.

Followers

Sunday, February 13, 2011

Genting Highlands PART 1

Hampir 22 tahun, ini merupakan kali pertama aku menjejak kan kaki di sana. Kebetulan UiTM Shah Alam cuti hari Khamis dan Jumaat. Jadi kawan-kawan aku decide nak pergi holiday. Yelah, masing-masing duit berkepuk lagi. Aku jer tinggal saki baki agaknye. hahaha..Last2 kami pergi Genting. Mostly yang pergi adalah first timer macam aku jugak.

Aku pergi sorang dari KTM Padang Jawa RM2.90 sampai KL Sental. Dieorang pergi dulu sebab nak beli tiket. Lagipun aku tak cakap aku nak pergi. Pagi tu aku call Nuur Syuhadaa die dah on the way dah. Aku suruh abang aku hantar ke KTM. Nak bawak motor takut pulak sebab kawasan Padang Jawa tu macam sunyi. Pakej ke Genting ni RM47 seorang siap semua macam biasa lah. Sepatutnya bas gerak pukul 11 pagi tapi KUNCUP datang lambat. After bincang2 kiteorang dapat naik bas pukul 11.30 pagi. Rasanya first time naik bas yang ON TIME giler..

barisan kawan-kawan aku yang pergi sekali..hehe
off to GENTING dah...
Kami pergi ber-lapan. Sewaktu naik, kami terpisah jadi aku naik cable car yang belakang dengan RUBI, erin dan leen. Mase naik nie yang paling takot erin (tengah) sampai nak berdiri pun tak boleh. huhu.. Mase naik jugak tak berapa nak takut. Sebab nya kami menghadap ke atas. Jadi tak lah pandang bawah jer. Tak gayat langsung lah senang cerita.

see..tak gayat pon kann..
budak poyo dalam cable car
Agak lama rupanya nak sampai. Patut lah pakcik yang jaga bas tu pesan pukul 6 dah beratur turun. Pasal takut kiteorang lambat walaupun tiker 7.30. hahaha..takut kena tinggal bas lagi. Sia-sia je karang. Ada jugak orang kena overnight sane. Cable car yang ni tak lah macam kat LANGKAWI punye. Yang tu kejap je dah samapi pelantar ape ntah. huhu..

tengok peta untuk merancang perjalanan
nak pergi theme park ourdoor. KUNCUP yang happening giler..hahaha
aku merasakan diriku teramat poyos..

Lepas ambil gambar ni kan. Ada mamat tu senyum2 lah. Aku pun senyum lah. Mamat dua orang dalam gambar atas nih! Aku dengan ramah nya pun cakap, "Nape nak amik sekali ker??" Mamat berkenaan tu pun bercakap "Eleehhh, macam lawa". Aik, aku peliks lah kenapa pulak mamat nih. Aku dengan tanpa segan silu men-sound balik lah. "Ehh, aku lawa ke tak ke ko susah ape? Suke aku lah nak amik gambar banyak mane. Ko apehal??" Lepas tu aku blah. hahahahaha

nak start main pening-ponin.. haha

Seronok main bende nih. aku lupe lah name die ape. spin ape ntah. Tapi memang agak seram lah sebab die berayun-ayun kan. hahahaha. Aku naik aku ketawa je. Sebab aku ketawa aku nak hilang kan nervous aku. Hahaha.. Aku bukan macam orang lain yang jerit-jerit. Aku banyak ketawa. Heh, aku pun tak tau kenapa pulak aku macam tuh.

Secong aku naik space shot. Muke tiga orang kat depan nih semua nya first timer. Aku sajer je amek depan sebab kawan aku kat bawah rakam video kiteorang. Seronok je mase naik. Mase turun, aku rasa kalau ada kamera depan aku boleh tengok muke lawak aku macam mana. PUCAT LESI TAK TERKATA. hahahaha. Sebab mase turun aku tak pegang pun benda alah yang sokong badan tu. Rase nak tercampak je. Dah kepanikan tu aku pegang terus kuat2.. hahaha itulah degil...

Ops posing! hahaha
Actually lepas tu nak pergi main Go Kart. Orang ramai and then takde sapa yang nak jagakan beg sebab semua nak main. Jadi kami decide nak main roller coaster yang pertama di Malaysia. Gambar atas ni bukan sebab aku nak kencing tau, hahahaha spontan terus begitu jadinya. Lepas tu masing-masing terpaku kejap. Ada minah arab naik Space Shot jerit-jerit kuat giler. Macam satu Genting oleh dengar suara die. Semua orang dok tengok die lagi pulak dia duduk kat seat sebelah yang aku duduk kat atas tu. Menghadap orang ramai lah. Aiseh, rugi pulak tak rakam..hehe


bersambung...

Saturday, February 12, 2011

"The 14th in Korea"

14th Jan | Diary Day
To symbolize the beginning of a new year, couples exchange yearly planners in which they mark their plans, anniversaries, birthdays and other important dates.

14th Feb | Valentine’s Day
If a woman wants to confess her love for a man, or express her feelings for him, this is the day to give that special someone some chocolate. The streets of Korea begin to line itself with chocolate-filled lace baskets about a week prior to Valentine’s Day. This day particularly makes a large profit in department stores, hotels, chocolate stores, bakeries, jewelry stores, and doll stores.

14th March | White Day
This special day is in correspondence to Valentine’s Day. On White Day, it is the men’s turn to confess and express his love and affection for that special someone by giving her candies and gifts. The customary gifts on White Day are candy, not chocolate, jewelry, flowers, or dolls. Many men also highlight this day with romantic dinners and events. If one should forget this day and offer nothing to his significant other, he may not hear the end of it for a while.

14th April 14th | Black Day
Black Day is a day for singles. After the two romantic love-filled months, lonely singles surely are not in the best of moods. Therefore, Black Day is designated especially for singles. To console each other for enduring these past two months being single, people who are single will get together on this special day to eat Jjajangmyeon, black noodles.

Many people will also dress in all black, from head to toe including black accessories and black nail polish. Hence, the name Black Day. Their sense of camaraderie will be stronger on this day as they declare “No to couples, and yes to singles!” but there are a few singles that find a suitable mate.

14th May | Rose Day
On this day, couples exchange roses.

14th June | Kiss Day
Kiss everyone you meet on this day.

14th July | Silver Day
On this day, people exchange silver accessories.

14th August | Green Day
On this day, couples seek nature and relax while singles drink Soju to drown their loneliness. (*bb: soju is a distilled beverage native to Korea; tastes like vodka. soju is usually in green bottles.)

14th September | Photo Day
On this day, take a picture together with your significant other in a romantic place and put it in a special place to look at.

14th October | Wine Day
On this day, enjoy wine with someone special.

11th November | Pepero Day
Though not on the 14th, many people celebrate Pepero Day. This day originated ten years ago when a couple of young teenage girls exchanged peperos sticks as a wish to grow tall and slim. Today, peperos are exchanged between couples, friends, family and colleagues, and is becoming a major special occasion like Valentine’s Day.

14th November | Movie Day
On this day, couples go to watch a movie at the cinema

14th December | Hug Day
On this day, couples hug each other in the winter to chase away the cold.



sumber:
http://blog.sasa.com.my/2011/02/01/join-our-valentine-days-photo-contest/

kepenatan..

Nur Nasuha dan Nuur Syuhadaa
Terima kasih kepada Nuur Syuhadaa dan Nur Nasuha sebab hantar aku balik. Semalam aku pergi Genting dengan budak-budak kelas aku. Balik malam jadi aku pun tumpang tidur dekat rumah mereka. Esoknya mereka willing nak hantar aku balik. huhu..before balik rumah, kami makan BURGER KING dulu dekat Setia Alam. Sebab nak rasa, tak pernah makan. Aku pernah sekali je kot.

aku yang tak mandi lagi pagi tu..hahahaha
Aku tak mandi sebab mereka dah siap. Kesian pulak nak kena tunggu aku jadi aku decide mandi kat rumah je lah. Sundae kat BK nie memang sedapppp! kalah McD punyer. Menurut citarasa aku lah kan memang sedap. Kawan aku pun cakap macam tu. Sebab coklat nya tak terlalu manis lepas tu pekat. ehhh! batak pulak...hehe

makan tak tengok aku pun..tengah layan..hehe

Wednesday, February 9, 2011

Family Gathering on 04022011

Kami sekeluarga memang dah merancang untuk buat makan-makan sekeluarga. first plan nak buat malam new year tapi abang masuk hospital pulak jadi ditangguhkan. So setelah dibincang2 kami sepakat buat pada 04-02-2011 bersamaan hari sabtu. Semua boleh datang except sorang abang aku. Idea nak buat semua nie berasal daripada aku sendiri. hahaha..

Malam tersebut aku menetapkan semua keluarga memakai baju warna MERAH dan sebagai tiket masuk majlis. haha..Macam kejam pulak. Mula-mula aku saja je tetapkan warna baju last2 semua setuju. Yelah, alang-alang Chinese New Year, jadi hongse ade ong kot.

sebahagian orang merah..





 
Pada sebelah petang, kami menyediakan tempat dan barang-barang yang diperlukan. Oleh kerana pada waktu itu ramai je, aku pun bagi cadangan buat banner. Berbekalkan SARUNG BANTAL LAMA kami buat lah banner guna marker pen dan poster colour. huhu..seronok aku tengok anak-anak buah aku cop-cop tangan. hahaha..cop tangan aku takde...isk..

Menu malam tu macam2. Spaghetti, Yong Tau Foo, ikan bakar, ayam bakar, cheese sosej, kerang bakar, udang bakar dan macam-macam. Makanan semua disediakan secara kongsi-kongsi. hehehe...bajet taw..kiranya tiap2 orang ada contribution dia masing-masing. Walaupun aku adik-beradik 6 orang dan anak buah dalam 18 orang aku rasa macam sikit je orang nya. Tapi sikit-sikit pun riuh rendahnya mengalahkan 5 buah keluarga. hahahaha..



Sebenarnya gambar kat atas nie sewaktu perlawanan persahabatan je. hahaha..ops! lupe nak cakap. Malam tu AKU JADI PENGANJUR GAMES. hahaha..untuk pertandingan tarik tali ni aku guna gelung getah paip. Sebab carik tali tak jumpa. Waktu dieorang main2 untuk cuba-cuba, tarik punya tarik lama-lama getah nya putus. Habis bantai ketawa ramai2 sampai kampung sebelah boleh dengar.


Pertandinagan barisan terpanjang ni sebenarnya games pantai. Tapi aku praktik kan jugak kat rumah aku. Mula-mula masing2 malu. Last-last ada yang bukak baju dengan seluar sekali. Sebab syarat permainan ni bina satu barisan yang panjang dengan menggunakan BARANG KAT BADAN SAHAJA. Jadi semua digunakan termasuk dompet, tali pinggang, rantai, seluar, baju dan sebagainya. hahaha..Tak kurang jugak yang maen tipu. hahaha



Bahagian ni paling best. Untuk pertama kalinya aku berjaya menggabungkan anak-beranak kakak-kakak aku dan aku tengok semua nya sporting habis. hahaha. Macam-macam mumia ada. ada yang jadi pocong, ada jadi hantu cina hahahaha..apa-apa pun abang-abang ipar aku semua nya SPORTING & COOL habis.. sanggup berpanas kena bungkus dengan tisu jamban. hahahaha


Lepas jadi hantu bungkus, masing-masing bertukar incredible hulk. hahaha..tisu bertaburan di perkarangan rumah aku. anak-anak buah aku ape lagi. buat-buat macam salji pulak. hahaha..kesian kakak aku jadi MPJP (Majlis Perbandaran Jalan Paip) mengaut segala tisu-tisu yang bertaburan. haish, budak-budak tau je lah. Sepahkan barang memang dia yang hero &heroin nya. hahaha...


Carik gula-gula dalam tepung. Permainan feveret di kalangan anak-anak buah aku. Ada yang siap dah praktis lagi kat rumah dieorang. Hai, semangat betol nak main. Selaku penganjur sukan, aku melaksanakan lah impian dieorang. hahaha! hebat, cepat je habis amik gula-gula tu. Takde tiup-tiup sangat. Terus benam je muka dalam tepung tu. hahahaha...Hantu tepung want to be!!



Setiap games mesti ada part yang makan-makan kan. Aku decide guna dragonfruit je. Before tu aku nak guna LIMAU BALI. Kopek dengan tangan atau mulut lepas makan sampai habis. Tapi pkir2 balik macam kejam pulak. Dragonfruit nie pun separuh je sorang. Ikot perancangan asal seorang sebiji. Pemenang permainan nie Muhd Azhari Iqbal (kanan sekali) yang dapat menghabiskan tak lebih 10 saat tau..! dia nie memang hantu dragonfruit. Sepatutnya disqualified dari game nie. hahahaha


Permainan tangkap belon air aku jadikan game yang last. Yelah nanti takot basa-basah pulak kan. Terjerit-jerit dok nak tangkap belon tu. Yang menang memanglah Iqbal si kaki kepoh terlebih active nie. hahaha...Bolot hadiah banyak betul. 


Macam boleh jadi gambar sebelum dan selepas pulak kan. hahaha..Hasil daripada terapi pemutihan kulit dari salon yang tak bertauliah. hahaha..Dieorang dah pakat-pakat nak baling tepung kat aku. Jahat betol lah. Tak sempat nak elak. Habis baju dan rambut aku. Melekat-lekat kat kulit kepala tepung tu. hehehe...Nak kena???

Last sekali penyampaian hadiah. Banyak jugak lah hadiah yang aku beli.
Tak lupa jugak ada TEKA-TEKI. Lawak2 aku bagi soalan nya.
Yang dapat tu tahniah diucapkan...
Lain kali kite buat outdoor pulak. Cadangan nya PULAU PANGKOR.
Sapa setuju angkat tangan..! kena buat collection awal-awal. hahaha

alhamdulillah..dapat tempat praktikal.

 
mula-mula aku memang tak yakin aku boleh dapat kat tempat nie. sebab dekat UiTM Shah Alam sahaja dah ramai yang mohon dekat sini. belom masuk universiti lain dan cawangan UiTM sendiri. semasa interview pun aku tak yakin. interviewing in group and i felt i am the worst. my language so so so broken and i spoke bullshit-ing. hahaha.

but today aku dapat call from that firm. my application is approve and i am so happy with that. Speechless!! haha. macam terlebih excited pulak kan. sebab nya tak payah nak pikir2 carik tempat lain. dan yang penting boleh pergi kerja dengan anak buah aku. sekali jalan. jadi tak perlu risau sangat hujan panas macam naik motor macam selalu.

alhamdulillah jugak sebab firma ni ada bagi elaun kat kami. walaupun tak banyak tapi okey lah. RM400 is nothing than experiences that i will gain here. aku mula praktikal 1st June 2011 until the end of November. so, aku kena prepare lah awal2 kan. nak bagitau jugak aku dapat sama dengan NAZRUL.

Wednesday, February 2, 2011

ake pelik lah..sebab nya..

sambung....
aku kemas bilik aku banyak kali dah. tapi kan still bersepah jugak. sapu banyak kali, lipat baju sudah, beg dah susun, buku dah susun tapi still jugak sepah. adehh, apa masalah aku ni sebenarnya. tak kan nak jadi tikus..hahahahaha...
comel pulak tikus nie..


aku nak kemas lagi lah. hehehe..
tapi kejap lagi, nak mandi dulu...
SELAMAT PAGI SEMUA....

Monday, January 31, 2011

aku yang DEMAM

google
Cuaca sekarang asyik hujan saja. sudah 2 hari kat Meru ni hujan. nasib baik lah aku cuti semester takde lah basah bila nak pergi kelas ke balik kelas ke. Minggu lepas aku pakai baju kurung cream lepas tu balik kelas hujan pulak. aku redah je sebab alang-alang nak balik kan. habis 'ngecap' kaki aku sampai peha. malu betol bila berhenti kat traffic light. itulah sapa suruh redah kan dah malu. haha

hari nie aktiviti aku ganti langsir rumah. langsir raya tahun lepas kena tukar dengan langsir 'basahan'. mama sah bising suruh tukar. ade 4 tingkap 3 panel, 1 tingkap 2 panel dan 1 sliding door. aku ambil mase SATU HARI SUNTUK..itupun sliding door tak tukar lagi. giler lama kan?
google
semasa panjat tangga nak tukar langsir, kepala aku berdenyut-denyut sakan. aku berhenti baring dulu duduk dulu. lepas tu sambung balik. last2 aku tak tahan aku kemas masuk bilik terus tertido. sakit sangat kepala ni. bila bangun pulak tengkuk nya sakit macam salah tidur. aduhai...bangun2 terus pergi dapur masak maggi. haaa! bijak! dah tau sakit kepala lagi mau makan maggi.

