.

Followers

Wednesday, April 20, 2011

Stadi week!

Sekarang stadi week. Tapi malang sangat mood stadi aku nie tenggelam timbul. hahaha..Kadang2 semangat kadang2 malas. Bila malas aku pergi buat kerja lain. Ntah apa2 lah nanti aku buat. Dah penat rehat lepas tu baru boleh stadi. Aku tak boleh lah stadi direct jer. Bila stadi week nie lagi lah sedap aku berjalan. Ntah lah. Macam tabiat pulak. haha

Kelas kami cadang nak  buat BBQ. Ada ura-ura nak buat rabu ada cakap khamis petang. Aku ikut je lah. Malas nak sibuk kan diri nak merancang. Tapi yang pasti buat lah masa yang sesuai. Sebab aku nie duduk jauh. Ulu kampung..hahaha..Takde, kalau buat petang okey jer. Malam pun okey jugak tapi jangan lewat2 sangat. Nanti aku balik awal tak sempat makan ayam bakar. Kan sedih namenye tu..

Sekejap je. Lagi setahun nak habiskan degree nie. Planning lepas tu dah ada. Cuma nak buat pilihan je untuk sambung belajar nih. Takot jugak umur semakin lanjut tapi belajar jer. Takde planning untuk family pulak. Yang pasti aku nak seimbangkan semua benda and baru pikir pasal kahwin. Risik-risik mak aku hantaran yang mak aku nak untuk aku. Tau bape? RM15k. Giler lah mama nie. Tak kawen lah aku....isk

No comments: