.

Followers

Monday, March 14, 2011

'KONDANGAN' KE RUMAH SAUDARA

Okey, entry nie sepatutnya hari ahad dah post. Tapi aku tak sempat nak buat entry untuk nie. Memandangkan aku dah cakap aku nak kongsi, jadi aku pun berusaha menyiapkan entry nie. Ahad lepas pada 13 Mac 2011 salah seorang saudara aku melangsungkan perkahwinan nya bersama pilihan hati yang berasal dari Negeri Sembilan. Dia nie adalah 2 or 3 tahun lebih tua dari aku. Tapi orangnya kecik aja..


Sebelum pergi memang kena snap dulu kan.
Bersama anak buah iaitu ayin

okey, nie lah pengantin perempuan.
Merangkap saudara kami.
Mase ni pengantin lelaki nak datang dah
Kami cepat2 salaman 'sumbangan' lepas tu amik gambar. hehe

Bersama nana iaitu adik ayin.
Tema nya kaler purple. Nampak kan.
Menu nasi campur, ayam golek, rendang daging,
pajeri nenas, dalca, cendol dan ais-krim.
Mak aku merangkap tukang masak hari itu. hehehe

Suasana di Jalan Paip Meru
Ya, aku memang orang kampung. hehe
We want go back home!!
*mama suruh bawa 'berkat' banyak..malu tau

Bersama amira yang juga adik ayin.
Okey kami nak balik. Makan sudah penat sudah.
Kasut pun kotor sudah sebab lecak (hujan)
*ais-krim yang tak habis-habis


Masa amik gambar nie ayin cakap
"ko buat2 lah suasana kampung nie kampung yang paling best"
"ko pegang lah ais-krim tu"
(aku tak pandai posing) huhu


KAMUS JAWA:
KONDANGAN = MENGUNJUNGI MAJLIS PERKAHWINAN
SUMBANGAN = SEDIKIT SUMBANGAN WANG KEPADA IBUBAPA PENGANTIN
BERKAT = MAKANAN YANG DIBUNGKUS UNTUK SAUDARA-MARA

No comments: