.

Followers

Tuesday, April 26, 2011

BEN ASHAARI KENANG MASA SEKOLAH...!!


Ini kali pertama aku join segmen Santai Bersama BEN ASHAARI. Sebelom nie aku tengok ramai kawan-kawan aku join tapi aku tak berkesempatan pun. hahaha... Segmen kali nie best. Pasal zaman persekolahan. Walaupun hampir 5 tahun aku dah tinggalkan sekolah tapi aku still ingat lagi kenangan aku masa sekolah dulu. Meh aku share sikit dengan korang.
  • Paling aku tak lupa bila aku gaduh dengan India waktu form 3. Yelah aku kan perempuan pastu gaduh dengan India lelaki. Walaupun tak teruk mane tapi aku akan bawak cerita nie sampai ke anak cucu. huhu...Nenek dulu penah gaduh dengan India taw cu...hehehe 
  • Kena panggil kat bilik displin pasal menganjurkan rombongan haram. Haha..masa tu rombongan ke Cameron Highlands. Padahal aku buat rombongan luar tak guna nama sekolah pon. Ade jer hati busuk report kat Cikgu Displin.
  • Masa aku form 2 aku kena appendik. Masa tu peperiksaan akhir tahun. Aku tak sempat buat pon. Orang dah happy2 baru aku buat. Itu pun tak semua paper. Alih-alih aku dapat no belas2. Kena turun kelas dari kelas B ke G. Jauh kannn... Ustazah aku tak suke aku lah tu. Gi campak aku jauh. Tau lah aku jahat dulu.

  • Waktu form 1 pulak aku dah start sakit perut. Tiap-tiap minggu ada je hari yang mak aku kena datang sekolah amek aku. haha..Satu hari aku nak pergi toilet. Aku cakap dengan cikgu aku nak g toilet lah kan. Tapi cikgu tak bagi. Aku keluar je. Padahal toilet depan kelas jer. Cikgu marah aku. Aku menangis lah. Dah memang aku sakit perut memang lah ulang-alik toilet jer. Terima kasih kawan aku yang backup aku masa tu. 
  • Kerja jahat aku pernah buat waktu form 2 curik pokok bunga. Aku tengok pekebun dok tanam pokok bunga. Lawa wehh bunga tu. Aku kan suke tengok bunga. Aku dengan kawan aku hasreen pun g lah kat taman tu. Sebelom tu aku dah siap bawak penyodok sampah. Tengok line clear jer aku dekat kat pokok tu hasreen cabut. Pastu kami lari ke kelas. hahaha. Aku tanam kat rumah. Dah biak2 pon. Banyak giler...hahahahahha!
  • Form 5 kat teknik pulak. Aku ade pengambaran majalah sekolah. Aku presiden KPA waktu tu. Aku, hajar   dan shawani kena pergi. Pembelajaran waktu tu Prinsip Akaun. Kiteorang dah keluar dulu sebelum cikgu masuk iaitu Mr Apparow. Waktu die tengah ajar kami masuk lalu belakang die n die NOT REALIZED at all. Kami masuk bilik kecik depan kelas nak salin baju. Lepas salin baju kami keluar balik lalu belakang die. Die NOT REALIZED jugak. kawan-kawan suma dah gelak..hahaha 
  • Dulu aku suka pakai button or badges. Bila kat beg hilang (pergi sembahyang) budak-budak yang bajet otai sume aku tanya. Aku tak lah berani sangat tapi takat badges pon nak curik ker??? Pernah aku tarik baju sorang budak perempuan suruh pulangkan badges balik. Die pulangkan kat aku. Tetibe aku pikir, hish kalau pakwe die carik aku macam mane lah..hahaha
  • Sekolah menengah aku aktif sikit. Paling seronok dapat camping sana sini pertandingan macam2. Camp Wilderness kat Langkawi, pertandingan kawat kaki sampai peringkat negeri, pertandingan kuiz Add Math n Prinsip Akaun dan macam2. Aku rasa aku berubah giler. Sekolah rendah aku pasif sikit. Tapi ade jugak lah wakil2 sekolah jugak.  


  • Kejadian yang sangat aku tak gemari bila aku sekolah teknik. Aku kena ambil 2 bas. Balik dari Klang ke Meru selalu banyak orang India n Indon. Aku kan takde geng. Balik sorang2. Banyak kali kena gangguan seksual. Sampai aku nangis2 dalam bas. Pernah jugak aku mengamuk dalam bas. Habis berterabur air aku beli kat gerai aku campak. Sapa berani lawan aku tengking. Pemandu bas tu senyap jer. Dia tau kot aku pas kena ehem2...Bangang!
  • Last sekali yang budak sekarang tak dapat rasa. Zaman2 kebangkitan Skinhead, Punk, Nazi, Hopers, Skaters dan macam2. Korang ade rasa??? takde kan...Aku sikit terpengaruh lah. Sikit jer. Aku just silent follower tak lah lebih2. Just suka muzik dieorang n cara mereka dress up. Dengar lagu ACAB, Roots&Boots, Corumn 80's, Gerhana Skacinta dan banyak lagi.

3 comments:

kindergartenlibrary said...

teringat zamn sekolah ~

ainasuhana said...

haha...

Alya EsprĂ©zzo™ said...

cakk cakk..hehe teringat zaman sekolah, singgah dari blog abg ben ! jom vote abg ben kat sini :)

****TET !! itu skola lama saya, ahha skola meru.. :)

http://alyaesprezzo.blogspot.com/2011/04/vote-ben-ashaari.html