.

Followers

Monday, October 31, 2011

Ole Ole dari Melaka


Oleh kerana aku dah berada kat Selangor, aku guna wang pos je untuk bayar kompaun nie. Bukan tak nak bayar kat sana, cuma masa kiteorang kutip surat nie kat kereta kaunter dah tutup. Tak boleh nak bayar. Tadi siang aku dah call pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah untuk buat confirmation amaun kompaun. Dalam masa 14 hari still RM30 ringgit. hehehe

Esok aku nak pos laju je. Takut pulak lambat sampai. Tak pasal-pasal kena kompaun RM50 pulak. Dan boleh buat beli KFC duit RM20 tu tau.. hahaha. Moral of the story, tengok papan kenyataan kawasan parking betul-betul. Baru tau yang kat Melaka memang tiap2 hari kena bayar parking termasuk cuti umum. Bila fikir-fikir balik memang betul pun. hahhaha.. Kawasan perlancongan kan. Jangan lupa bayar parking tau. Jangan letak kenderaan anda sesuka hati..


I got this red!!!


Memang dah lama nak ada handbag merah. Tak tau kenapa. Kata nya warna merah nie berahi. Ahaks! giler. Sewaktu jalan-jalan kat OU tu aku saja ushar handbag. Sementara tunggu nak masuk cinema. Sekali terjumpa beg nie. Tengok je berkenan. Terus dekat ambil try2 lagi. hahaha

Tersayang tengok kan harga. Tak mahal. Nice!! Affordable by me. huhuuuu. Nafsu meluap-luap nak beli. Sayang cakap takpe, beli lah. Lagipun aku memang nak beli handbag sebelum nie. Tapi aku kawal nafsu. Takpelah, kita pergi tengok wayang jom. Cepat-cepat kuar dari butik tu.

Lepas tengok wayang pergi butik tu balik. Kali nie sepakat dengan kata hati dan berkat sokongan tersayang, kami kembali ke butik tersebut. Wachaaaa! hahaha. Takda banyak bunyik. Belek apa yang patut terus pergi bayar. Already you be mine handbag merah. hahahaha... From Vincci RM129. Kachingggg!


Melaka World Heritage City


Minggu lepas aku berjalan ke Melaka dengan yang tersayang. Pergi balik hari je pun sebab macam leceh nak menginap kat sana. Lagipun pergi berdua je. Ajak kawan-kawan masing-masing sibuk je kan. Kiteorang pergi berdua je lah. Nak cuba buat kelainan bila date. Boleh ke aku cakap macam tu? ahaha... Takda lah nak pergi tengok wayang je kan..

















Lokasi: Menara Taming Sari, Kompleks Muzium Maritim, Bandar Hilir,
            Bangunan Merah, Melaka River Cruise.



Friday, October 21, 2011

Senarai pemain yg bakal tukar pasukan musim 2012

Selangor
Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan) ---> Selangor
Badri Radzi (Kelantan) ---> Selangor
S Chanturu (Kelantan) ---> Selangor

Negeri Sembilan
Farisham Ismail (Kelantan) ---> Negeri Sembilan
Baddrol Bakhtiar (Kedah) ---> Negeri Sembilan

Perak
Abdul Hadi Yahya (Terengganu) ---> Perak
Hardi Jaafar (Selangor) ---> Perak

Kelantan
Jocip Bonacin (Croatia) ---> Kelantan
Azmi Muslim (Kedah) ---> Kelantan
Safiq Rahim (Selangor) ---> Kelantan
Amirul Hadi Zainal (Selangor) ---> Kelantan
Yong Kuong Yong (Kuala Lumpur) ---> Kelantan
Fakri Saarani (Negeri Sembilan) ---> Kelantan
Azlan Ismail (Kedah) ---> Kelantan
Wan Zaharul Nizam (Harimau Muda A) ---> Kelantan
Nizarudin Yusof (Felda United) ---> Kelantan
Azizi Mat Rose (T-Team) ---> Kelantan
Norfarhan Mohammad (T-Team) ---> kelantan
Butller (Ex coach Yangoon Fc) ----> Kelantan

