Hari nie memang sangat penat. Sebab kami (trainee) kena berdiri kat bilik manager kiteorang selama 2 JAM! Sebab nya bila ada salah satu daripada kami bertanya tentang sesuatu untuk buat auditing, semua kena panggil sekali masuk dengar. Paling lama setakat yang aku praktikal nie. Selagi tak jawab dengan betul selagi tu lah kiteorang kena berdiri.
Aku memang dah sakit je belakang aku. Aku berpaut dekat kerusi depan aku. Perghhhh! Memang azab lah. Dulu kawad kaki pun tak macam nie. Silap-silap ada trainee pengsan kat bilik manager pulak karang. haahahahaa... Bila dapat duduk balik, kelegaan nya jangan cakap lah. Tapi still sakit juga and then nak makan masa lunch pun macam tak lalu jer. Tapi makan juga.
Selasa suppose deadline untuk kitaorang punya first auditing. Tapi macam tak dapat nak hantar jer. Mostly aku dah siap kan dah semua, tapi ada outstanding matters yang company tak fax lagi. Jadi listing and aging untuk item kat Balance Sheet tak tau lagi. Bila lah nak dapat nih...Aku nak hantar dah....
No comments:
Post a Comment