.

Followers

Wednesday, June 30, 2010

Handphone aku digelar sampah..

Hahaha..untuk sesiapa yang rasa handphone aku macam sampah aku tak kisah apa korang nak cakap. Pasal aku gembira lagi happy pakai handphone aku yang sekarang ni. Orang lain berlumba2 nak tukar handphone yang canggih manggih yang ada tu lah ni lah kan tapi aku tetap ngan handphone buruk aku nie.

Sapa cakap aku tak de minat kat teknologi. Sapa cakap aku tak teringin nak pakai handphone yang best2. aku ada lah jugak NAK pakai tapi aku gunakan duit aku untuk benda yang perlu dulu. Sampai kan kawan aku cakap "aina, t dapat duit JPA ko belilah handphone baru. Sakit mate aku tengok handphone ko" hahahaha..aku tak kisah lah aku jawab "tunggu button handphone aku sume tercabut"

Handphone aku sekarang ni button * takde dah. Mana ntah pegi nye dalam handbag aku takde pon. Aku bukan malas nak tukar housing (betol ke?) handphone tapi baik aku guna wat tengok wayang ke makan ke takpon masuk tabung manggis. Nanti lah naik semester baru aku baru tukar.hihihi

Friday, June 25, 2010

buang facebook badge..

Aku baru je remove Facebook Badge dari blog aku..hahaha..pasal dia tak display pon macam sebelom nie..ada name jer tapi x kuar pon badge nye. Dah remove buat balik pun stil macam tu gak..Last2 malas dok pikir dan rasa bende tu semak aku buang lah..habis citer..huhu..:)

p/s: iklan nuffnang dah kembali..hehehe
      tapi kejap2 hilang..

Award from UBI..

terima kasih kepada ubi 
kerana bagi award nie kepada aku...
hahaha..sebelom nie ada orang bagi jugak
tapi aku tak tau nak wat camne...sengal kan?

anyway thank you to ubi for this award
this is because i'm one of his new followers..
0 _ 0

Wednesday, June 23, 2010

Ade je komik hilang..

Aku memang suka baca buku lagi2 komik dari gempakstarz. Komik-komik ni memang bertimbun lah kat bilik aku. Lagipun aku takde rak nak letak komik ni so aku letak jelah elok2 atas kotak. Masalah nya aku bengang betul lah kalau sape2 baca pastu tak pulang. Yang paling sadis anak buah aku terjumpa komik aku kat dalam rumah sewa kosong belakang rumah aku. Hish, sapa pulak yang bawa pergi sana pun tak tau lah.

Kalau komik yang tajuk tak bersiri hilang memang lah aku tak ingat. Ni yang bersiri pun hilang. Macam ada 1 hingga 4 buah yang ada 1 dengan 3 jer..yang lain lesap dah. Sedih woo pasal aku sayang giler komik nie. Yelah at least if aku bosan ke boleh jugak aku baca balik dan gelak sorang2 macam orang giler.hahaha

Pastu kot2 boleh jugak aku wariskan komik2 ni kat anak-anak aku nanti..(dah jauh dah pikir) yelah, bagus apa kalau anak-anak ada hobi yang sama. Nanti bila diaorang nak beli komik ke tak lah aku membebel macam mak bapak orang lain..(kot lah). Sebab aku pun suka baca sama. Ingat dulu masa sekolah mak aku bebel aku beli buku. Biasa lah kan tiap2 bulan RM20++ aku mintak nak beli buku atau majalah atau komik atau apa2 lah. Sampai mak aku cakap " nanti kalau lapar tak payah makan nasi, makan buku2 tu" hehehe..:P

*sekarang aku dah buat data entry tajuk komik2 aku dengan penulis nya kat Microsoft Office OneNote..hahaha..senang nak check..

Thursday, June 17, 2010

Susah sangat ke jaga mak kite sakit????

Seorang emak boleh menjaga anak yang ramai. Samada lima ke enam orang ke sehingga kan melebihi sepuluh orang pun seorang emak boleh menjaga anak nya. Tetapi yang dikesalkan anak-anak tersebut tidak dapat menjaga emaknya yang sakit sedangkan mereka semuanya berharta dan hidup senang.

Benda ni berlaku kepada nenek aku sendiri iaitu nenek sebelah arwah abah. Sebagai cucu aku memang tidak rapat dengan nya kerana nenek aku tinggal bersama mak cik dan pak cik ku..lagipun dari kecil lagi aku memang tak ngam dah dengan nenek aku sendiri. Tapi yang sedih takde sape pun anak-anak nenek aku ni nak menjaga dia. Alasan sangat lah banyak anak masuk kolej lah, tak larat lah, sibuk dengan kedai lah dan macam-macam lagi.

Kebetulan nenek aku baru jatuh dan tidak boleh jalan. Takde sape pun bawak pergi klinik malah ada yang cakap bagi pain killer je baiklah…kakak sulung aku dengan cik Ani (makcik) kongsi duit beli ubat kat farmasi. Nenek aku sampai cakap kat mak aku tolong panggilkan orang yang pandai urut takpe nanti upahnya aku yang bayar sendiri..Mak aku sedih je dengar. Sebagai menantu dan abah aku dah takde sepatutnya anak la kan yang kena jage. Macam tak patut pulak mak aku jaga dan mak aku sorang jer menantu yang merupakan ibu tunggal.

Sekarang yang banyak jaga cik Ani (makcik). Nanti cik Ani nak masuk hospital sebab ape aku tak tau tak de sape jaga nenek aku. Mak aku dengan kakak dah pakat nak amik dan jaga nenek aku. Biar anak dia sendiri jadi segan kat mak aku..yelah tak patut buat macam tu kat mak sendiri..Sebenarnya cik Ani tu lah merupakan anak yang selalu kena marah semasa kecik ngan nenek aku..semua nya salah.tapi bila sekarang cik Ani lah yang jaga dan tak bising2 pun..

Untuk cik Ani terima kasih jaga nenek dalam susah payah dengan tulang empat kerat. Untuk pakcik dan makcik yang lain tolong lah cik Ani..bagi la sikit duit sebab nak beli pampers nenek..

Tuesday, June 15, 2010

Aktiviti musim cuti sekolah yang orang selalu buat.


Sekarang kan cuti sekolah so banyak lah aktiviti yang budak-budak sekolah nie dah plan…maklum lah cuti dua minggu kan yang penat nya nanti emak2 kat rumah sebab asyik kena kemas rumah sepah je..hehe..aku pun lebih kurang jugak walaupun aku takde anak. Tapi anak buah aku ramai so datang jer rumah sepah la kan..

Keluar dengan kawan-kawan
Masing-masing dah plan awal2 nak berlibur dengan kawan..ada yang nak tengok wayang, konvoi motorsikal, buat reunion dengan kawan lama, main bowling, shopping dan macam2 lagi..masa nie lah pakat ramai2 mintak duit kat mak bapak nak kuar..hahaha…tapi ada jugak yang dah kumpul siap2..preparation kan..kepada pasangan yang bercinta pulak nak pergi dating ke bercuti ke sambut anny ke kan..pokoknya kalau duit ada semua benda ni jadi kan?

Rewang dekat kenduri kahwin
Sebenarnya rewang ni ertinya tolong orang semasa kenduri kahwin. Sana sini ada khemah terpacak dan dalam satu hari je dekat 10 buah rumah buat kenduri kahwin. Masa ni yang anak2 dara dah tempah baju awal2 nak melaram kat kenduri kahwin. Yang lelaki pula sibuk jadi penanggah. Untuk golongan OL atau pun orang tua ni pening mase ni. Sebab kalau ikut tradisi jawa punya orang kalau datang kondangan(pegi umah orang kawen) kena hulur duit sumbangan..biasa macam mak aku paling sikit pon RM5..kalau saudara tu berpuluh-puluh lah.

Pergi kelas tambahan
Kepada mereka yang ingat pelajaran lagi masa ni akan digunakan untuk pergi kelas tambahan..tusyen dengan cikgu ke makcik ke kan..tapi kelas tambahan nie tak tertakluk kepada pelajaran sahaja. Mereka juga boleh pergi ke kelas yang menyediakan kemahiran soft skill. Contohnya kelas komputer, kelas memasak, kelas menjahit tak lupa juga kelas yang tak diiktiraf kelas memandu..hahaha..cukup umur boleh ambil lesen kan..?