ATM
Hairuddin Omar (Negeri Sembilan ) ---> ATM
Aidil Zafuan (Negeri Sembilan) ---> ATM
Zaquan Adha (Negeri Sembilan) ---> ATM
Nizad Ayub (Kelantan) ---> ATM
Ramzul Zahini Adenan (Kelantan) ---> ATM
K Soley (Kelantan) ---> ATM
Danail Fadzli (Kelantan) ---> ATM
Santhiananthan (Ex CEO ARMY) ---> ATM

Kedah
Marlon Alex James (Vancouver Whitecaps FC) ---> Kedah
Nelson Sam Martin ---> Kedah
Akmal Rizal Rakhli (Perak) ---> Kedah
Razali Umar Kandasamy (Perak) ---> Kedah
Rizal Fahmi (Kelantan) ---> Kedah
Indra Putra (T-Team) ---> Kedah

Johor FC
Fitri Omar (MP Muar) ---> Johor FC
Nurul Azwan Roya (Kelantan) ---> Johor FC
K.devan (Ex coach selangor) ---> Johor FC

Sarawak
Alexis Ngambi (Cameroon) ---> Sarawak
Kalle Sone (Cameroon) ---> Sarawak
Joseph Kalang Tie (Terengganu) ---> Sarawak .





sumber: harimau malaya






Ish, tak tau lah semua nie betul ke tak. Macam tak percaya jer. Apa-apa pun kita tengok nanti. 
Majulah sukan untuk negara.



Thursday, October 20, 2011

Jalan-jalan di Sunway Pyramid







kat Sunway sekarang main bunga hidup je. Kalau korang perasan setiap pasu
bunga dekat new wing tu semua nya bunga hidup. Nak cabut boleh tak? haha
Decorations nie sempena Deepavali yang akan datang tak lama lagi.. So? dah
beli sari ker? hehehe


Wednesday, October 19, 2011

Tuesday, October 18, 2011

Menderma.

Tengah runner cari kasut tu kebetulan ada kempen sedang diadakan iaitu breast cancer awareness campaign. Sebagai perempuan yang agak sensitif tapi tak sensitif sangat lah, aku macam tertarik. Memandangkan duit pun tak banyak, aku just derma duit merah je lah. Itu pun dengan pembelian biskut. Tak kesah lah kan. Tapi niat tu yang penting...




Monday, October 17, 2011

Dah beli kasut.

Sabtu lepas aku runner nak cari kasut. Sebab nak guna. Aku dah lama tak beli kasut. Last kasut yang aku cerita nasib Converse celup aku tu. Kalau betul-betul beli dah lama. Masih zaman sekolah dulu tu. Masa tu kasut aku berkenan kat Timberland. Siap main duit 'kutu' lagi nak beli kasut tu. Memang puas hati lah. Tambahan lagi kasut tu riwayat nya lama. Last aku pakai semasa aku pergi ekspidisi ke Gunung Nuang. Memang tak dapat diselamatkan pun.
Macam kasut aku dulu. Cuma aku punya tak bertali..
Aku cadang aku nak cari Puma Ferrari yang warna brown kat entry sebelum nie. Runner start dari Times Square. Tengok takda. Pergi ke Bangunan depan TS (Puma tepi jalan), pun takda. Jalan-jalan lagi dengan tersayang melalut ke Lot 10. Takda butik Puma pun. Terus ke Pavilion. Kat situ kan, lagi lah sedih!!! Puma kat Pavilion sangat lah kurang barangnya. Macam takda apa sangat.

Masa tu dah berputus asa. Memang patah semangat lah nak beli kasut. Lastly aku request kan tersayang untuk pergi Timberland. First masuk tengok barang macam banyak. Aku harap-harap ada lah yang aku berkenan. Sebab second choice aku Puma Ferrari kat Times Square. Ada satu kasut nie. Macam mengancam. Aku pun dah pening nak beli yang mana. Last-last aku suruh tersayang pilihkan whether Puma or Timberland. Sebab harga pun beza around RM50. Dan pilihan dia ialah Timberland yang dipersetujui aku. History of Timberland started again. hahaha

Kasut nie lah aku beli....!
Puas aku google, yang hampir serupa ni je lah..
Aku tak tau lah kasut aku nie baru sangat ke sampai nak Google pun tak jumpa. Tapi memang aku tanya nie yang paling baru. Penat aku carik. Sampai lubang cacing tak jumpa yang serupa. Tak update lagi lah kot. Takpe, aku ambil pic siap-siap. haha




Akhirnya Timberland Earthkeepers CasTille Oxford Dark Brown
kepunyaan aku....!!






