.

Followers

Friday, July 29, 2011

Makan-makan kat office

Semalam dan hari nie ada makan-makan. Semalam sarapan pagi nasi lemak. Kiteorang buat collection lepas beberapa orang staff yang lain bawak makanan masing-masing. Contoh nya si A bawak telur rebus, si B bawak nasik, si C bawak sambal. Macam tu lah. Selalu je macam tu. Ala2 potluck gitu. Jadi nya rasa kenyang tu sampai waktu lunch. Tak payah makan dah.. Jimat~

Untuk hari nie pulak makan nasi ayam. Ni macam farewell party. Tapi takdelah belon-belon ke apa kan. Cuma beli nasi ayam makan ramai-ramai. Sebab nya one of staff kat audit firm nie nak berhenti dah. Dapat job offer lain. Hari nie last day dia kerja. Sebelum bebudak lelaki pergi sembahyang Jumaat kami makan dulu ramai-ramai. Ada yang makan kat meeting room ada yang makan kat pantry.

Aku sorang je makan kat table dalam office. Sebab nya kat pantry dah penuh. Kat meeting room banyak bebudak lelaki dengan manager sekali. Aku segan lahhhhh!! Ecehhhhh... Jadi nya aku makan lah sorang2. Bukan sombong okey. hahahaha.... Lain kali lah baru boleh makan 'barengan' hahaha.. Kurang lagi orang kat office nie. Nasib baik peak period dah nak berlalu. Kerja tak banyak sangat. Peace!!

No comments: