.

Followers

Tuesday, May 31, 2011

Good bye May..!

Selamat tinggal bulan May. Macam-macam telah terjadi. Aku ambil semua tu sebagai ikhtibar untuk aku meneruskan hidup ini. Adakala nya aku tak boleh melawan perasaan aku. Aku tak bijak menyembunyikan perasaan aku apabila aku menaip di sini. Seolah-olah semua yang terbuku di hati hendak aje aku luahkan.

Semua nya aku akan jadikan sempadan yang menjadi titik tolak untuk aku teruskan hidup ku ini. Terima kasih kepada insan yang rapat dengan aku di masa aku senang dan susah. Terima kasih kerana banyak menyedarkan aku di kala aku alpa. Sesungguh nya aku hanya manusia biasa yang tak lekang dari khilafnya.

Esok lembaran baru akan dibuka. Bermula lah kisah aku praktikal di salah sebuah audit firm di Seksyen 13 Shah Alam. Walaupun aku tiada teman tapi aku yakin aku akan mendapat teman sesama praktikal. Aku harap hari aku esok berjalan dengan lancar. Amin..

No comments: