.

Followers

Sunday, December 25, 2011

Word Verification

 Bila aku blogwalking, selalu jugak aku akan tinggalkan jejak aku. Aku komen lah entry terbaru blogger tersebut. Tapi ada jugak yang aku tak komen. Sebab kadang-kadang tak tau nak cakap apa. Takut tersalah cakap pulak. Hahahaha.. Takut lah orang kecik hati ke kan. Sebab aku nie kekadang suka bergurau. Lepas tu kena lah isi word verification. Banyak yang pelik-pelik. Yang sempat aku simpan nie lah.. hehe  







Saturday, December 24, 2011

Sweet nya mereka..

Aku baca entry kat blog list aku and find out this. Aku tengok video nya sweet sangat.. Aku pulak yang tersenyum-senyum. Hahaha. Korang mesti dah tau kan. Video Timothy Tiah (pengasas bersama nuffnang) melamar kekasih nya Audrey Ooi (blogger) baru-baru nie. hehehe.. 


Aku tengok lelaki nie naif jer. Macam malu-malu jer. Hahaha.. Tu yang buat mereka nie comel. Hehehe.. Siap ada 'puss' lagi tu.. hahahaha...  "So, what happens now..?" hehehe



Merry Christmas

Kepada meraka yang beragama Kristian, Selamat Hari Natal ye. Hehehe.. Seingat aku kan, aku ada kawan kristian nie sorang jer. Masa kat belajar kat KMNS tu. Aku panggil yuyu jer. Nama panjang dah tak ingat. Hehehe.. Dia orang asli dan orang asli first time aku jumpa masa tu. hehehe So untuk krismas nie kan, aku suke main doodle kat homepage Google. hahaha. Comel jer..

Friday, December 23, 2011

Pre-registration course UiTM semester 2012



Aku baru je register course untuk semester 8. Semester terakhir aku..!!!!! Tapi yang tak best nye macam mengong je sistem nie. Aku stuck subject FAR 600 tak boleh register sebab bertindih dengan subjects yang lain. So, aku biarkan je lah. Dah lah untuk subject nie kelas nya lain-lain. Maksud aku macam nie.

Aku daftar semua subject untuk Kelas N. Memang dah settle lah. Untuk satu subject (merujuk di atas) tu je lah takde kelas N. Elok-elok kelas start dari A tiba-tiba lepas L terus Q. Kelas N, M dan P takda. Tak ke sengal. Okey tu nombor satu.

Lepas tu fine lah. Untuk kelas nie aku daftar lah kelas lain dulu kan. Sekali kan, punya lah aku try satu-satu SEMUA NYA TAK BOLEH. Ada jer yang bertindih jadual waktu kelas tu. Ape ke heii nye wehhh.. So, aku ambil keputusan biarkan je lah. Daripada aku sakit hati kan. Baik aku close & logout.




Wednesday, December 21, 2011

Karafuru fruit tarts

Aku bukan lah seorang penggemar tart. Tapi bila aku tengok tart nie kan, terasa ingin mencuba. Ya, aku ingin merasa nya. Hahaha.. Tart nie semua daripada Karafuru Pavilion Kuala Lumpur. Baru sahaja melancarkan kedai nya pada hari ini. Huhu.. Harga untuk whole tart around RM79++ and RM8.50++ untuk 1 slice. Kalau takat nak buat rasa-rasa tu boleh lah try beli slice by slice. 

Bagi mereka yang nak buat sebagai hantaran ke, party ke ataupun kenduri boleh lah beli whole tart. Dia akan letak dalam kotak macam korang beli kek tu. Boleh jugak sebagai pengganti kek hari jadi. Letak lilin je kat tengah2 tu dah menarik. hehehe.. Macam-macam pulak aku nie. Antara tarts yang dijual ialah:-
  • Strawberry Chocolate
  • Mango
  • Grape
  • Oreo
  • Green Tea Red Bean
  • Raspberry Peach
  • Chocolate Banana
  • Blackforest
  • Blueberry Meringue
  • Mixed Fruits

   
Jadi, kepada sesiapa yang berminat nak merasa macam aku tu, boleh lah pergi ke Pavilion Kuala Lumpur. Jangan lupa bawak nie sekali. Boleh dapat discount. Sapa tak nak discount wehhh....


Berat aku nie normal ke tak?

Aku muskil lah. Sebab bila check dekat 2 web yang berlainan, dua-dua bagi jawapan yang lain. Aku pun jadi takut plus sedih bila aku dapat tau yang aku berlebihan berat badan. Ye, memang tak dinafikan aku bukan kurus pun. Badan aku agak 'chabby' lah jugak kan. Situ besar sana besar. haaa.. Macam mana nie.. risau lah pulak.

Gaya hidup sihat

BMI calculator





p/s: aku kena kurangkan 6kg..? WHATTT..!!!

Duit kertas baru RM20

Mesti ada yang dah tau kan. Duit kertas baru akan diedarkan dijangka Julai tahun depan. Aku suka sangat sebab wang kertas RM20 dah kembali lagi. Hehe.. Sebab aku ada cerita pasal wang kertas RM20 nie. Dulu duit dua puluh ringgit nie berwarna coklat. Sekarang dah kaler macam jingga.

Berbalik kepada cerita wang kertas RM20 tu. Memori yang aku masih ingat lah masa aku kecik-kecik dulu sewaktu arwah abah masih ada. Aku ingat lagi masa tu hari jadi aku. Aku memang rapat dengan abah. Aku tunggu jer abah balik. Bajet nak belikan hadiah lah tu. Petang tu abah balik aku terus kejar-kejar kat abah. Sekali abah tak belikan hadiah. 

Normal lah kan kalau budak kecik tak dapat apa yang dia nak mesti merajuk kan. Aku pun merajuk lah. Abah datang bagi RM20. Dia cakap nie kira sebagai hadiah lah. Aku terus senyum terus peluk abah. (nak menitis air mata aku nie). Bila mama nak bawak kiteorang (aku dan abang) pergi Klang, mama suruh mintak abah duit. Buat beli jajan (makanan ringan) kata nya. Abah bagi RM20 jugak. Tu je lah aku dapat kongsi. hehe... Jom tengok duit baru.



Kalau nak baca pasal wang kertas baru nie. Boleh klik SINI, SINI atau pun SINI.... 


Wordless Wednesday #6

Tuesday, December 20, 2011

Upgrade gadget..?


Aku seorang pelajar. Aku bukan berasal daripada keluarga yang berada. Mujur aku dapat biasiswa daripada JPA. Untuk aku upgrade ke iPhone 4S nie, kena fikir banyak kali. Dan jawapan nya tetap TIDAK. Hahaha... Aku dah cukup bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang nie. Mungkin keinginan tu ada, tapi itu sekadar nafsu. Bukan keperluan pun kan.

Kalau nak pakai sekalipun kan, tunggu lah hadiah ke hantaran ke dapat iPhone 4S nie. hahaha.. Kaya bakal laki aku. Hahaha.. Sekarang aku terbayang casing iPhone. Cantik tau. Cantikkkkkkk sangat...!!! Aku ada ternampak kat satu kedai nie. Harga casing tu dekat dua ratus kalau tak silap. Ada swan.. Bling-bling lagi tau.. Tapi aku tau, aku tak kan pakai pun. Sebab apa nak tau? Sebab aku GANAS..! hahahaha

US$45.00
RM197.32
US$101.99
US$20.00
US$20.00
US$5.89
US$27.99
US$35.99


Aku rasa macam nak menangis jer.. 


Sesuai jadi mas kahwin




Cantik kan...? Kalau ada sesiapa yang merupakan bakal-bakal pengantin tu boleh lah beli ni. Ia boleh dijadikan sebagai mas kahwin. Beli lah berapa banyak yang korang nak. Yang takde account kat groupon tu boleh buat sekarang. Sebab banyak promotions yang menanti anda. hehehe...

  • 1 stalk of 24K gold rose for RM148 instead of RM268
  • 2 stalks of 24K gold roses for RM288 instead of RM536
Product specifications:
  • Pure 24K gold foil rose and leaves
  • 24K gold plated bronze stem
  • Flower dimensions: 80mm (L) x 70mm (W) x 45mm (H)
  • Full length: 250mm (including stem)
  • Package includes:
    - Gold rose
    - Gift box
    - Certificate with 24K gold verification



Wednesday, December 14, 2011

Monday, December 12, 2011

D' Nangka Restaurant, Bukit Katil


Minggu lepas aku kan pergi Melaka. Ada satu lagi restaurant yang aku nak review iaitu D' Nangka Restaurant. Restaurant ni terletak kat Bukit Katil, Melaka dan memang dekat lah dari Ayer Keroh. Restaurant ni jugak betul-betul tepi jalan. Kalau korang tengok restaurant ni meriah dengan lampu warna-warni. So, aku dengan office mates try lah makan kat sini.

Otak-otak sebakul RM6.00

Ni nasi goreng ikan masin. Banyak tau..
Ada LCD tu yang meriah tue hahahaaa

Orang ramai lah jugak

Mestilah ada nangka. Sesuai dengan nama restaurant nie

Makan bawah pondok pun boleh

Memang pokok nangka je tepi restaurant tu

Kaunter bayaran tau.. sebelah tu ada vespa biru.
Cop Vespa..!


Sunday, December 11, 2011

First entry on Disember

Aku sekarang balik kerja penat dah. Lepas tu tidur awal. Nak on lappy kat rumah sangat lah malas. Kadang-kadang je on. Itu pun nak transfer files and charge battery camera and handphone. Sekarang tengah kerja luar. Tak lama sangat lah. Jumaat balik Klang and next weet gerak pergi Johor pulak.

Sementara outstation kat Melaka nie, ada lah berjalan sikit. Lagipun office mate aku suka berjalan. Hari pertama tu kiteorang pergi makan seafood kat Medan Selera Ikan Bakar di Perkampungan Umbai, Melaka. Kami pilih Restoran Parameswara Ikan Bakar. Haa..! Nama pun eksotik je kan. Hahahaha.. Bayaran parking hanya RM1.00 untuk ke Medan Selara. Perjalanan pula dalam setengah jam (30 minit) dari Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh.

Kami pergi bertiga. So, aku jaga meja sementara dieorang pilih lauk. Lepas tu dieorang tak order udang. Aku kan feveret memang makan udang kalau pergi tempat macam tu. Sekali aku order lah. Udang dia memang superb. Besar lah jugak. Aku suka..!! Hahaha.. Dengan bahagia nya aku ambil 11 ekor macam tu. Sampai meja makan, Kema tanya aku " Ambil 4 ekor ke udang..? ". Aku jawab lah aku ambil 11 ekor. " Ko, tau tak harga nya berapa..? Ko tak tengok harga ker..? RM68.00 sekilo tau " Dangggggg...!!! Ada aku kesah. hahahaha 

Serius aku tak tau pun harga udang tu. Aku main ambil jer. Dan makan... Sampai nak bayar tu berdebar jugak lah. Sekali semua nya RM74++ untuk ikan siakap bakar, sotong goreng tepung, kerang bakar, udang goreng tepung, nasi putih tiga pinggan dan air minuman enam gelas. Dan harga untuk udang tu RM28++. Kitaorang bajet dah RM140++. Rupa nya separuh daripada expectation price tu. hehe