Untuk iktibar kita bersama


Mesti ramai yang dah tengok video ini sebab ia disiarkan selepas Buletin Utama TV3 semalam. Video ini telah menarik perhatian kita dan meruntun hati sesiapa yang melihatnya. Aku tengok video nie pun berderau darah aku. Diharap kita di Malaysia nie, jangan lah buat macam nie. Kalau nampak perkara macam nie apatah lagi melibatkan kanak-kanak, bantu lah ye. Sebab tak rugi pun.. Terima kasih..

Saturday, October 15, 2011

Tahniah Selangor

Buat Selangor, tahniah diucapkan kerana layak masuk ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menang kepada Perak malam tadi. hehe..! Sebagai penyokong setia Selangor, aku rasa gembira dan bangga. Selepas nie, Selangor akan berentap dengan pasukan Terengganu. Nampaknya bukan calang-calang jugak pihak lawan nie. Confirm stadium penuh dengan penyokong kedua belah pihak. Apa-apa pun, jangan lupa tengok perlawan separuh akhir di antara Selangor dan Terengganu pada 18 October 2011 (Selasa).



with Azhari Iqbal (nephew) 

Thursday, October 13, 2011

Novel


Minggu lepas pergi Popular sebab memang nak beli novel. Tapi aku tak terfikir nak beli sekali tiga. Kalau ikutkan hati aku nak borong jer. hahaha.! Mentang-mentang dapat discount. Aku memang nak bajet novel nie untuk seminggu. Sebenarnya beberapa hati pun boleh. Tapi nak cepat habis. Lepas tu aku bosan dah.

So, aku baca novel nya lambat-lambat. Sekarang aku nak baca novel yang last. Novel Jodoh atau Cinta dan Cinta Ini Milik Kita tu aku dah baca. Mostly nie novel yang ringan. Takda lah sarat2 sangat. Santai je baca tak payah stress-stress. hahaha.. Okey, membaca budaya kita. ekkk!


J CARD Members' Day - JUSCO Bandar Baru Klang


Dear J Card Member, THANK YOU for your support.
You are exclusively invited to J CARD Members' Day at JUSCO Bandar Baru Klang.

Venue: JUSCO Bandar Baru Klang
Date : 13 October 2011 (Thursday)
Time : 9am - 11pm

Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday #2


Häagen-Dazs ice cream shake


Make-Your-Own-Shakes at Häagen-Dazs! Here’s how you do it: Combine two flavors of 
Häagen-Dazs ice cream, pick and choose four mini scoops, and select your two favorite toppings for a personalized, custom-made Häagen-Dazs ice cream shake. Yum! Make-Your-Own-Shake is available until 31st October only. Hurry to any Häagen-Dazs outlet now! (for takeaway only).






p/s: sapa nak teman kan aku pergi beli?? aku nak!!

Tuesday, October 11, 2011

Aku tak sakit pun.

Betul lah. Aku tak sakit pun. Cuma rasa tak sedap badan dan lesu jer. Tapi takda lah tak sihat. Aku rasa aku okey jer. Tapi kawan-kawan aku ada jer yang tegur. Sebab diaorang cakap muka aku pucat. Muka orang sakit. Tapi aku rasa tak pape. Agaknya aku tak pakai lip balm kot pergi kerja. Muka pucat semacam macam tak mandi agaknya. hahahahaa

Walau apa pun, aku memang lah rasa lesu. Agaknya cuaca panas kebelakangan ini. So, aku kena banyak kan minum air dan jaga waktu pemakanan aku. Cehhhh, cakap dah macam doktor. Yelah, aku kan senang sangat nak pitam-pitam. Mengalahkan orang mengandung pulak. Tapi tu lain, aku senang pitam bila ada kombinasi nie. pelik kan? haha

PANAS + MENGANTUK = PITAM



Monday, October 10, 2011

Meraung


Aku sedih. Sedih... Sampai menangis jer.
Sebab entry yang nie.

Mana tak nye, lappy aku buat hal lagi.
Aku sedih gilerrr...!!!!!




p/s: terima kasih sayang!

Saturday, October 8, 2011

The Body Shop Friendship Day Promotion!


Terms and conditions: 
  • Valid on full price items only, excluding fund-raising items.
  • Valid upon presenting Original MyKad/Passport for member identification.
  • 20% discount valid for non-member friends only.
  • LYB and non-member friend must make payment together (one after another in separate transactions allowed).
  • LYBs are entitled to multiple purchases within promotion period provided promotion T&Cs are fulfilled.
  • LYB can collect points on their nett purchases.
  • Valid For LYB & LYB Friends (activated members only) members.
  • Valid at all The Body Shop stores in West Malaysia except KLIA Satellite Building.
  • The Body Shop, West Malaysia reserves the right to amend the Terms and Conditions of the promotions at any time without giving any prior notice to any party.

Nanti aku nak pergi The Body Shop lah. Nak beli perfume. Perfume lama aku tinggal sikit jer. Malas nak tukar-tukar perfume. Lagipun aku dah serasi dengan The Body Shop even ada orang cakap perfume The Body Shop ni bau biasa-biasa je lah. Tak kisah lahh. Hehehehe..

Tapi kan aku tak tau lah aku nie eligible ke tak untuk promotion atas nie. Aku memang member The Body Shop pun. Tapi masa nak renew membership tu aku kena beli RM120 lagi untuk cukupkan pembelian RM400. Hahaha. Aku nak beli apa pulak kan. Semua dah ada. Agaknya membership aku tu burn dah kan. Takpe lah.. Aku nak beli jugak. Kalau tak bila lagi kan... ecehhhh.. *dasar perempuan*

Aku nak tempah header lah


Aku guna header nie untuk sementara waktu. Sementara tu aku tengah nak buat tempahan header. Ada sesiapa tak nak volunteer untuk buatkan header blog aku? haha.. Kalau ada email aku ye. Aku nak tempah header 3D. Tadi aku baru review beberapa design bagi pereka-pereka header. Ada sorang nie aku berkenan. Tapi kalau aku jumpa yang lebih cantik aku tempah lain pulak. kehkehkeh

Kalau korang ada suggestion untuk aku, sila bagitau ye.. Aku nak buat header baru sempena my new blog name yang telah bertukar ke aina suhana's blog. Terima kasih~


Untuk perokok


Tadi aku blogwalking. Ada lah jugak buka Facebook kan. Nie aku jumpa dari profile kawan aku. First time jugak lah aku tengok gambar nie. Hahaha. Kalau aku nie seorang perokok tegar lah kan, memang terasa giler lah tengok gambar nie. Sadis giler. Terasa nak insaf jer. Itu kalau aku lah kan. Kalau orang lain??? Rasa-rasanya jawapan nya ape ek? hahaha... Insaf lah sayang~

Teringat gambar ni pada entry tahun lepas. hehe

Friday, October 7, 2011

Macam mana nak ambil lesen kereta?


Aku nak ambil lesen kereta. Tapi nak pergi latihan tu mesti kena pakai kasut kan. Aku nak cerita sedih nie. Aku  macam takde jer kasut yang bersesuaian untuk aku pakai. Kan aku ada kasut white converse tu. Anak buah aku dah pakai buat pergi sekolah hari-hari. Tiap kali aku ambil, mesti dia ambil balik. Aku simpan dalam bilik tau-tau takda. 

Aku rasa sakit hati sangat. Nak jer mengamuk. Tapi dah malas. Dah penat menangis dah penat mengamuk. Apa aku nak buat lepas nih?? Kasut tu pun dah buruk. Tapak pun dah haus. Sangat sedihhh!!!!!!!!! Aku ada intention nak beli kasut. Aku cuba tengok online mana yang berkenan kat hati. Entah lah, selera aku pun macam pelik-pelik jer. hahaha.. Tak percaya tengok ek kasut yang aku berkenan bawah nie.