Online setiap hari
Aktiviti ni rasa nya kalau tak cuti sekolah pun ramai orang buat kan. Tapi aktiviti ini memang meningkat dengan mendadak ratingnya ditambah lagi budak asrama pulang ke rumah. Masa ni mereka kalau boleh online 24 jam..borak dengan kawan lama lah baru lah..nak buat myspace lah facebook lah dan macam2 lagi.

Part time job
Untuk yang suka buat duit masa ni akan ditunggu-tunggu..carik job sementara yelah dapat duit boleh enjoy kan. Contohnya ambil upah potong rumput, mengecat rumah, hantar kad jemputan kahwin dan catering. At least kerja nya senang dapat duit budak2 sekolah pasti akan buat. Tapi yang halal je yer..

Berkhatan
Klinik2 akan buka pendaftaran bagi mereka yang ingin bersunat atau berkhatan. Budak2 lelaki yang belum sunat akan disunatkan pada waktu ini. Best ape sunat nie sebab nanti dapat duit banyak..mak bapak janji nak belikan itu ini..hahahaha..terdapat juga masjid yang menganjurkan majlis berkhatan ramai2..yang nie meriah sekali lah sebab selalunya mandi pun pakai hos bomba..hehehe…

Banyak lagi lah aktiviti yang selalunya budak-budak sekolah buat masa cuti..tak kisah lah mereka nak buat ape tapi yang baru nak 'up' tu jangan buat benda yang tak senonoh. Tak pasal2 ade yang kena tido lokap karang..okey?

Monday, June 14, 2010

berkualiti ke protege mentor kumpulan B???

Sekarang kita sudah tahu protege dan mentor mana yang masuk ke peringkat separuh akhir program realiti Mentor musim ke-4. Baru saje tadi habis kumpulan B dan keputusan telah pun diketahui di mana protege dan mentor Mohd dan Ziana Zain serta Adi dan Dayang Nur Faezah telah layak ke peringkat seterusnya...rase kesian pulak kat Ayim..yelah mase konsert pertame kan dapat markah highest...tup tup tup tersingkir pulak..

Di sini aku nak lah jugak bagi komen tentang mereka:

    Ayim memang seorang yang berbakat dalam bidang nyanyian genre rock...memang leh menyanyi pon kan tapi aku rase biler dia nyanyi bab yang corus tadi kan macam kurang lah...macam menjerit bukan nyanyi pon..tapi kadang2 okeh jer..penah ada juri suruh Ayim cari sedap bila nak menjerit tu..betol, aku sokong...

   Mase kehadiran Mohd ni aku pelik sangat...eh, tibe2 tuka ker protege ziana zain nie..hahaha..mase tu aku terlepas yang diari diaorang ke ape ntah...first2 aku dengar macam mawi pon ade suara dia nie..hahaha..lama2 dengar tak de pon..dia nie suara memang boleh tahan..lagi2 kalau nyanyi lagu rock kapak dan jiwang yang lama2 tu..hahaha..yang aku tak suka dia nie kan kalau nyanyi tu kaki tak leh duduk diam..maybe tu style dia nyanyi tapi aku tengok macam berkawat atas pentas jer masa nyanyi dengan Meet Uncle Hussien tadi..

   Lastly Adi..yang nie suara memang takde lagi kat industri hiburan tanah air kite..suare memang sedap sampai kan anak buah aku cakap suara nye macam Dayang versi lelaki..hehehe...aku sokong pendapat juri tadi..Adi kena pilih genre apa yang dia comfortable with..sebab aku ingat lagi dia mase mula2 Mentor dia cakap nak jadi penyanyi RnB..tapi sekarang nak jadi versatile pulak..sekarang artis baru banyak nak jadi macam tu..aku dengar Adi nie kalau nyanyi lagu ape pon ade lenggok RnB dia...lepas tu Adi ni suka nyanyi lagu medley..perasan tak???

