.

Followers

Friday, July 29, 2011

Sakit hati bila baca.

      


From: Page FAM di Facebook.

Walaupun kami kalah. Kami bangga kami takde pun pemain import. 100% orang Malaysia. Jangan lah kutuk macam nie. Ingat lah, kita sesama manusia. Ada yang ke mari untuk mencari rezeki. Sedar sikit.. Jangan sewenang-wenang nya nak cakap. MasyaAllah.

Malaysia's New Third Coins Series

Sumber: http://www.bnm.gov.my

     Denomination                                                                              
Icon
50 sen
Sulur Kacang
20 sen
Bunga Melur
10 sen
Orang Asli Motif
5 sen
Destar Siga


Bank Negara Malaysia will also issue the new Fourth Series banknotes in September this year. The commemorative coins are minted and distributed by Bank Negara Malaysia and will be available for sale from 26 July 2011 at Bank Negara Malaysia's headquarters (BNMLINK) and its branches located in Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu and Kuching.


Technical Specifications
Face Value
50 sen
20 sen
10 sen
5 sen
Alloy
Nickel Brass Clad Copper
Nickel Brass
Stainless Steel
Stainless Steel
Diameter (mm)
22.65
20.60
18.80
17.78
Weight (gram)
5.66
4.18
2.98
1.72

Amacam??? Lawa kannn... Sesiapa yang berminat tu boleh lah buat tempahan ye. Aku pun macam berminat. Tapi kalau nak beli kena pergi kat Bank Negara Headquaters pulak kan. Kalau beli online boleh tak??? RM10.00 1 set. Macam smart dan seronok je kalau jadi di antara orang yang terawal memiliki duit syiling baru nie. Tunggu bulan September pulak. Kita tengok Fourth Series banknotes pulak ye. hehehehe....

Makan-makan kat office

Semalam dan hari nie ada makan-makan. Semalam sarapan pagi nasi lemak. Kiteorang buat collection lepas beberapa orang staff yang lain bawak makanan masing-masing. Contoh nya si A bawak telur rebus, si B bawak nasik, si C bawak sambal. Macam tu lah. Selalu je macam tu. Ala2 potluck gitu. Jadi nya rasa kenyang tu sampai waktu lunch. Tak payah makan dah.. Jimat~

Untuk hari nie pulak makan nasi ayam. Ni macam farewell party. Tapi takdelah belon-belon ke apa kan. Cuma beli nasi ayam makan ramai-ramai. Sebab nya one of staff kat audit firm nie nak berhenti dah. Dapat job offer lain. Hari nie last day dia kerja. Sebelum bebudak lelaki pergi sembahyang Jumaat kami makan dulu ramai-ramai. Ada yang makan kat meeting room ada yang makan kat pantry.

Aku sorang je makan kat table dalam office. Sebab nya kat pantry dah penuh. Kat meeting room banyak bebudak lelaki dengan manager sekali. Aku segan lahhhhh!! Ecehhhhh... Jadi nya aku makan lah sorang2. Bukan sombong okey. hahahaha.... Lain kali lah baru boleh makan 'barengan' hahaha.. Kurang lagi orang kat office nie. Nasib baik peak period dah nak berlalu. Kerja tak banyak sangat. Peace!!

Tangisan di pagi hari

Dalam pukul 4 pagi tadi lah. Aku tiba-tiba terjaga dari tidur. Bila aku terjaga tu aku terdengar sayup-sayup orang menangis. Macam orang dalam kesakitan. Aku tak sedap hati lah kan. Aku terus bangun dari katil capai tuala aku lepas tu bukak pintu bilik.

Aku tengok mak aku rupanya tengah terlentang depan bilik stor. Terkejut aku. Aku nak angkat lah kan. Nak pimpin. Tapi dia tak boleh bangun. Baru jatuh sakit tu still terasa lagi. Aku duduk kat sebelah dia aku urut2 lah kan punggung dia. Sebab mak aku jatuh terlentang.

Dalam 10 minit lepas tu baru dia boleh bangun. Lepas tu masuk bilik dia sambung tidur. Nasib baik manusia kan. Bukan makhluk Allah yang lain. Kalau tak aku yang terlentang kat lantai tu sebab pengsan. Yang aku pun berani sangat nak keluar bilik. Hahaha. Sebab aku yakin tu suara manusia. Nasib baik tak jadi pape sangat. Umur mak aku tu 65 tahun. Dalam usia begini, kalau jatuh ke apa sangat lah bahaya.

moral value: jangan tidur mati ye.

Friday, July 22, 2011

Haven Restaurant Ampang....


Sebut pasal makan nie aku teringat satu restoran nie. Yang pasti aku tau atas bukit. Lepas aku Google Search baru lah aku jumpa iaitu HAVEN RESTAURANT. View dari tempat nie sangat cantik. Atas bukit kan. And nice quote yang aku jumpa bila search tempat nie A GOOD PLACE FOR LOVERS. So, u know what i mean right????







Credit to VKEONG


Thursday, July 21, 2011

Backpack with rain cover.

Untuk mereka yang lasak memang senang kalau pakai bagpack jer. Untuk penunggang motorsikal pun sama seperti aku juga. Yelah, sebab bila naik motorsikal, senang terdedah kepada hujan dan panas. Senang cakap cuaca tak menentu. Jadi kalau ada bagpack yang siap sekali dengan rain cover memang sangat bagus. Lagi-lagi memang kena carry lappy je tiap2 hari kan. From pencarian google, aku dapat lah sikit2 info pasal bagpack jenis macam nie.

Bagpack macam nie selalu orang buat hiking jer. Tapi sekarang pergi mana2 pun dah boleh pakai.

DEUTER RM 324++

ALPINESTAR RM138++

CAMEL RM185++

KEEN KEEN RM488++

JACK WOLFSKIN RM325++


Kalau nak murah lagi kan. Just beli rain cover die jer.Contoh nya macam nie.

RM59.00
RM30.00

 
Nak jimat lagi kan, cari kat UPTOWN!!!!! hahaha




Realisation.

Kena baca seberapa banyak yang boleh. Tak kisah lah pasal apa. Janji aku dapat menambahkan pengetahuan. Aku penat lah. Aku malas nak dengar bila orang gelarkan aku katak bawah tempurung. Kadang2 benda yang tak jangka pun kau nak tanya2 jugak. Sapa kau...??? Hanya kau. hahahahaha
  • Ibu negara bagi setiap negara di seluruh dunia.

  • Bagaimana kejadian empat musim itu berlaku.

  • Apa itu hybrid car.

  • Siapa Confucius.

So, kena lah baca semua nie. Good luck for me.
Hari nie start file baru. Ini company yang keempat aku buat full audit. Keep it up.

Sunday, July 10, 2011

Road to Pahang yesterday.

Aku pergi ni tak dirancang pun. Jumaat malam tu baru aku tau aku kena pergi. Sebab nya kena jadi pengapit untuk sepupu aku. Minggu lepas sebelah sepupu aku yang perempuan ni. Yang nie sebelah lelaki pulak. Kami dari Meru pukul 9 pagi. Lepas tu terus gerak lalu Highway PLUS. Sebab sorang pakcik aku nie nak lalu sini. Kami kena lah ikut.

Paham-paham je lah kan. Kami tersekat di Highway about an hour. Mase tu sebelum exit Subang tu ada roadblock nya. Haish... Timing dah lari dah. Sepatutnya pengantin kena bersanding pukul 12. Kami sampai di rumah mak andam tu pukul 12.15 macam tu. Siap punya siap pukul satu jugak lah pengantin nie bersanding di Felda Mempaga Pahang.

Nasib baik lah tema sebelah lelaki nie BIRU. Cuba kalau kuning. Alamak tak bersanding lah pengantin nie. Habis 6 kereta yang pergi kena tahan polis. Dah boleh menangis pengantin nya kena sanding dalam lokap pulak. keh keh keh...




Thursday, July 7, 2011

ROck yawww..!!!

Hari nie kawan-kawan panggil aku ROCK...! hahaha... Aku kan kasar orang nya. Bukan lemah lembut pun. Walaupun aku pakai baju kurung sekali pun, di dalam ke'ayu'an itu masih terserlah ke-ROCKan nye... Hahaha... Masing-masing nak tegur aku..But, this is me. The real of me. Tak tipu-tipu tak cover-cover punya orang.


Haaa!! Nie lah sebab nya aku kena panggil ROCK. Pasal kasut aka sandal aku pakai pergi kerja tadi. Dengan itu aku telah merasmikan kasut baru aku dari Carlo Rino AEON Bukit Tinggi Klang. Lepas pusing-pusing semua kedai akhirnya aku beli yang nie. Aku nak carik yang feminin2 sangat pun tak boleh. Sebab aku pergi kerja naik motor. Tak kan lah aku nak pakai kasut sarung pulak kan.. Macam mak cik youuu....!

At least kasut nie tertutup lah jugak depan nya. Kalau nak berbelang kaki aku pun nanti belang-belang lah sikit ikut corak kasut nie. Amacam, kreatif tak sunburn aku???? hahahaha!! Dan aku baru dapat tau hari nie, kat office aku tak pernah lagi trainees ataupun staff perempuan yang pergi kerja naik motor. And I be the FIRST one...!! Pecah rekod tuh... See...??! I'm ROCK uhhhh.....kah kah kah

Wednesday, July 6, 2011

Sakit!!


Hari nie masuk 3 hari aku sakit dada. Sebab aku nak period ke sakit macam nie. Sebelum ada jugak. Tapi tak lah seteruk macam nie. Kali nie aku sakit dada nak nafas pun susah. Kalau nak cakap pun slow2 jer. Aku pening and rasa nak pitam jer. Tapi dalam masa yang sama aku asyik nak makan jer. Tapi tak lah makan selalu. Macam biasa jugak. haha

Aku baru google search pasal sakit dada nie. Ada yang berpunca daripada masalah jantung, masalah pencernaan, masalah kesihatan seperti tulang atau pun selepas kemalangan. Nie sebab aku ada masalah pencernaan ke ye??? Tapi aku selalu pergi toilet apa. Aku harap aku sakit nie lama-lama akan hilang dengan sendirinya. Cepat lah hilang. Sebab sakit dada nie jugak emosi aku tak menentu tau. Erm...lunch nanti nak makan ape ye?? hahahahaha.....