Puma Ferrari Brown 2011
Nike Dunks High Women  011 Valentine Day Graffiti Grey
Custom Nike Dunk High Sun Flower Silver Grey
Nike Dunk Sb High Women Deep Blue Purple Gold Logo 
Puma Alexander McQueen Eagle Print

So, mana satu yang cantik?? Sila bagi pendapat korang. Terima kasih.. haha


Thursday, October 6, 2011

Bling Bling...!!!!

Sekarang ramai tengah sibuk bercerita tentang iPhone 4S tu. Baru launch jer lepas tu kematian ex-CEO Apple iaitu Steve Jobs. Macam-macam cerita dah. Itu menjadi kan iPhone 4S nie sentiasa menjadi bualan orang ramai. Ramai yang suka dan ada jugak yang tak suka. Terutama nya penggemar handphone Android. hehe.. Kali nie aku nak cakap casing iPhone. Cantik tau, aku dah lah minat kalau ade bling bling nie!!!

Noël collection lumina series for iphone 4S/4


dari Swarovski tau..
wahhhh!!!!!!!!

Validate course UiTM sudah



Aku baru lepas buat validate course. Agak ketinggalan ke aku nie?? Tak kan.. Cakap tak!! hahaha. Giler garang. Nasib baik aku tak lupa. Kelmarin budak trainees kat office sibuk validate print bagai, aku buat dunno jer. Sekarang baru nak buat kan. Takpe lah, janji tak terlepas. Kamu-kamu semua yang sekolah kat UiTM dah validate belum?

Lagi-lagi yang praktikal, asyik lupa je kan rutin sebagai pelajar. haha. Agaknya kalau aku nie yurang tak deduct terus dari JPA mesti aku pun terlupa nak bayar duit yuran. kahkahkahhhh!! Praktikal pun kena bayar yuran okey. Ingat pree ape. Tak tau..


Student portal: http://istudent.uitm.edu.my/stp/home/main2.asp


p/s: sambung tengok running man!

Lama sangat berdiri

Audit firm yang aku tengah praktikal kat sana sekarang nie kan best jer. Senior pun semua ceria-ceria jer takda nak sombong. Otak pun semua sengal jer sama dengan budak trainees (ops!!) hahaha.. Senior manager aku pulak orang yang jarang senyum. Jarang lah dapat tengok dia senyum. hahaha. Peluang nak tengok bila kena marah ke ada jamuan makan ke. Haa masa tu lah.

Try my best to look pale. Cannot lahhh. hahaha
Semulajadi macam nie. uhuk uhuk
Dia pulak kalau nak marah takda nak marah sorang-sorang. Kena panggil semua. Kalau trainees yang kena semua trainees lah. Kalau staff yang buat salah semua staff lah. Semua kena masuk bilik dia berdiri sampai habis apa yang dia nak sampaikan tu. Selagi dia tak dapat jawapan yang memuaskan hati dia, sampai itu lah kena berdiri. hahaha

Aku ni pulak entah lah. Kejap okey kejap tak okey. Ada masa aku rileks je. Tapi tadi kan aku nak pitam (not my first time). Aku tak tau lah kenapa. Mula-mula perut senak bahagian paru-paru kiri. Lepas tu aku berpeluh. Panas pulak. Tapi tangan aku sejuk. Muka aku dah macam takda darah. Kejap panas muka kejap sejuk. Haaa! bayangkan lah.. Air liur pun terasa dah lain jer.

Aku terus keluar bilik dia tu aku pergi toilet. Aku main duduk jer sebab tak tahan sangat. Lantak lah basah ke apa ke. Dah okey sikit baru aku kumur-kumur basuh muka sikit. Masuk bilik senior manager balik. Tak sampai lima minit nak jadi lagi. Aku tarik kerusi depan dia aku duduk. huhhhhh... Lega sikit. Masa tu darah aku macam menderu-deru je kat muka nie.

Kena minum banyak air agaknye... kan?