.

Followers

Sunday, March 13, 2011

SELAMAT PAGI..

Hai semua, selamat pagi. Hari nie hari ahad mesti korang ada plan masing-masing kan. Nak pergi jalan-jalan, nak pergi ziarah orang, nak pergi rumah orang kahwin, nak kemas rumah nak macam-macam lah. hahahaha.. Sama juga dengan aku. Kejap lagi aku nak pergi rumah saudara aku kahwin. Dekat jer. Naik moto pun boleh..

Dah lama rasa nya tak update blog aku nie. Berlumut dah. hahahaha...Rasa nya hujung minggu nie cuti nya kejap jer. Esok dah ada kelas balik. Budak sekolah best lah. Cuti seminggu kan. Nasib baik aku takda anak lagi. Kalau tak mesti kena bawak anak-anak jalan-jalan. Dah lah tengah bulan. Aish, kewangan aku akan dijaga sebaik mungkin. Aku kan bakal AKAUNTAN. huk huk

wokey, nanti aku update aku pergi umah saudara aku tu ye..see ya!

Wednesday, March 9, 2011

JANGAN pandang camera!!!

Aku baru je dapat tagged contest dari AKAK NORA. Kebetulan aku nampak update akak ni dan aku pon view lah. Aku tengok ada nama OYON tapi tak link pulak kat nama aku tu. OYON lain ker?? Tapi boleh tak kalau aku ngaku itu aku. Dan aku pun menjalankan tanggungjawab aku. hehehe


SILA KLIK PADA BANNER FOR FUTHER INFORMATION

Syarat-syarat nya ialah:

1. Jadi FOLLOWER blog INI.
2. Buat entry dengan tajuk contest----> JANGAN pandang camera!!!
3. Pilih 1 GAMBAR sahaja. tak kisah la gambar sorang2 @ ramai2..gambar candid ke atau gmbr dari tepi@belakang ke...boley jer...yang penting JANGAN pandang camera okeyhhh!!! Letak banner di atas di dalam entry anda dan link kan terusss ke entry contest ini.
4.Kalau boleh letak lah banner contest ni kat sidebar sekalii...he3
5. TAG sekurang-kurangnya 3 orang blogger (lebih lagi digalakkan) dan pastikan mereka tahu.
6. Tinggalkan LINK entry penyertaan anda pada bahagian comment entry ini.


Jadi aku mempertaruhkan gambar ini....


aku yang mantap. hahahaha. mengong


Aku tag kepada:

Mana biskut nya??

Aku melintasi bilik mama. Aku tengok mama pakai tudung. Aku tanya mama nak pergi mana..Mama cakap nak pergi kedai beli daun sup. Haa!! Okey jugak lah tu. Aku rasa lapar lah pulak kan. Boleh kirim apa-apa @ jajan @ cemilan. Erm... Mama belikan biskut...! My request...

Aku pun online lah kejap. Dengar mama dah balik. Lepas 10 minit aku keluar bilik. Konon nya nak check lah kan apa mama beli. Nak makan biskut katenye. Hehe..WAHH.. ada dua plastik lagi. Ada harapan..
Plastik pertama, minyak masak, cili kering, cili basah, daun sup dannn cili kering juga..Okey takpe, plastik kedua pulak. PISANG ONLY!!

Huwa!! Mana biskut nya! tak kan dah tukar jadi pisang. Tak kan kat kedai tu langsung takda biskut. Kempunan aku malam nie nak makan biskut. Isk!! Sedih wooo.. Takleh stadi lah macam nie..

Kawan aku dah ada FB

Mula-mula aku ingat sapa lah yang add aku nie. Tapi nama nya macam kenal. NUR LIYANA IBRAHIM. YA!! memang aku kenal. Lah, yana rupanya. Setelah sekian lama akhirnya ko buat jugak account Facebook ye. Orang lain dah ramai yang tutup dia baru nak buat. Alasan dulu tak buat " aku tak reti lah nak guna, aku takut lah nak buat, nanti kawan-kawan aku add aku, nanti sepupu aku add aku"

Itulah alasan yang selalu digunapakai oleh Yana nie. Hahaha. Macam ini punya orang pun ada ka?? Lepas tu letak gambar menara berkembar. aduhai, letak lah gambar sendiri. Profile picture die kalau kat mana-mana takda yang gambar sebenar. Banyak nya gambar anime kesukaan die lah. Lepas tu kalau pergi mana-mana, dia memang suka bawa kamera. Tapi tak ambik gambar sendiri. Malu katanya. Aku yang guna amik gambar candid dia. hahaha, Padan muke..

Kawan-kawan yang kenal, add lah dia ye. huhu

Done for today

Tadi dah buat test QMT. Bahagia jer rasa...
Quiz AIS pun dah sudah. Bertambah bahagia...
Dapat 20 over 25. Tak meniru tau..huhu
Lagi bahagia dapat jalan-jalan sekarang...
Lupe lak, esok ada Test MANDARIN.
Kebahagiaan ku diragut..
Walawehhh....hurm..

Tuesday, March 8, 2011

Kenapa lah Test dan Quiz rapat sangat

Baru seminggu kami habis Common Test esok ada Test lagi. Yang ni subjek Mathematics jadi lecturer nya bukan dari Fakulti Perakaunan. Jadi nya Test QMT dia buat ikut suka dia lah. Dia kan lecturer kan. Aduhai..sangat penat je rasa.

Esok juga ada Quiz AIS. Information system and of course lah semua nya teori kan. Meletop kepala aku baca teori ni. Walaupun chapter 10 dan 11 sahaja, tapi sangat lah panjang. Ish, kenapa lah aku susah sangat nak ingat bab-bab computer nie. Aku rasa kena makan kekacang banyak-banyak. Boleh menambahkan daya ingatan. Ada bagus...hahaha

Sunday, March 6, 2011

Aku baru perasan yang kawan aku nie rambut pendek

Aku online dekat Facebook untuk tengok kawan-kawan punye update aje. Aku suka tengok gambar-gambar kawan aku. Ada sorang nie kawan aku masa Sekolah Menengah Kebangsaan Meru. Dulu aku memang tak ngam dengan die. hahaha. Tapi sekarang biase-biase je lah kan.

Aku suka tengok gambar die sebab die cantik dan comel. Pakai DSLR so gambar-gambar pon cantik. Lepas tu selalu pergi jalan-jalan. Aku suka tengok. Lately ni dia pakai tudung. Pakai shawl lah kan macam-macam fesyen aku tengok. Tapi still cantik. Yelah orang cantik pakai apa pun cantik jugak kan.

Lepas aku tengok-tengok gambar die baru aku terpikir. Ehhh, bukan ke die tadi pakai tudung sanggul bukan main tinggi. Gambar sebelah pulak die pakai topi berambut pendek. EHHHH! aku view balik gambar tadi. Berulang-ulang kali aku buat. hahaha. Aku baru perasan pulak selama nie aku stalk die aku tak perasan. Apelah. Tapi apa-apa pun kau memang cantik.

Hari Nie Tidak Tenteram


CHORUS:

You know I can't smile without you
I can't smile without you
I can't laugh and I can't sing
I'm finding it hard to do anything
you see I feel sad when you're sad
I feel glad when you're glad
if you only knew what I'm going through
I just can't smile without you

You came along just like a song
and brightened my day.
Who would've believed
that you were part of dream?
 Now it all seems light years
away and now you know...

CHORUS 2:

I can't smile without you
I can't smile without you
I can't laugh and I can't sing
I'm finding it hard to do anything
you see I feel sad when your sad
I feel glad when you're glad
if you only knew what I'm going through
I just can't smile...

BRIDGE:

Now some people say
happiness takes so
very long to find.
Well, I'm finding
it hard leaving your
love behind me and you see...

CHORUS 3:

I can't smile without you
I can't smile without you
I can't laugh and I can't sing
I'm finding it hard to do anything
you see I I feel sad when you're sad
I feel glad when you're glad

if you only knew what I'm going through
I just can't smile without you…

  • Jari luka kena pisau kelmarin tapi bisa nya sampai hari nie terasa.
  • Tak makan lagi hari nie sebab tak lalu nak makan. Tapi teringin donut Big Apple.
  • Takda aktiviti jadi asyik tido jer. Badan lemah semacam.
  • On lappy layan lagu-lagu jiwang. Nangis sorang-sorang.
  • Hati tak tenang dah berapa hari dah tapi duit banyak habis.
  • Aku ingat beli barang banyak-banyak aku dapatkan tenangkan fikiran.
  • Tapi tak juga. Hati pilu jiwa sepi fikiran tak tenang.
  • Maybe i need some chocolate????????

Saturday, March 5, 2011

TAGGED FROM RUBIE..

http://mynotiey.blogspot.com/
Aku dapat tag dari rubie. Rasa malas nak jawab tapi sebab dah cakap aku nak jawab so, aku jawab lah kan. Orang dah tag tak kan nak biarkan jer. hahaha. Nanti kalau aku tag orang lain karang tak dijawab nanti. hahaha...Apa-apa pon meh aku jawab soalan yang aku  berjaya 'ctrl + c' sebab tak boleh 'right click' hahaha.. 
                                                                                                                                                           
 
Apa benda yang paling penting dalam hidup korang?
Soalan nya benda kan.So..
Duit Agong bagi kat aku, Motorsikal cabuk aku, Handphone Nokia jatuh hidup lagi,
Netbook HP yang comel dan IC warganegara Malaysia (biru taw). 
huahahaha..

Benda yang terakhir korang beli menggunakan duit korang sendiri?
Mestilah baju. POP SODA @TheCurve RM56.00 
with 50% off...huhuhu

Dimana tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan korang dan tema perkahwinan korang?
Kalau ikot hati nak buat kat Dewan @ Ballroom. Sebab boleh decorate puas-puas.
Tapi oleh sebab aku orang kampung dan anak bongsu, sebaiknya aku buat kat rumah jer.
Tema pulak aku suka putih. Tak putih silver pon jadik lah. Yang pasti kena banyak bunga.
Sebab aku suka bunga. Lagi cantik bila malam banyak lampu. Sebab aku teruja 
tengok lampu banyak2 nih. Nak lawan i-city. Pasang spotlight siap mercun.
Ingat dapat??? hoho

Adakah korang bercinta sekarang?
Memang aku bercinta. Yes. Cuma tak confirm kahwin ke tak.
Sebab nya tak tahu lagi. hahaha. Bercinta dengan diri sendiri syok sendiri pulak kan.
Bercinta dengan orang lain penuh dengan komitmen. Heh..

Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
Ehhh, tak tau lah pulak berapa lama. Sebab tak tahu lah cinta ke sayang.
Sebab istilah tu maksudnya berbeza-beza lah. Tapi kalau perasaan tu 
bertahun-tahun jugak rasenya.

Dimana korang selalu berjumpa dengan kekasih korang?
Jumpa kat rumah aku lah. 
erm....

Novel/buku/majalah yang terakhir korang beli?
Novel Lafazkan Khalimah Cintamu kat POPULAR@JuscoBukitRaja
RM26.90 with 10% off. Sebab ahli orang-orang fofular kan...
Die kasi murah sikit lah..hahaha 

Apakah nama penuh korang?
Nurul Aina Suhana Binti Abdul Manaf
(sebijik dalam IC)

Antara mak dan ayah korang, yang mana korang lebih mesra?
Entah lah. Dengan mama biasa2 je. Bila ada hal-hal penting jer.
Abah dah takde. Tapi dari dulu memang ngan abah. Sebab abah baik.
Tak pernah marah-marah. Mama dan Abah tak pernah pukul atau jentik pun.

Namakan orang yang korang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang?
 Orang terkaya di dunia.
Banduan2 di seluruh negara.
Orang yang genius.
Kanak-kanak yang comel.
Kembar aku ada tak???? hahaha

Adakah korang basuh baju korang sendiri?
Mestilah tak..Mesin buatkan. Aku tinggal letak jer.
Tunggu kejap lepas tu dah boleh sidai..
Ada bagus dengan teknologi..

Dimanakah tempat yang korang betul-betul nak pergi?
Tempat yang penuh dengan bunga hidup.
Tempat-tempat bersejarah.
Dasar lautan yang penuh hidupan laut.
Gunung berapi aktif yang berasap-asap.
ISRAEL

Pilih salah satu, peluk atau cium?
Definitely peluk. Betul tak tipu.
Hugging is better than ever.

Beritahu 3 benda tentang orang yang tag korang
Suka makan 'jejari' slanga sikit kat R tu ye..haha
Suka download cerita or drama kat blog.
Suka panggil orang 'mak cik'
 

5 benda yang korang sangat-sangat sayang dalam hidup korang?
Macam soalan yang mula2 tu kan. Aku copy paste jap.
Duit Agong bagi kat aku, 
Motorsikal cabuk aku,
Handphone Nokia jatuh hidup lagi,
Netbook HP yang comel 
Pemberian orang kepada aku.

5 lagu yang korang suka dan selalu dengar?
Opick - Rapuh
ACAB - Setelah
Lenka - Trouble Is A Friend
One Buck Short - Wait For It
SharpShooter - Panji-Panji Reggae
 
bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?
20 Februari 1989
Sambut kat rumah. Mama belikan kek. huhu
Sambut dengan adik-beradik dan anak-anak buah jer..

5 orang blogger yang korang nak tag
cerita sikit blogger yang pertama korang tag
My Classmate. Panggil Die RED. Memang suka pakai baju RED.
Pengendali blog SAYA PUNYA SHAWL.
Bawak kereta Jaguar selalu parking kat tempat Staff UiTM. haha
Baru semester ni ada sticker pelajar rasenya. hahaha




DONE!!!!!


MALAM INI...HATI SAYU..


Adakah kau berada di sana
Ku dapat rasa kehadiranmu
Walau hanya di dalam kalbu
Ku merindumu selalu

Pelik juga tapi kupun rasa
Bagai kau berdiri disisiku
Terkenangkan waktu ketika
Berdampingan bersama-sama

Setiap pertemuan
Pasti akan temu detik perpisahan
Walau kini terpisah
Kenangkanlah saat indah
Sebagai penyembuh rindu

Kita tak ditakdirkan bersama
Untuk masa yang lebih lama
Biarpun hanya seketika
Kehadiranmu dirasa..rasa

Setiap pertemuaan
Pasti akan temu detik perpisahan
Walau kini terpisah

Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh rindu
Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh rindu


  • Hardest things in life = Having words in my heart that I can't speak out loud!
  • Happiness starts with 1 word, 1 joke, 1 text, 1 phonecall, 1 song, 1 hug, 1 kiss, and STOPS at... 1 Mistake!