.

Followers

Friday, July 30, 2010

Korang pernah tak buat sambungan air haram?

sumber google


Macam pelik pulak aku tanya kan. Tapi adakah korang pernah buat atau kawan2 ke keluarga korang buat? Mesti ada yang tak ada yang pernah. Ada jugak korang tak tau sama sekali sebab korang tak penah ambil pusing pun perkara nie. Aku nak lah berkongsi serba sedikit pengalaman aku berkaitan benda ni.

Keluarga aku pernah la buat sebab masa tu air kena potong dah cecah ribuan ringgit. Tak dibayar2 dan 5 buah rumah pakai 1 meter. Pastu ada yang lepas tangan lagi buat bodoh je bil sampai. Aku sebenarnya tak suka benda macam ni terjadi kat family aku tapi dah kehendak orang tua kan. Aku bising2 pun tak diambil peduli. Saat paling sadis bila orang datang check meter air. Masa tu kelam kabut tutup meter air sambungan yang dibuat.

Lepas orang nya blah bukak meter balik. Macam tu lah tiap2 bulan dan benda ni family aku je tau. Nak ditambah teruk jiran aku jenis buzy body punya orang. Bil2 air selalu kat rumah dia ntah la wat kajian ape suma pastu cakap kat jiran lain. Alih2 jiran lain tarik muka pasal cakap kitaorang curik air diaorang yang padahal nya banyak paip bocor.

Aku dah penat la ngan suma benda nie. Bila lah nak abis dan hidup tenteram. Kalau aku dah keje ke banyak savings ke dapat duit insurans nyawa arwah abah ke takpe lah. Kalau ada dah lama aku setle kan benda ni. Aku buat yang termampu berbekalkan duit kat tabung haji aku yang hasil daripada sumbangan duit raya yang aku kumpul dulu sebab aku anak yatim dari kecik. Kalau tak,tak tau lah...

Wednesday, July 28, 2010

Power Of 10 Sen



Lepas habis kuliah aku pergi ke PC FAIR di UiTM dengan kawan aku. Nak beli antivirus asalnya tapi jalan2 dan temui something yang interested. Penah dengar pasal Power of 10Sen????? Aku pun first time dengar benda ni pastu berminat sangat. Dianjurkan oleh badan NGO untuk kanak-kanak. Pastu aku beli button badges kempen ni RM5 jer dapat 3...huhu..cantik! tapi sayang tak upload lagi gambarnye

Power of 10Sen adalah kempen yang khususnya membantu kanak-kanak seluruh dunia. Kempen ini memberi kesedaran kepada generasi muda pada masa kini tentang kekuatan 10 sen dengan kerjasama Malaysia Global Peace Festival. Tujuan utama ialah untuk mengembangkan budaya MEMBERI dan menanamkan semangat sukarelaan kepada anak muda.

Falsafah di balik kempen ini adalah bahawa semua orang mampu untuk memberikan 10sen. Slogan mereka ialah "Ketika kita meminta orang muda untuk menyumbangkan 10sen, kami tidak meminta wang mereka, kami meminta untuk hati mereka". Kempen ini mempunyai harapan bahawa jika mereka dapat menginspirasi semua anak bangsa untuk secara sedar menyertai dalam tindakan memberi sekali, setiap hari, maka mereka pada akhirnya akan mendorong generasi, bertanggung jawab, dan perhatian individu beretika.

Untuk maklumat lanjut http://www.power10sen.org/ atau nak menderma boleh kat sini http://cup.com.my/
Sape yang nak jadi sukarelawan leh daftar ye..Mekasih..

Monday, July 19, 2010

kenduri arwah kat rumah...


tarikh : 18 julai 2010
masa : lepas solat maghrib
tempat : jalan paip meru (umah aku lah)


Sebelum ramadhan menjelma ramai kaum keluarga yang buat kenduri arwah. Sana sini ade kenduri tak ketinggalan keluarga aku. Before this we all buat kenduri kat rumah pakcik aka rumah peninggalan arwah nenek. Sekarang ade krisis keluarga so mama pun menawarkan buat kat rumah aku. Aiseh, nak buat kenduri pun berkire sangat. Malas nak kemas konon (bajet pembersih lah).


Malam tu ramai giler orang datang. Penuh umah aku sampai ke dapur. Aku cakap kat kakak aku ni tanda nya kena besar kan rumah la nie..ecehhh! Kakak aku cakap banyak la ko besarkan rumah..hehehe...Makan untuk kenduri just simple kuih-kuihan aje..Ada lengkong (agar-agar), kek coklat, kole-kole (kuih dari kacang hijau), karipap, kuih yang inti serunding pastu pisang dan tembikai..