Mase tunggu maggi masak aku dengar SESUATU! aku berlari ke depan. kan betul, ade orang eksiden depan rumah aku ni. motor budak tu terbalik dah lepas tu sorang terpelanting jauh. aku pun berlari-lari anak ke depan macam reporter sebab nak tengok keadaan mangsa. Eceehhh! nasib baik luka-luka jer tak lah teruk sangat. tapi motor memang total lost depan nya. hilang sakit kepala aku..

Sekarang nie aku pakai sweater jer. kipas pun tak bukak sebab sejuk. kepala berdenyut-denyut lagi dan badan panas sikit. tiba-tiba teringat air tebu..ape kes???? ish...
penghilang dahaga!!

aku boleh makan TIMUN bile...

google
aku tahu timun ni banyak khasiat nya. tapi aku memang orang yang jenis bukan makan sayur. aku tak tahu kenapa sebab bila aku makan sayur jer rasa nak muntah lah rasa macam makan rumput jer. ehh..macam lah aku penah makan rumput lak kan. tapi begitulah yang aku rasa. tapi tak semua lah, ada juga sayur yang boleh aku makan yang boleh aku telan seperti brokoli, lobak dan bayam.

aku memang sudah cuba berkali-kali untuk makan timun gitu-gitu saja. tapi memang tidak boleh telan langsung. terus meremang bulu roma aku bila aku nak telan timun ni. hahaha! kelakar lah, macam suruh makan apa je kan.lepas tu, banyak makanan yang ada timun ni. bila aku makan makanan ni timun tu aku telah anak tirikan nya. hahaha..KEJAM!!




aku akan keluarkan JERUK TIMUN bila aku makan burger..haha

aku akan ketepikan TIMUN bila makan laksa atau nasi ayam..huhu
TAK SUKA LAKSA..

bila makan pecal dan nasi lemak pun sama jugak. dah cuba tapi still tak boleh telan..
TAK SUKA PECAL..

mahupun acar timun yang selalu ada kat orang kahwin..
aku TOLAK TIMUN juga.
tapi bila aku makan kat bawah nie aku akan makan dengan timun sekali.
kali nie boleh pulak telan. sebab kan aku tau kenapa..
nak mengelakkan risiko kanser..huhu..terpakse!! tapi makan juga apa.
google
NAK MAKAN SATAY LAH..

Saturday, January 29, 2011

sentences that can describe me

  1. Definition of S.I.N.G.L.E. = (S)trong (I)ndividual (N)ot (G)etting (L)ess than (E)xpected 
  2.  I love the feeling of knowing I'm not alone.
  3.  Being single = Good. Being with someone = Better!
  4. One bad decision can change your life forever.
  5. Some girls claim they want a good guy, but when they meet 1, he's "just a friend." Then they fall for the player and get their heart broken.
  6. If women and men were more honest in the relationships, then there wouldn't be so many broken hearts.
  7. Sometimes i swear i don't have enough middle fingers.
  8. When someone loves you a lot, you have to watch what you say to them because their feelings are very sensitive and you can easily hurt them.
  9. If you're in a relationship with someone, just be HONEST with them. Honesty is just as important as trust and love. Gotta have em.
  10. The one person that i so much LOVE. always there for me. will never leave my side. guides me. will never give up on me.



She's strong because she knows what it's like to be weak. She keeps her guard up, because she knows what it's like to cry herself to sleep. 

Don't walk away from the one you love without trying to fix things first. At least TRY to make it work. If it fails, walk away.






 sumber:
@iRespectFemales
@DamsItsTrue