.

Followers

Sunday, February 27, 2011

berkampung kat rumah orang

Hari isnin dan selasa aku ada test. Jadi aku pergi rumah kawan aku untuk study. Asalnya sabtu petang nak balik tapi tak jadi lalu balik petang ni. Aku study kat sini dah lepas 2 subject. Stay up sampai pukul 3 jer lepas tu tidur terus. Ngantuk giler..

Sebelum tu, Sabtu paginya aku dengan kawan-kawan aku ni buat kek batik. 2 adunan guna 2 bungkus biskut marie. Banyak tu lagipun rumah ni ada 7 orang campur aku dah 8 orang. Sekarang nie pun tinggal 1 bekas je lagi. Yang lain semua dah habis dimakan.. Dari itu hari dieorang suruh datang suruh buat kek batik. Jadi semalam aku beli barang-barang pagi tu terus buat.

Penat lah study. Dah lah 1 hari 2 paper. Chapter yang cover banyak pulak tu. Pening sangat. Kalau yang teori lagi lah. Mengantuk lepas tu baca tak tau lah masuk ke tak. haha..InsyaAllah...

Thursday, February 24, 2011

Masuk darjah 6 balik..

Kadang-kadang ada benda yang kita dah lama tinggal kita akan lupa. Contohnya kenapa air laut pasang dan surut, berapa planet ada kat alam semesta ini atau pun macam mana nak selesaikan segitiga dalam bulatan. Semuanya aku alami dan mujur lah aku ada ingat sikit2. Aku kalau bab matematik ni memang boleh lah kan. Tapi kalau bab sejarah ke atau pun sains ke memang lemah. Pasal tak minat.

Tadi aku tolong anak buah buat homework dia. Pasal FOOD CHAIN dan FOOD WEB. Ape bende tuh. Food chain tau lah Food web nie apa lak?? Yelah, sedia maklum lah dulu kan aku belajar semua Bahasa Melayu. Tak minat Bahasa Inggeris pon tu yang selow sikit..hahaha..

FOOD CHAIN tu merujuk rantaian makanan yang melibatkan tumbuhan dan haiwan. Tumbuhan dikenali sebagai primer dan haiwan pulak sekunder. Dulu aku belajar macam nie lah. Betul ker tak?? Jadi setiap haiwan dan bergantung kepada haiwan yang lain atau pun tumbuhan. Bergantung jenis haiwan tersebut samada herbivor, karnivor atau pun omnivor.


FOOD WEB pula gabungan rantaian makanan dan dijadikan satu rantaian makan yang besar. Setiap hidupan tidak terhad kepada satu hidupan yang lain. Ini boleh dilihat didalam satu habitat yang mengandungi pelbagai jenis hidupan. Contohnya katak boleh di makan oleh ular disamping di makan oleh burung helang.

Kenapa lah aku boleh lupa..

Pagi tadi ada kuiz FAR. Memang dari hari selasa lecturer dah bagitau. Selalunya aku buat catatan tapi kali ni tak. Nak dijadikan cerita tadi pagi aku masuk kelas je dah ready2 nak buat kuiz. Aku baru lah teringat. Ya Allah, menggelabah aku. Memang zero habis lah. Tak stadi langsung. Ingat yang lecturer ajar dalam kelas jer.

Sudahnya yang tambah aku tolak yang tolak aku tambah. Yang kena bahagi aku biarkan je aku bahagi yang lain. Ya Allah, kenapa lah aku lupa. Malam tu tak terdetik langsung nak tanya kawan. Aku pergi buat homework subjek lain dan alih-alih tak bincang pun dalam kelas. Aduh...

Wednesday, February 23, 2011

hari yang masalah..

Sebab hari nie ada Presentation AIS. Kena hantar report sekali. Kena buat Data Flow Diagram. Tapi software takde. Haa! masalah betul lah. Macam mana lah aku lupa nak install dulu. Macam mana lah aku tak teringat. Pukul 2 pagi terhengeh-hegeh search software kat Internet. Tapi semua tak sama dengan ABC Flowchart.

Nak mintak tolong kawan pun tak boleh. Masing-masing ada kerja sendiri. Nak copy kawan punya nanti lecturer dapat detect. Lepas tu hari nie ada TEST MATH. Boleh pulak tak study 1 sub-topic. Nasib baik ingat. Boleh lah daripada tak boleh langsung. Untuk presentation punya aku dah siapkan. Baru jer. Habis kelas terus pergi LAB buat cepat-cepat lepas tu print. SETTLE!!! Sekarang tunggu nak present je. huhu


p/s:
lebam kat mata beransur pulih..

Saturday, February 19, 2011

Terjah kelas AIS AC2206N

Setiap hari Jumaat kelas akan bermula kelas AIS (Accounting Information System) dekat makmal komputer. Macam biasalah, peluang ini akan digunapakai sebaik mungkin oleh pelajar-pelajar UiTM dan mana-mana pun. Jadi kawan-kawan aku dan aku juga turut terjebak dengan masalah ini. hahaha

JOM KITA TENGOK MEREKA...

Nur Liyana Ibrahim yang rajin. Bagus kann
Kawan aku yang sorang ni kan dia TAKDE Facebook,
Twitter mahupun Blog..Dia takut nak buat semua tu..
Takut apa ntah..

Leen Ahmad bersama Facebook nya
Leen merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarganya.
Penampilan kelihatan feminin je kan tapi minat sama je macam lelaki..
Bila keluar mak ayah tak tanya pun, yang tanya abang dan adik laki dia yang sibuk tanya..
Dia teringin ada kakak..Tapi okey apa, macam best je adik-beradik dia..

Danya Nor Wanie juga buka Facebook dia
Macam pelik je kan nama dia. Lecturer pun pernah tegur cakap dari kayangan ke??
hahaha Wanie tu pun nama dia. Jadi tak hairan kalau orang panggil dia Wanie.
Dulu keding je sekarang huhu besar dah. Yelah, pergi gym selalu..

Nuur Syuhadaa mesti bukak Twitter
Boleh panggil Da'a. Sangat gembira semalam sebab tweet dia yang hilang
selama ni dah dapat balik. Masa aku tengok semalam ada 4642 tweet dia.
Tahi twitter..Dah lah semalam banyak typo..kena gelak jer..hahaha

Siti Rubi'ah yang tengah kejar timeline kami
Semalam kami laju ber-tweet. Rubie nak kejar susah jer. Tapi akhirnya dapat follow.
hahaha..Boleh pergi tengok blog dia. Dia rajin online tau
Hari tu dapat bear besar dia. BF dia bagi guna pos. Best kan..

Aku bersama Nur Rediana
Red seorang blogger yang menjual shawl. SAYA PUNYA SHAWL ialah
blog kelolaan beliau. Ada shawl baru tau boleh tengok kat blog dia.
Ahad nie dia ada buka booth kat UPM. Sapa yang free boleh datang sana.





Sekian.

Friday, February 18, 2011

Cara memberi salam.


Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”. Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum” dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah “WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu “WAALAI KUM SALAM”. Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”.

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”
* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.
* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”
Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”







sumber: facebook

Muka aku nampak comot lah.


Aku geram jer biler bersiap nak pergi kelas.
Bukan geram dengan orang lain tapi dengan diri sendiri.
Nampak sangat ada yang tak kena dengan muka aku.
Tapi kalau boleh aku nak maintain comel...
huk huk huk

paham tak maksud aku comot???

Korang nampak kan apa kat muka aku.
Ya, buat aku nampak comot.
Nak jadi gothic tak jadi nak buat smokey eye sebelah jer.
Apa-apa pun bila dah baik aku upload gambar terbaru aku..



p/s:
hari ni punya gambar sebelum pergi kelas.
18022011 7.40 a.m.

Thursday, February 17, 2011

FOGGING PULAK DAH...

google
 Jam sekarang menunjukkan 5.57 pagi pada 17 Februari 2011
Aku tengah tidur sekali nafas ku tersekat. Aduh!!  busuk nya!
Bising giler kat luar rumah...
Aku dah berdebar-debar...tiba-tiba pulak takut..
Selepas itu bunyi tersebut menjauh dan aku kembali tidur..
Tidur aku diganggu sekali lagi dengan bunyi bising tersebut..
Aihh, Apa benda nih buat darah aku menyirap pulak..
Aku mengamati bau tersebut dan macam kenal jer..
Berani kan diri jenguk kat tingkap..
ORANG FOGGING RUPANYA...
Kenapa tak buat pukul 3 atau 4 pagi jer....hish!!

hati panasss!

best lah mase sekolah dulu
Entah kenape tiba-tiba aku bengang pulak dengan kawan aku nih. aku tanye elok2 die cakap aku emo.
lahhh, ko komen aku macam baru pertama kali kenal aku pulak. bukan tak kenal pon. dekat 6 tahun dah kenal. Soal aku macam tak kenal aku langsung. Ape cherr????

Mungkin sebab aku jahat ke die nak cakap macam tu. Ye memang aku jahat. Kalau engkau dah berubah menjadi baik aku tumpang gembira. Boleh kau doakan aku sekali ye. Takde lah, aku tengok balik gambar-gambar ko lagi lah bukan main. Aku tak nak cakap lebih-lebih sebab ko kawan aku. Aku kenal ko dah lama. Aku tak suka nak tarik-tarik muka. Buang masa je. Tapi tolong lah respect aku. Tak banyak pon sikit jer.

Kawan dan sahabat berbeza...

Monday, February 14, 2011

Owhhh...My Adorable Bear!!

Tengah bosan-bosan tengok timeline twitter, new post by blogger and new update from friends at facebook. Ohhhh...i found the good good stuff then. Alahai comel pulak bear nih. Yang dijual oleh kawan aku iaitu NAZRUL. Kalau korang berminat, boleh dapatkan sekarang. Siap free delivery lagi tau..huhu

comel kannnnnn.....!!
cuba bayangkan aku yang pegang..

HUGE ADORABLE FATTY TEDDY BEAR
1) 1.2meter Teddy Bear = RM150
2) 1.6meter Teddy Bear = RM250
3) 1.8meter Teddy Bear = RM300
4) 2.0meter Teddy Bear= RM350
5) 2.5meter Teddy Bear = RM500
6) 3.0meter Teddy Bear = RM600
(darkbrown,lightbrown,white)

free delivery to anywhere in Malaysia! yes.
for the full price list, details, photos, models, pls visit =http://solenazz.blogspot.com/



ENCIK YANG BAIK HATI,
BELIKAN SAYA SATU BOLEH???
  HUHUHU....BOLEH LAH....

Genting Highlands PART 3

Lepas naik flying coaster kami tak tau dah nak pergi mana. Nak main yang lain takut baju basah pulak. Masing-masing tak bawa baju spare. So kami jalan-jalan lagi. JOM!!!!!!

jadi budak-budak kejap
Aku ingat ape ke benda lah. Aku masuk lah dengan Da'a. hahahahaahaha! anak buah aku pun tak takot. Tak nampak apa. Just gelap jer. Mane pergi lanun-lanun semua nya. Dah kena tangkap dengan polis ker? Alah abang polis nie, bagi lah kami takut-takut dulu baru lah tangkap. hahahahaha

da'a yang takut kereta ni roboh pada ketika ini
oyon with her ice cream..
 Haahahaha. Orang lain dah makan aku baru nak makan. Kawan-kawan aku semua nya dah makan ice cream sebelum naik pirate ship lagi. Aku je tak sempat nak beli. Yelah, aku kan penggemar ice cream. Chocolate yang penting nye!! hahaha. Tengok lah baru terkedek-kedek nak makan ice cream KITKAT yang berharga RM4.00..yang penting sedapppp...

sebelum balik ambil gambar dulu
comel tak aku???? haha
Apsal pakai macam nie? hahaha. Pasal hari hujan lah...
Sediakan payung sebelum hujan. Malangnya payung takde.
Untuk mengelakkan diri daripada demam, inilah langkah berjaga-jaga.
Ehhh, macam sakai je ayat aku nie. hahahaha

pemandangan masa turun
Agak-agak korang seram tak. hahaha. Mane budak yang cakap tak gayat langsung tu waktu pergi???? haaa...nak dijadikan cerita budak ni lah yang dok terjerit-jerit dalam cable car. Die sorang pulak tuh. hahaha. Itulah suka sangat duduk depan kan. Baru turun sikit dah jerit-jerit. hikhikhik.....Lepas jerit tak duduk diam pulak tu. Start dah snap-sanp picture lagi.Sekian.....

