.

Followers

Wednesday, December 21, 2011

Duit kertas baru RM20

Mesti ada yang dah tau kan. Duit kertas baru akan diedarkan dijangka Julai tahun depan. Aku suka sangat sebab wang kertas RM20 dah kembali lagi. Hehe.. Sebab aku ada cerita pasal wang kertas RM20 nie. Dulu duit dua puluh ringgit nie berwarna coklat. Sekarang dah kaler macam jingga.

Berbalik kepada cerita wang kertas RM20 tu. Memori yang aku masih ingat lah masa aku kecik-kecik dulu sewaktu arwah abah masih ada. Aku ingat lagi masa tu hari jadi aku. Aku memang rapat dengan abah. Aku tunggu jer abah balik. Bajet nak belikan hadiah lah tu. Petang tu abah balik aku terus kejar-kejar kat abah. Sekali abah tak belikan hadiah. 

Normal lah kan kalau budak kecik tak dapat apa yang dia nak mesti merajuk kan. Aku pun merajuk lah. Abah datang bagi RM20. Dia cakap nie kira sebagai hadiah lah. Aku terus senyum terus peluk abah. (nak menitis air mata aku nie). Bila mama nak bawak kiteorang (aku dan abang) pergi Klang, mama suruh mintak abah duit. Buat beli jajan (makanan ringan) kata nya. Abah bagi RM20 jugak. Tu je lah aku dapat kongsi. hehe... Jom tengok duit baru.



Kalau nak baca pasal wang kertas baru nie. Boleh klik SINI, SINI atau pun SINI.... 


No comments: