda kecik-kecik pun lupa. Bende yang dah dihafal tiba-tiba lupe. Biase lah tu, paper pukul 2.30 pukul 12 baru start baru. Bijak kan aku nih..huwahahahaha

So, memang ade soalan yang aku tak leh jawab. Aku rasa macam soalan tu tak bagi maklumat yang cukup jadi nak kira tak boleh. Elehhhh! salahkan soalan pulak..hahahaha. betul serius! kawan-kawan aku pun tak leh jawab bukan aku sorang. Yes, ade geng! hahahahaha

So tadi kelas macam biasa. RAMAI YANG TAK DATANG sebab nak rileks dulu lepas test kan. Lecturer perli-perli je sape yang tak datang kelas. Nasib baik aku datang..hehehe *bangun lambat pagi tadi. Minggu depan ada test lagi. Test 2 QMT, presentation PBL 3 dan hantar assignment yang bertimbun hujung bulan nie..

To myself: Jangan tangguh2 nanti last minute susah.

Sunday, February 27, 2011

berkampung kat rumah orang

Hari isnin dan selasa aku ada test. Jadi aku pergi rumah kawan aku untuk study. Asalnya sabtu petang nak balik tapi tak jadi lalu balik petang ni. Aku study kat sini dah lepas 2 subject. Stay up sampai pukul 3 jer lepas tu tidur terus. Ngantuk giler..

Sebelum tu, Sabtu paginya aku dengan kawan-kawan aku ni buat kek batik. 2 adunan guna 2 bungkus biskut marie. Banyak tu lagipun rumah ni ada 7 orang campur aku dah 8 orang. Sekarang nie pun tinggal 1 bekas je lagi. Yang lain semua dah habis dimakan.. Dari itu hari dieorang suruh datang suruh buat kek batik. Jadi semalam aku beli barang-barang pagi tu terus buat.

Penat lah study. Dah lah 1 hari 2 paper. Chapter yang cover banyak pulak tu. Pening sangat. Kalau yang teori lagi lah. Mengantuk lepas tu baca tak tau lah masuk ke tak. haha..InsyaAllah...

Thursday, February 24, 2011

Masuk darjah 6 balik..

Kadang-kadang ada benda yang kita dah lama tinggal kita akan lupa. Contohnya kenapa air laut pasang dan surut, berapa planet ada kat alam semesta ini atau pun macam mana nak selesaikan segitiga dalam bulatan. Semuanya aku alami dan mujur lah aku ada ingat sikit2. Aku kalau bab matematik ni memang boleh lah kan. Tapi kalau bab sejarah ke atau pun sains ke memang lemah. Pasal tak minat.

Tadi aku tolong anak buah buat homework dia. Pasal FOOD CHAIN dan FOOD WEB. Ape bende tuh. Food chain tau lah Food web nie apa lak?? Yelah, sedia maklum lah dulu kan aku belajar semua Bahasa Melayu. Tak minat Bahasa Inggeris pon tu yang selow sikit..hahaha..

FOOD CHAIN tu merujuk rantaian makanan yang melibatkan tumbuhan dan haiwan. Tumbuhan dikenali sebagai primer dan haiwan pulak sekunder. Dulu aku belajar macam nie lah. Betul ker tak?? Jadi setiap haiwan dan bergantung kepada haiwan yang lain atau pun tumbuhan. Bergantung jenis haiwan tersebut samada herbivor, karnivor atau pun omnivor.


FOOD WEB pula gabungan rantaian makanan dan dijadikan satu rantaian makan yang besar. Setiap hidupan tidak terhad kepada satu hidupan yang lain. Ini boleh dilihat didalam satu habitat yang mengandungi pelbagai jenis hidupan. Contohnya katak boleh di makan oleh ular disamping di makan oleh burung helang.