NI LAH BUDAK TU... HAHAHA


Sunday, February 13, 2011

Genting Highlands PART 2

line up nak naik roller coaster
Bak kata dieorang lah kan. Naik roller coaster bodoh-bodoh je.In fact, roller coaster bodoh-bodoh ni aku takut jugak sebenarnya. Bila nak turun je aku tutup mata, bila aku tutup mata je benda ni turun. hahaha.. Kan ada orang amik gambar mase kita naik kan. Seriously aku cakap, muka aku HUDUH taw.hahahahaha

dengan Erin (kawan dari teknik Klang)
budak poyo with her peace..
Sementara tunggu kawan-kawan yang lain pergi sembahyang, (aku takleh) aku snap picture lagi. Aku rasa macam cantik pulak background kat sini. Cuaca pun kejap panas kejap redup kejap mendung. Tapi angin tetap sejuk lah. Tak lah sejuk sangat. Tak payah pakai sweater pun. If you want to know, I'm wearing my sweater ONLY in the bus. hahaha

self timer
pirate ship yang best
Enjoy sangat naik pirate ship. Sebab tak takut lah!! hahaha. Tapi ada sekali je yang aku terkejut. Tengah nak pegang kamera lepas tu dia pusing tinggi lah. Terkejut aku tau! Menurut kawan aku, yang ni yang seram sangat macam kat Sunway Lag0on punye sebab tak sampai 90 degree.
alah kuncup, tak masuk pulak..ika nie, macam ni pun takut ker? huhu
tempat wajib untuk bergambar kepada sesiapa yang datang sini
After this kami naik flying coaster. Tiket masuk RM12.00 seorang. Kami naik ber-4 dulu and another 4 kemudian. Aku paling beriya-iya nak naik. Semua orang aku pujuk suruh naik. hahaha. Macam biasa lah aku mesti yang pertama cuba kan. Mase nak turun tu aku dah jerit-jerit takut dah kat Da'a. Dia marah aku cakap "tadi sapa yang nak naik sangat nih!!!" hahaha. Dari start turun sampai habis aku pejam mata. Sumpah! aku nak naik lagi hahahahaha..

budak poyo takot!! hahahaha
self timer
 Nasib baik lah aku bawak tripod untuk kamera cikai aku..
Boleh ambik gambar ramai-ramai...
huhuhu...

ehhh, budak poyo control ayu. hahaha          credit to Da'a.. 




bersambung...

Genting Highlands PART 1

Hampir 22 tahun, ini merupakan kali pertama aku menjejak kan kaki di sana. Kebetulan UiTM Shah Alam cuti hari Khamis dan Jumaat. Jadi kawan-kawan aku decide nak pergi holiday. Yelah, masing-masing duit berkepuk lagi. Aku jer tinggal saki baki agaknye. hahaha..Last2 kami pergi Genting. Mostly yang pergi adalah first timer macam aku jugak.

Aku pergi sorang dari KTM Padang Jawa RM2.90 sampai KL Sental. Dieorang pergi dulu sebab nak beli tiket. Lagipun aku tak cakap aku nak pergi. Pagi tu aku call Nuur Syuhadaa die dah on the way dah. Aku suruh abang aku hantar ke KTM. Nak bawak motor takut pulak sebab kawasan Padang Jawa tu macam sunyi. Pakej ke Genting ni RM47 seorang siap semua macam biasa lah. Sepatutnya bas gerak pukul 11 pagi tapi KUNCUP datang lambat. After bincang2 kiteorang dapat naik bas pukul 11.30 pagi. Rasanya first time naik bas yang ON TIME giler..

barisan kawan-kawan aku yang pergi sekali..hehe
off to GENTING dah...
Kami pergi ber-lapan. Sewaktu naik, kami terpisah jadi aku naik cable car yang belakang dengan RUBI, erin dan leen. Mase naik nie yang paling takot erin (tengah) sampai nak berdiri pun tak boleh. huhu.. Mase naik jugak tak berapa nak takut. Sebab nya kami menghadap ke atas. Jadi tak lah pandang bawah jer. Tak gayat langsung lah senang cerita.

see..tak gayat pon kann..
budak poyo dalam cable car
Agak lama rupanya nak sampai. Patut lah pakcik yang jaga bas tu pesan pukul 6 dah beratur turun. Pasal takut kiteorang lambat walaupun tiker 7.30. hahaha..takut kena tinggal bas lagi. Sia-sia je karang. Ada jugak orang kena overnight sane. Cable car yang ni tak lah macam kat LANGKAWI punye. Yang tu kejap je dah samapi pelantar ape ntah. huhu..

tengok peta untuk merancang perjalanan
nak pergi theme park ourdoor. KUNCUP yang happening giler..hahaha
aku merasakan diriku teramat poyos..

Lepas ambil gambar ni kan. Ada mamat tu senyum2 lah. Aku pun senyum lah. Mamat dua orang dalam gambar atas nih! Aku dengan ramah nya pun cakap, "Nape nak amik sekali ker??" Mamat berkenaan tu pun bercakap "Eleehhh, macam lawa". Aik, aku peliks lah kenapa pulak mamat nih. Aku dengan tanpa segan silu men-sound balik lah. "Ehh, aku lawa ke tak ke ko susah ape? Suke aku lah nak amik gambar banyak mane. Ko apehal??" Lepas tu aku blah. hahahahaha

nak start main pening-ponin.. haha

Seronok main bende nih. aku lupe lah name die ape. spin ape ntah. Tapi memang agak seram lah sebab die berayun-ayun kan. hahahaha. Aku naik aku ketawa je. Sebab aku ketawa aku nak hilang kan nervous aku. Hahaha.. Aku bukan macam orang lain yang jerit-jerit. Aku banyak ketawa. Heh, aku pun tak tau kenapa pulak aku macam tuh.

Secong aku naik space shot. Muke tiga orang kat depan nih semua nya first timer. Aku sajer je amek depan sebab kawan aku kat bawah rakam video kiteorang. Seronok je mase naik. Mase turun, aku rasa kalau ada kamera depan aku boleh tengok muke lawak aku macam mana. PUCAT LESI TAK TERKATA. hahahaha. Sebab mase turun aku tak pegang pun benda alah yang sokong badan tu. Rase nak tercampak je. Dah kepanikan tu aku pegang terus kuat2.. hahaha itulah degil...

Ops posing! hahaha
Actually lepas tu nak pergi main Go Kart. Orang ramai and then takde sapa yang nak jagakan beg sebab semua nak main. Jadi kami decide nak main roller coaster yang pertama di Malaysia. Gambar atas ni bukan sebab aku nak kencing tau, hahahaha spontan terus begitu jadinya. Lepas tu masing-masing terpaku kejap. Ada minah arab naik Space Shot jerit-jerit kuat giler. Macam satu Genting oleh dengar suara die. Semua orang dok tengok die lagi pulak dia duduk kat seat sebelah yang aku duduk kat atas tu. Menghadap orang ramai lah. Aiseh, rugi pulak tak rakam..hehe


bersambung...

Saturday, February 12, 2011

"The 14th in Korea"

14th Jan | Diary Day
To symbolize the beginning of a new year, couples exchange yearly planners in which they mark their plans, anniversaries, birthdays and other important dates.

14th Feb | Valentine’s Day
If a woman wants to confess her love for a man, or express her feelings for him, this is the day to give that special someone some chocolate. The streets of Korea begin to line itself with chocolate-filled lace baskets about a week prior to Valentine’s Day. This day particularly makes a large profit in department stores, hotels, chocolate stores, bakeries, jewelry stores, and doll stores.

14th March | White Day
This special day is in correspondence to Valentine’s Day. On White Day, it is the men’s turn to confess and express his love and affection for that special someone by giving her candies and gifts. The customary gifts on White Day are candy, not chocolate, jewelry, flowers, or dolls. Many men also highlight this day with romantic dinners and events. If one should forget this day and offer nothing to his significant other, he may not hear the end of it for a while.

