.

Followers

Monday, January 31, 2011

aku yang DEMAM

google
Cuaca sekarang asyik hujan saja. sudah 2 hari kat Meru ni hujan. nasib baik lah aku cuti semester takde lah basah bila nak pergi kelas ke balik kelas ke. Minggu lepas aku pakai baju kurung cream lepas tu balik kelas hujan pulak. aku redah je sebab alang-alang nak balik kan. habis 'ngecap' kaki aku sampai peha. malu betol bila berhenti kat traffic light. itulah sapa suruh redah kan dah malu. haha

hari nie aktiviti aku ganti langsir rumah. langsir raya tahun lepas kena tukar dengan langsir 'basahan'. mama sah bising suruh tukar. ade 4 tingkap 3 panel, 1 tingkap 2 panel dan 1 sliding door. aku ambil mase SATU HARI SUNTUK..itupun sliding door tak tukar lagi. giler lama kan?
google
semasa panjat tangga nak tukar langsir, kepala aku berdenyut-denyut sakan. aku berhenti baring dulu duduk dulu. lepas tu sambung balik. last2 aku tak tahan aku kemas masuk bilik terus tertido. sakit sangat kepala ni. bila bangun pulak tengkuk nya sakit macam salah tidur. aduhai...bangun2 terus pergi dapur masak maggi. haaa! bijak! dah tau sakit kepala lagi mau makan maggi.

Mase tunggu maggi masak aku dengar SESUATU! aku berlari ke depan. kan betul, ade orang eksiden depan rumah aku ni. motor budak tu terbalik dah lepas tu sorang terpelanting jauh. aku pun berlari-lari anak ke depan macam reporter sebab nak tengok keadaan mangsa. Eceehhh! nasib baik luka-luka jer tak lah teruk sangat. tapi motor memang total lost depan nya. hilang sakit kepala aku..

Sekarang nie aku pakai sweater jer. kipas pun tak bukak sebab sejuk. kepala berdenyut-denyut lagi dan badan panas sikit. tiba-tiba teringat air tebu..ape kes???? ish...
penghilang dahaga!!

No comments: