.

Followers

Sunday, December 11, 2011

First entry on Disember

Aku sekarang balik kerja penat dah. Lepas tu tidur awal. Nak on lappy kat rumah sangat lah malas. Kadang-kadang je on. Itu pun nak transfer files and charge battery camera and handphone. Sekarang tengah kerja luar. Tak lama sangat lah. Jumaat balik Klang and next weet gerak pergi Johor pulak.

Sementara outstation kat Melaka nie, ada lah berjalan sikit. Lagipun office mate aku suka berjalan. Hari pertama tu kiteorang pergi makan seafood kat Medan Selera Ikan Bakar di Perkampungan Umbai, Melaka. Kami pilih Restoran Parameswara Ikan Bakar. Haa..! Nama pun eksotik je kan. Hahahaha.. Bayaran parking hanya RM1.00 untuk ke Medan Selara. Perjalanan pula dalam setengah jam (30 minit) dari Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh.

Kami pergi bertiga. So, aku jaga meja sementara dieorang pilih lauk. Lepas tu dieorang tak order udang. Aku kan feveret memang makan udang kalau pergi tempat macam tu. Sekali aku order lah. Udang dia memang superb. Besar lah jugak. Aku suka..!! Hahaha.. Dengan bahagia nya aku ambil 11 ekor macam tu. Sampai meja makan, Kema tanya aku " Ambil 4 ekor ke udang..? ". Aku jawab lah aku ambil 11 ekor. " Ko, tau tak harga nya berapa..? Ko tak tengok harga ker..? RM68.00 sekilo tau " Dangggggg...!!! Ada aku kesah. hahahaha 

Serius aku tak tau pun harga udang tu. Aku main ambil jer. Dan makan... Sampai nak bayar tu berdebar jugak lah. Sekali semua nya RM74++ untuk ikan siakap bakar, sotong goreng tepung, kerang bakar, udang goreng tepung, nasi putih tiga pinggan dan air minuman enam gelas. Dan harga untuk udang tu RM28++. Kitaorang bajet dah RM140++. Rupa nya separuh daripada expectation price tu. hehe









4 comments:

kura said...

umbai mmg terbaik la kan. harga pun terbaik. fuh!

ainasuhana said...

hahaha... harga okey lah jugak..

aSLaN said...
This comment has been removed by the author.
aSLaN said...

UHUHUH .. INI BETUL-BETUL KAT KAMPUNG SAYA :-) PERNU - UMBAI :-)