14th April 14th | Black Day
Black Day is a day for singles. After the two romantic love-filled months, lonely singles surely are not in the best of moods. Therefore, Black Day is designated especially for singles. To console each other for enduring these past two months being single, people who are single will get together on this special day to eat Jjajangmyeon, black noodles.

Many people will also dress in all black, from head to toe including black accessories and black nail polish. Hence, the name Black Day. Their sense of camaraderie will be stronger on this day as they declare “No to couples, and yes to singles!” but there are a few singles that find a suitable mate.

14th May | Rose Day
On this day, couples exchange roses.

14th June | Kiss Day
Kiss everyone you meet on this day.

14th July | Silver Day
On this day, people exchange silver accessories.

14th August | Green Day
On this day, couples seek nature and relax while singles drink Soju to drown their loneliness. (*bb: soju is a distilled beverage native to Korea; tastes like vodka. soju is usually in green bottles.)

14th September | Photo Day
On this day, take a picture together with your significant other in a romantic place and put it in a special place to look at.

14th October | Wine Day
On this day, enjoy wine with someone special.

11th November | Pepero Day
Though not on the 14th, many people celebrate Pepero Day. This day originated ten years ago when a couple of young teenage girls exchanged peperos sticks as a wish to grow tall and slim. Today, peperos are exchanged between couples, friends, family and colleagues, and is becoming a major special occasion like Valentine’s Day.

14th November | Movie Day
On this day, couples go to watch a movie at the cinema

14th December | Hug Day
On this day, couples hug each other in the winter to chase away the cold.



sumber:
http://blog.sasa.com.my/2011/02/01/join-our-valentine-days-photo-contest/

kepenatan..

Nur Nasuha dan Nuur Syuhadaa
Terima kasih kepada Nuur Syuhadaa dan Nur Nasuha sebab hantar aku balik. Semalam aku pergi Genting dengan budak-budak kelas aku. Balik malam jadi aku pun tumpang tidur dekat rumah mereka. Esoknya mereka willing nak hantar aku balik. huhu..before balik rumah, kami makan BURGER KING dulu dekat Setia Alam. Sebab nak rasa, tak pernah makan. Aku pernah sekali je kot.

aku yang tak mandi lagi pagi tu..hahahaha
Aku tak mandi sebab mereka dah siap. Kesian pulak nak kena tunggu aku jadi aku decide mandi kat rumah je lah. Sundae kat BK nie memang sedapppp! kalah McD punyer. Menurut citarasa aku lah kan memang sedap. Kawan aku pun cakap macam tu. Sebab coklat nya tak terlalu manis lepas tu pekat. ehhh! batak pulak...hehe

makan tak tengok aku pun..tengah layan..hehe

Wednesday, February 9, 2011

Family Gathering on 04022011

Kami sekeluarga memang dah merancang untuk buat makan-makan sekeluarga. first plan nak buat malam new year tapi abang masuk hospital pulak jadi ditangguhkan. So setelah dibincang2 kami sepakat buat pada 04-02-2011 bersamaan hari sabtu. Semua boleh datang except sorang abang aku. Idea nak buat semua nie berasal daripada aku sendiri. hahaha..

Malam tersebut aku menetapkan semua keluarga memakai baju warna MERAH dan sebagai tiket masuk majlis. haha..Macam kejam pulak. Mula-mula aku saja je tetapkan warna baju last2 semua setuju. Yelah, alang-alang Chinese New Year, jadi hongse ade ong kot.

sebahagian orang merah..





 
Pada sebelah petang, kami menyediakan tempat dan barang-barang yang diperlukan. Oleh kerana pada waktu itu ramai je, aku pun bagi cadangan buat banner. Berbekalkan SARUNG BANTAL LAMA kami buat lah banner guna marker pen dan poster colour. huhu..seronok aku tengok anak-anak buah aku cop-cop tangan. hahaha..cop tangan aku takde...isk..

Menu malam tu macam2. Spaghetti, Yong Tau Foo, ikan bakar, ayam bakar, cheese sosej, kerang bakar, udang bakar dan macam-macam. Makanan semua disediakan secara kongsi-kongsi. hehehe...bajet taw..kiranya tiap2 orang ada contribution dia masing-masing. Walaupun aku adik-beradik 6 orang dan anak buah dalam 18 orang aku rasa macam sikit je orang nya. Tapi sikit-sikit pun riuh rendahnya mengalahkan 5 buah keluarga. hahahaha..



