.

Followers

Friday, July 30, 2010

Korang pernah tak buat sambungan air haram?

sumber google


Macam pelik pulak aku tanya kan. Tapi adakah korang pernah buat atau kawan2 ke keluarga korang buat? Mesti ada yang tak ada yang pernah. Ada jugak korang tak tau sama sekali sebab korang tak penah ambil pusing pun perkara nie. Aku nak lah berkongsi serba sedikit pengalaman aku berkaitan benda ni.

Keluarga aku pernah la buat sebab masa tu air kena potong dah cecah ribuan ringgit. Tak dibayar2 dan 5 buah rumah pakai 1 meter. Pastu ada yang lepas tangan lagi buat bodoh je bil sampai. Aku sebenarnya tak suka benda macam ni terjadi kat family aku tapi dah kehendak orang tua kan. Aku bising2 pun tak diambil peduli. Saat paling sadis bila orang datang check meter air. Masa tu kelam kabut tutup meter air sambungan yang dibuat.

Lepas orang nya blah bukak meter balik. Macam tu lah tiap2 bulan dan benda ni family aku je tau. Nak ditambah teruk jiran aku jenis buzy body punya orang. Bil2 air selalu kat rumah dia ntah la wat kajian ape suma pastu cakap kat jiran lain. Alih2 jiran lain tarik muka pasal cakap kitaorang curik air diaorang yang padahal nya banyak paip bocor.

Aku dah penat la ngan suma benda nie. Bila lah nak abis dan hidup tenteram. Kalau aku dah keje ke banyak savings ke dapat duit insurans nyawa arwah abah ke takpe lah. Kalau ada dah lama aku setle kan benda ni. Aku buat yang termampu berbekalkan duit kat tabung haji aku yang hasil daripada sumbangan duit raya yang aku kumpul dulu sebab aku anak yatim dari kecik. Kalau tak,tak tau lah...

Wednesday, July 28, 2010

Power Of 10 Sen



Lepas habis kuliah aku pergi ke PC FAIR di UiTM dengan kawan aku. Nak beli antivirus asalnya tapi jalan2 dan temui something yang interested. Penah dengar pasal Power of 10Sen????? Aku pun first time dengar benda ni pastu berminat sangat. Dianjurkan oleh badan NGO untuk kanak-kanak. Pastu aku beli button badges kempen ni RM5 jer dapat 3...huhu..cantik! tapi sayang tak upload lagi gambarnye

Power of 10Sen adalah kempen yang khususnya membantu kanak-kanak seluruh dunia. Kempen ini memberi kesedaran kepada generasi muda pada masa kini tentang kekuatan 10 sen dengan kerjasama Malaysia Global Peace Festival. Tujuan utama ialah untuk mengembangkan budaya MEMBERI dan menanamkan semangat sukarelaan kepada anak muda.

Falsafah di balik kempen ini adalah bahawa semua orang mampu untuk memberikan 10sen. Slogan mereka ialah "Ketika kita meminta orang muda untuk menyumbangkan 10sen, kami tidak meminta wang mereka, kami meminta untuk hati mereka". Kempen ini mempunyai harapan bahawa jika mereka dapat menginspirasi semua anak bangsa untuk secara sedar menyertai dalam tindakan memberi sekali, setiap hari, maka mereka pada akhirnya akan mendorong generasi, bertanggung jawab, dan perhatian individu beretika.

Untuk maklumat lanjut http://www.power10sen.org/ atau nak menderma boleh kat sini http://cup.com.my/
Sape yang nak jadi sukarelawan leh daftar ye..Mekasih..

Monday, July 19, 2010

kenduri arwah kat rumah...


tarikh : 18 julai 2010
masa : lepas solat maghrib
tempat : jalan paip meru (umah aku lah)


Sebelum ramadhan menjelma ramai kaum keluarga yang buat kenduri arwah. Sana sini ade kenduri tak ketinggalan keluarga aku. Before this we all buat kenduri kat rumah pakcik aka rumah peninggalan arwah nenek. Sekarang ade krisis keluarga so mama pun menawarkan buat kat rumah aku. Aiseh, nak buat kenduri pun berkire sangat. Malas nak kemas konon (bajet pembersih lah).


Malam tu ramai giler orang datang. Penuh umah aku sampai ke dapur. Aku cakap kat kakak aku ni tanda nya kena besar kan rumah la nie..ecehhh! Kakak aku cakap banyak la ko besarkan rumah..hehehe...Makan untuk kenduri just simple kuih-kuihan aje..Ada lengkong (agar-agar), kek coklat, kole-kole (kuih dari kacang hijau), karipap, kuih yang inti serunding pastu pisang dan tembikai..


'berkat' pulak ade nasi, sambal goreng (jawe), mee goreng dan ayam masak merah. Untuk kenduri ni aku penyumbang kek coklat..start 1 pagi sampai siang esok nye aku tak tido bakar kek. ade 6 biji semua nya dan habis..aku bakar satu2 tu yang lambat nak tunggu tu..hahaha. Lepas kenduri je dalam pukul 9 lebih aku dah terbaring kat atas katil bilik mama. Dengar orang riuh rendah sibuk kemas rumah semua dan aku hanya mampu pejam mate..hahaha..

Wednesday, July 14, 2010

ACCOUNTING LEADERSHIP CAMP

Program : Accountancy Leadership Camp
Date : 9 - 11 Julai 2010
Location : Kem Idaman Nurani, Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor

Kursus kepimpinan ni atau pun kem motivasi diadakan bagi wakil pelajar Fakulti Perakaunan dari empat persatuan pelajar iaitu SMF, ABACCS, AFTAS dan APACS. Aku dari SMF (Sekretariat Fakulti Perakaunan) jadi bendahari kehormat ( hehe..mate duitan). Program tak lah terlalu padat tapi sangat penat macam night walk, jungle treaking, explorace dan macam2.

Paling sadis waktu malam ahad. Explorace start pukul 1.30 pagi dan kena pergi enam checkpoint. Checkpoint pertama lah sampai berjam2 tak tau ape klu nye. Selidik punye selidik rupanye nombor MPP dan kena call pastu guna negotiation skills to get the next clue..mak aii, penat je ulang alik sane sini rupenye hurm...
Explorace nie habis dalam pukul 5.30 pagi then aku tido dalam pukul 6.00 pagi..

Nasib baik majlis perasmian dan penutup mula pukul sebelas. Aku tido je pasal penat sangat sampai breakfast pun aku skip..huhu..Gambar tak banyak sangat pasal tak sempat snap picture. kalau buat aktiviti pun asyik masuk hutan masuk sungai. Camne lah nak snap pic kan. hehehe..bulat kan aku pakai tudung siap nie..terpakse pasal kalau bawak tudung bawal komot sangat...hehe...pape pon comel lah...hahaha...BULAT!


first time aku ambik gambar pakai telekung...hihi 






aku, bashirah dan asyikin..
mase ni kat surau..sebelom aktiviti sakit kaki..
hahaha




                                                                               yang nie ialah aliaa.  
                                                                       presiden SMF kitaorang..




 
                                                     setelah tiga hari 2 malam yang penat..
                                                              akhirnya BALIK JUGAK...!!





Terima kasih semua...kalau jumpa tegur2 la ye...hehehe
from aku si budak bulat..hehe..aku beli kasut sport semate-mate
nak pergi camp ni lah...

Monday, July 12, 2010

tunggu update dari saye

just back from sungai congkak yesterday
for Accountancy Leadership Camp
so tired and overslept until
not attend my class this morning...