'berkat' pulak ade nasi, sambal goreng (jawe), mee goreng dan ayam masak merah. Untuk kenduri ni aku penyumbang kek coklat..start 1 pagi sampai siang esok nye aku tak tido bakar kek. ade 6 biji semua nya dan habis..aku bakar satu2 tu yang lambat nak tunggu tu..hahaha. Lepas kenduri je dalam pukul 9 lebih aku dah terbaring kat atas katil bilik mama. Dengar orang riuh rendah sibuk kemas rumah semua dan aku hanya mampu pejam mate..hahaha..

Wednesday, July 14, 2010

ACCOUNTING LEADERSHIP CAMP

Program : Accountancy Leadership Camp
Date : 9 - 11 Julai 2010
Location : Kem Idaman Nurani, Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor

Kursus kepimpinan ni atau pun kem motivasi diadakan bagi wakil pelajar Fakulti Perakaunan dari empat persatuan pelajar iaitu SMF, ABACCS, AFTAS dan APACS. Aku dari SMF (Sekretariat Fakulti Perakaunan) jadi bendahari kehormat ( hehe..mate duitan). Program tak lah terlalu padat tapi sangat penat macam night walk, jungle treaking, explorace dan macam2.

Paling sadis waktu malam ahad. Explorace start pukul 1.30 pagi dan kena pergi enam checkpoint. Checkpoint pertama lah sampai berjam2 tak tau ape klu nye. Selidik punye selidik rupanye nombor MPP dan kena call pastu guna negotiation skills to get the next clue..mak aii, penat je ulang alik sane sini rupenye hurm...
Explorace nie habis dalam pukul 5.30 pagi then aku tido dalam pukul 6.00 pagi..

Nasib baik majlis perasmian dan penutup mula pukul sebelas. Aku tido je pasal penat sangat sampai breakfast pun aku skip..huhu..Gambar tak banyak sangat pasal tak sempat snap picture. kalau buat aktiviti pun asyik masuk hutan masuk sungai. Camne lah nak snap pic kan. hehehe..bulat kan aku pakai tudung siap nie..terpakse pasal kalau bawak tudung bawal komot sangat...hehe...pape pon comel lah...hahaha...BULAT!


first time aku ambik gambar pakai telekung...hihi 






aku, bashirah dan asyikin..
mase ni kat surau..sebelom aktiviti sakit kaki..
hahaha




                                                                               yang nie ialah aliaa.  
                                                                       presiden SMF kitaorang..




 
                                                     setelah tiga hari 2 malam yang penat..
                                                              akhirnya BALIK JUGAK...!!





Terima kasih semua...kalau jumpa tegur2 la ye...hehehe
from aku si budak bulat..hehe..aku beli kasut sport semate-mate
nak pergi camp ni lah...

Monday, July 12, 2010

tunggu update dari saye

just back from sungai congkak yesterday
for Accountancy Leadership Camp
so tired and overslept until
not attend my class this morning...


Wednesday, June 30, 2010

Handphone aku digelar sampah..

Hahaha..untuk sesiapa yang rasa handphone aku macam sampah aku tak kisah apa korang nak cakap. Pasal aku gembira lagi happy pakai handphone aku yang sekarang ni. Orang lain berlumba2 nak tukar handphone yang canggih manggih yang ada tu lah ni lah kan tapi aku tetap ngan handphone buruk aku nie.

Sapa cakap aku tak de minat kat teknologi. Sapa cakap aku tak teringin nak pakai handphone yang best2. aku ada lah jugak NAK pakai tapi aku gunakan duit aku untuk benda yang perlu dulu. Sampai kan kawan aku cakap "aina, t dapat duit JPA ko belilah handphone baru. Sakit mate aku tengok handphone ko" hahahaha..aku tak kisah lah aku jawab "tunggu button handphone aku sume tercabut"

Handphone aku sekarang ni button * takde dah. Mana ntah pegi nye dalam handbag aku takde pon. Aku bukan malas nak tukar housing (betol ke?) handphone tapi baik aku guna wat tengok wayang ke makan ke takpon masuk tabung manggis. Nanti lah naik semester baru aku baru tukar.hihihi

Friday, June 25, 2010

buang facebook badge..

Aku baru je remove Facebook Badge dari blog aku..hahaha..pasal dia tak display pon macam sebelom nie..ada name jer tapi x kuar pon badge nye. Dah remove buat balik pun stil macam tu gak..Last2 malas dok pikir dan rasa bende tu semak aku buang lah..habis citer..huhu..:)

p/s: iklan nuffnang dah kembali..hehehe
      tapi kejap2 hilang..

Award from UBI..

terima kasih kepada ubi 
kerana bagi award nie kepada aku...
hahaha..sebelom nie ada orang bagi jugak
tapi aku tak tau nak wat camne...sengal kan?

anyway thank you to ubi for this award
this is because i'm one of his new followers..
0 _ 0

Wednesday, June 23, 2010

Ade je komik hilang..

Aku memang suka baca buku lagi2 komik dari gempakstarz. Komik-komik ni memang bertimbun lah kat bilik aku. Lagipun aku takde rak nak letak komik ni so aku letak jelah elok2 atas kotak. Masalah nya aku bengang betul lah kalau sape2 baca pastu tak pulang. Yang paling sadis anak buah aku terjumpa komik aku kat dalam rumah sewa kosong belakang rumah aku. Hish, sapa pulak yang bawa pergi sana pun tak tau lah.

Kalau komik yang tajuk tak bersiri hilang memang lah aku tak ingat. Ni yang bersiri pun hilang. Macam ada 1 hingga 4 buah yang ada 1 dengan 3 jer..yang lain lesap dah. Sedih woo pasal aku sayang giler komik nie. Yelah at least if aku bosan ke boleh jugak aku baca balik dan gelak sorang2 macam orang giler.hahaha

Pastu kot2 boleh jugak aku wariskan komik2 ni kat anak-anak aku nanti..(dah jauh dah pikir) yelah, bagus apa kalau anak-anak ada hobi yang sama. Nanti bila diaorang nak beli komik ke tak lah aku membebel macam mak bapak orang lain..(kot lah). Sebab aku pun suka baca sama. Ingat dulu masa sekolah mak aku bebel aku beli buku. Biasa lah kan tiap2 bulan RM20++ aku mintak nak beli buku atau majalah atau komik atau apa2 lah. Sampai mak aku cakap " nanti kalau lapar tak payah makan nasi, makan buku2 tu" hehehe..:P

*sekarang aku dah buat data entry tajuk komik2 aku dengan penulis nya kat Microsoft Office OneNote..hahaha..senang nak check..

Thursday, June 17, 2010

Susah sangat ke jaga mak kite sakit????

Seorang emak boleh menjaga anak yang ramai. Samada lima ke enam orang ke sehingga kan melebihi sepuluh orang pun seorang emak boleh menjaga anak nya. Tetapi yang dikesalkan anak-anak tersebut tidak dapat menjaga emaknya yang sakit sedangkan mereka semuanya berharta dan hidup senang.

Benda ni berlaku kepada nenek aku sendiri iaitu nenek sebelah arwah abah. Sebagai cucu aku memang tidak rapat dengan nya kerana nenek aku tinggal bersama mak cik dan pak cik ku..lagipun dari kecil lagi aku memang tak ngam dah dengan nenek aku sendiri. Tapi yang sedih takde sape pun anak-anak nenek aku ni nak menjaga dia. Alasan sangat lah banyak anak masuk kolej lah, tak larat lah, sibuk dengan kedai lah dan macam-macam lagi.

Kebetulan nenek aku baru jatuh dan tidak boleh jalan. Takde sape pun bawak pergi klinik malah ada yang cakap bagi pain killer je baiklah…kakak sulung aku dengan cik Ani (makcik) kongsi duit beli ubat kat farmasi. Nenek aku sampai cakap kat mak aku tolong panggilkan orang yang pandai urut takpe nanti upahnya aku yang bayar sendiri..Mak aku sedih je dengar. Sebagai menantu dan abah aku dah takde sepatutnya anak la kan yang kena jage. Macam tak patut pulak mak aku jaga dan mak aku sorang jer menantu yang merupakan ibu tunggal.

Sekarang yang banyak jaga cik Ani (makcik). Nanti cik Ani nak masuk hospital sebab ape aku tak tau tak de sape jaga nenek aku. Mak aku dengan kakak dah pakat nak amik dan jaga nenek aku. Biar anak dia sendiri jadi segan kat mak aku..yelah tak patut buat macam tu kat mak sendiri..Sebenarnya cik Ani tu lah merupakan anak yang selalu kena marah semasa kecik ngan nenek aku..semua nya salah.tapi bila sekarang cik Ani lah yang jaga dan tak bising2 pun..

Untuk cik Ani terima kasih jaga nenek dalam susah payah dengan tulang empat kerat. Untuk pakcik dan makcik yang lain tolong lah cik Ani..bagi la sikit duit sebab nak beli pampers nenek..