Sebenarnya gambar kat atas nie sewaktu perlawanan persahabatan je. hahaha..ops! lupe nak cakap. Malam tu AKU JADI PENGANJUR GAMES. hahaha..untuk pertandingan tarik tali ni aku guna gelung getah paip. Sebab carik tali tak jumpa. Waktu dieorang main2 untuk cuba-cuba, tarik punya tarik lama-lama getah nya putus. Habis bantai ketawa ramai2 sampai kampung sebelah boleh dengar.


Pertandinagan barisan terpanjang ni sebenarnya games pantai. Tapi aku praktik kan jugak kat rumah aku. Mula-mula masing2 malu. Last-last ada yang bukak baju dengan seluar sekali. Sebab syarat permainan ni bina satu barisan yang panjang dengan menggunakan BARANG KAT BADAN SAHAJA. Jadi semua digunakan termasuk dompet, tali pinggang, rantai, seluar, baju dan sebagainya. hahaha..Tak kurang jugak yang maen tipu. hahaha



Bahagian ni paling best. Untuk pertama kalinya aku berjaya menggabungkan anak-beranak kakak-kakak aku dan aku tengok semua nya sporting habis. hahaha. Macam-macam mumia ada. ada yang jadi pocong, ada jadi hantu cina hahahaha..apa-apa pun abang-abang ipar aku semua nya SPORTING & COOL habis.. sanggup berpanas kena bungkus dengan tisu jamban. hahahaha


Lepas jadi hantu bungkus, masing-masing bertukar incredible hulk. hahaha..tisu bertaburan di perkarangan rumah aku. anak-anak buah aku ape lagi. buat-buat macam salji pulak. hahaha..kesian kakak aku jadi MPJP (Majlis Perbandaran Jalan Paip) mengaut segala tisu-tisu yang bertaburan. haish, budak-budak tau je lah. Sepahkan barang memang dia yang hero &heroin nya. hahaha...


Carik gula-gula dalam tepung. Permainan feveret di kalangan anak-anak buah aku. Ada yang siap dah praktis lagi kat rumah dieorang. Hai, semangat betol nak main. Selaku penganjur sukan, aku melaksanakan lah impian dieorang. hahaha! hebat, cepat je habis amik gula-gula tu. Takde tiup-tiup sangat. Terus benam je muka dalam tepung tu. hahahaha...Hantu tepung want to be!!



Setiap games mesti ada part yang makan-makan kan. Aku decide guna dragonfruit je. Before tu aku nak guna LIMAU BALI. Kopek dengan tangan atau mulut lepas makan sampai habis. Tapi pkir2 balik macam kejam pulak. Dragonfruit nie pun separuh je sorang. Ikot perancangan asal seorang sebiji. Pemenang permainan nie Muhd Azhari Iqbal (kanan sekali) yang dapat menghabiskan tak lebih 10 saat tau..! dia nie memang hantu dragonfruit. Sepatutnya disqualified dari game nie. hahahaha


Permainan tangkap belon air aku jadikan game yang last. Yelah nanti takot basa-basah pulak kan. Terjerit-jerit dok nak tangkap belon tu. Yang menang memanglah Iqbal si kaki kepoh terlebih active nie. hahaha...Bolot hadiah banyak betul. 


Macam boleh jadi gambar sebelum dan selepas pulak kan. hahaha..Hasil daripada terapi pemutihan kulit dari salon yang tak bertauliah. hahaha..Dieorang dah pakat-pakat nak baling tepung kat aku. Jahat betol lah. Tak sempat nak elak. Habis baju dan rambut aku. Melekat-lekat kat kulit kepala tepung tu. hehehe...Nak kena???

Last sekali penyampaian hadiah. Banyak jugak lah hadiah yang aku beli.
Tak lupa jugak ada TEKA-TEKI. Lawak2 aku bagi soalan nya.
Yang dapat tu tahniah diucapkan...
Lain kali kite buat outdoor pulak. Cadangan nya PULAU PANGKOR.
Sapa setuju angkat tangan..! kena buat collection awal-awal. hahaha