Hari nie memang aku dah rancang dari awal nak kemas rumah. Kemas apa yang patut dulu memandangkan aku cuti Sabtu Ahad. Kalau nak buat waktu kerja tu harapan lah. Sebab memang aku tidur awal. Lepas bangun sahur aku baring2 balik and then terlelap. Dalam pukul 6 macam tu aku bangun.
1) Kemas bilik stor
Mak aku nie jenis suka letak barang kat lantai. Apa2 barang yang dia baru beli ke apa2 lah mesti letak kat lantai. Aku pun tak tau lah kenapa. Jadi lantai kat bilik stor tu penuh. Nak lalu pun macam payah. Tadi aku kemas.. Aku panjat almari letak bakul2 dan tupperware atas almari. Barang2 belanja aku susun dalam almari. Letak elok2.. boleh pun.. LAPANGGGG!!!!!!!!!
Lepas tu sidai baju. Ade ke sidai baju pagi2...hahahaha..! tak kesah lah...Janji aku ada keje. Kalau tak sidai nanti tak kering. Dah panas nanti aku malas nak kuar rumah. hahaha...
2) Alihkan pasu bunga
Pasu bunga di keliling rumah kena alihkan. Sebab nanti aku nak basuh tingkap. Huhhhh! Macam nak tercirit je angkat pasu bunga banyak. Ehemmm...perempuan tak leh angkat berat2 kan?? Tapi sebab aku 'laki' yang boleh diharap (ecehhhh), aku kena lah angkat sendiri. Tak kan nak suruh mak aku kan...Tak logik...
3) Basuh tingkap
Selepas semua nya dah settle, kerja-kerja membasuh tingkap pun bermula. Kenapa aku tak cakap basuh cermin tingkap...?? Sebab nya aku kena basuh bingkai2 tingkap sekali. Maklum lah, bingkai tingkap tu warna putih kan. Jadi kena lah cuci sebab banyak habuk-habuk yang melekat.
Agak mencabar bagi aku untuk basuh tingkap. Sebab aku kena panjat kerusi. TAK SAMPAI LOHHHH!! Takut jugak kot tetiba tergolek dok kan... Takda sapa yang perasan kalau kat belakang rumah tu...Alhamdulillah, semua nya dah selesai. Jari tangan dan jari kaki nie pun dah naik kembang kena air. hahaha...Kena jemur nie bagi kecut balik. HEKKKK! keh keh keh
p/s: Basuh kasut dan selipar sekali. Alang2 kan....heee
2 comments:
yeah...follower yg ke 219... sejibik no bilik sy mse study kat kuantan dolu..
huhu..ade luck tu...!
Post a Comment