.

Followers

Sunday, February 13, 2011

Genting Highlands PART 1

Hampir 22 tahun, ini merupakan kali pertama aku menjejak kan kaki di sana. Kebetulan UiTM Shah Alam cuti hari Khamis dan Jumaat. Jadi kawan-kawan aku decide nak pergi holiday. Yelah, masing-masing duit berkepuk lagi. Aku jer tinggal saki baki agaknye. hahaha..Last2 kami pergi Genting. Mostly yang pergi adalah first timer macam aku jugak.

Aku pergi sorang dari KTM Padang Jawa RM2.90 sampai KL Sental. Dieorang pergi dulu sebab nak beli tiket. Lagipun aku tak cakap aku nak pergi. Pagi tu aku call Nuur Syuhadaa die dah on the way dah. Aku suruh abang aku hantar ke KTM. Nak bawak motor takut pulak sebab kawasan Padang Jawa tu macam sunyi. Pakej ke Genting ni RM47 seorang siap semua macam biasa lah. Sepatutnya bas gerak pukul 11 pagi tapi KUNCUP datang lambat. After bincang2 kiteorang dapat naik bas pukul 11.30 pagi. Rasanya first time naik bas yang ON TIME giler..

barisan kawan-kawan aku yang pergi sekali..hehe
off to GENTING dah...
Kami pergi ber-lapan. Sewaktu naik, kami terpisah jadi aku naik cable car yang belakang dengan RUBI, erin dan leen. Mase naik nie yang paling takot erin (tengah) sampai nak berdiri pun tak boleh. huhu.. Mase naik jugak tak berapa nak takut. Sebab nya kami menghadap ke atas. Jadi tak lah pandang bawah jer. Tak gayat langsung lah senang cerita.

see..tak gayat pon kann..
budak poyo dalam cable car
Agak lama rupanya nak sampai. Patut lah pakcik yang jaga bas tu pesan pukul 6 dah beratur turun. Pasal takut kiteorang lambat walaupun tiker 7.30. hahaha..takut kena tinggal bas lagi. Sia-sia je karang. Ada jugak orang kena overnight sane. Cable car yang ni tak lah macam kat LANGKAWI punye. Yang tu kejap je dah samapi pelantar ape ntah. huhu..

tengok peta untuk merancang perjalanan
nak pergi theme park ourdoor. KUNCUP yang happening giler..hahaha
aku merasakan diriku teramat poyos..

Lepas ambil gambar ni kan. Ada mamat tu senyum2 lah. Aku pun senyum lah. Mamat dua orang dalam gambar atas nih! Aku dengan ramah nya pun cakap, "Nape nak amik sekali ker??" Mamat berkenaan tu pun bercakap "Eleehhh, macam lawa". Aik, aku peliks lah kenapa pulak mamat nih. Aku dengan tanpa segan silu men-sound balik lah. "Ehh, aku lawa ke tak ke ko susah ape? Suke aku lah nak amik gambar banyak mane. Ko apehal??" Lepas tu aku blah. hahahahaha

nak start main pening-ponin.. haha

Seronok main bende nih. aku lupe lah name die ape. spin ape ntah. Tapi memang agak seram lah sebab die berayun-ayun kan. hahahaha. Aku naik aku ketawa je. Sebab aku ketawa aku nak hilang kan nervous aku. Hahaha.. Aku bukan macam orang lain yang jerit-jerit. Aku banyak ketawa. Heh, aku pun tak tau kenapa pulak aku macam tuh.

Secong aku naik space shot. Muke tiga orang kat depan nih semua nya first timer. Aku sajer je amek depan sebab kawan aku kat bawah rakam video kiteorang. Seronok je mase naik. Mase turun, aku rasa kalau ada kamera depan aku boleh tengok muke lawak aku macam mana. PUCAT LESI TAK TERKATA. hahahaha. Sebab mase turun aku tak pegang pun benda alah yang sokong badan tu. Rase nak tercampak je. Dah kepanikan tu aku pegang terus kuat2.. hahaha itulah degil...

Ops posing! hahaha
Actually lepas tu nak pergi main Go Kart. Orang ramai and then takde sapa yang nak jagakan beg sebab semua nak main. Jadi kami decide nak main roller coaster yang pertama di Malaysia. Gambar atas ni bukan sebab aku nak kencing tau, hahahaha spontan terus begitu jadinya. Lepas tu masing-masing terpaku kejap. Ada minah arab naik Space Shot jerit-jerit kuat giler. Macam satu Genting oleh dengar suara die. Semua orang dok tengok die lagi pulak dia duduk kat seat sebelah yang aku duduk kat atas tu. Menghadap orang ramai lah. Aiseh, rugi pulak tak rakam..hehe


bersambung...

3 comments:

aliza zeke said...

berani sehh naik space shot..

Kuncup Here said...

alamak ! kenape ade mention aku dtg lmbt ;P SORRY guys , jgn mara taw :)anyway mmg happening ! thanks for the day

ainasuhana said...

aliza:
alang-alang dah datang kan..
semua nak dicuba..hehehe

kuncup:
takpe cup, kami paham..
yang penting...HAPPENING!!