Semalam aku bercadang nak beli bahan-bahan untuk membuat kek. Niat di hati ingin mencuba resepi kek red velvet tu. Tak pernah nak buat. Baru kali nie nak buat. Macam sedap pulak aku tengok kan. Hehee.. On the way nak ke Taman Bungan Melur, Klang jalan sesak. Okey lah. Kalau sesak lepas tol Sungai Rasau tu biasa lah. Nie depan Jusco sekali.
Aku memang ambil line tengah jer. Aku tengok dari jauh kereta semuanya bagi signal ke kanan. Ada eksiden ker kan? Aku dah cuak dah. Dup dap dup dap...Sampai susur masuk JUSCO BUKIT RAJA tu baru aku nampak kejadian yang sebenar nya. Ada perhimpunan rupanya. Ramai jugak lah. Rata-rata nya lelaki. Tak kurang jugak yang berkopiah. Oleh sebab aku bawak motor, tak sempat nak baca tulisan kat sepanduk tu.
Tunggu kat berita takda pulak. Tadi aku google. Baru jumpa. Rupanya Piket / demonstrasi MTUC (Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia) menentang pindaan akta pekerja. Mereka menentang pindaan akta pekerja yang dikatakan meletakkan pekerja di Malaysia ini setaraf dengan warga asing. Difahamkan demontrasi ini diadakan serentak di 18 lokasi seluruh negara semalam 3.11.2011 dari pukul 5.30 hingga 6.00 petang.
Memang tengah waktu kemuncak lah kan. Waktu orang tengah balik kerja. Lagi pun Bukit Raja memang selalu sesak. Hari-hari. Ini ada demo pulak. lagi lah sesak. Sebab kenderaan nak mengelak mereka yang berhimpun di tepi jalan. Karang terlanggar karang salahkan orang pulak kan. (terkeluar jawa aku). Aku tengok ada polis kat situ. Selagi diaorang tak buat kekecohan dan mengganggu orang awam takda lah kena tahan kan. Macam-macam hal..
p/s: Demontrasi ini dianjurkan oleh parti PAKATAN RAKYAT.
Sebab aku dapat maklumat nie dari blog anwaribrahim.
2 comments:
itu dia, die ade motor :D tapi ajak date tak mau.
date naik motor? t kalau kena hujan kau salahkan aku.. hahaa
Post a Comment