Semua kat atas tu pendapat aku jer..mintak maaf la kepada keluarga,kawan2 atau peminat yang berkenaan kat atas tadi yer..hehehe...anyway gud luck for them!! aku sebenarnya kan peminat Ziana Zain...dari kecik lagi taw..hahaha...pastu kan aku suka giler lah kat baju2 yang dia pakai..semua cantik2 n sponsor dari Rizal Rizalman kalau tak silap...(nak jugak baju macam tu..)

G-KUL, JUWA & GUNUT...Selamat Hari Lahir...


Mereka adalah anak buah (anak saudara aku)..G-KUL atau nama sebenarnya Muhammad Azrul Adha bin Ramli merupakan anak buah aku yang kedua tertua..umur sekarang 18 tahun dan baru sahaja balik dari PLKN kelmarin...dia menyambut hari lahir pada 11 Jun lepas dan semoga dapat masuk askar...hehe


Yang kedua pulak JUWA atau nama sebenarnya Muhammad Azmil Azwa bin Azli..berumur 17 tahun sekarang masih form 5..tahniah dapat johan softball untuk pasukan Selangor..dia baru sahaja balik dari match kat Kedah..seorang yang aktif bersukan dan wakil negeri sejak sekolah rendah..hari lahirnya 12 Jun dan semoga dapat kumpul duit beli motorsikal idaman 125ZR..hahaha...


Lastly to gunut atau pun Muhammad Aznil Akmal bin Azli..dia nie merupakan adik kepada juwa dan mereka berdua berkongsi tarikh lahir iaitu pada 12 Jun...semoga dapat result untuk PMR gempak lah sebab sekarang berada kat form 3..tidak suka bersukan seperti abangnya tetapi cemerlang dalam pelajaran..Semoga dapat apa yang diimpikan dan jangan KEDEKUT..

Sunday, June 13, 2010

magazines favourite june 2010


REMAJA 
15 JUN 2010


GEMPAKSTARZ COMICS
JUN 2010

CLEO
JUNE 2010


SEVENTEEN
JUNE 2010

Saturday, June 12, 2010

'My Water Moments' with Sony TX5

Hari raya tahun lepas aku kononnya pergi lah konvoi ngan kawan-kawan..dari Meru sampai Perak tapi lupa lak pulak nama tempatnye..hahaha...on the way pergi tu aku ngan boyfriend aku excident tepi highway...sebabnya toksah lah cerita lagi pasal sapa yang salah sapa yang betol pon tak tau...jadi nya kamera aku ROSAK sebab temhempap dengan ape ntah sampai LCD pecah....(aku ker...??? hahaha)


Memang lah sedih hati nie toksah cakap lah kan pasal lepas tu family aku sajer2 lah pergi mandi kat Wetworld...kalau nak amek gambar je kan kami semua kena jadi profesional photographer...sebab kena pandai bajet2 nak amek yelah tak nampak kan...ish, kalo lah mase tu aku ade kamera yang waterproof lagi macam SONY TX5...nak pergi tempat yang basah ke kering ke dalam air pon boleh....huwaa....seronok!


aku suka colour hitam..tahan lasak dan tak nampak cap jari sangat kalau pegang2 nie
 
 
Yang best pasal the world's slimmest water-proof camera nie: 
 
Water-proof (up to 3 meters)
lepas nie leh amek gambar puas2...yelah, baru ingat nak pergi bercuti kat pulau..nak amek gambar coral     pon boleh sehingga 60 minit....hahaha...
 
Handheld Twilight
maksudnya kalau kite tekan button capture image tu sekali kan, kamera nie akan amek six images in a fraction of a second...and then single image which more detail akan terbentuk dengan menggabungkan kesemua data enam gambar tadi...hebat kan! 
 
Intelligent Sweep Panorama
 
 
korang juga boleh ambil gambar panorama yang korang kagum dengan ciptaan Allah dengan senang...pasal dengan fungsi sweep panorama korang boleh shoots a high-speed burst of frames when you sweep the camera..kanan ke kiri ke atas ke bawah ke...jadi satu gambar yang merangkumi apa yang korang lihat akan terbentuk....whoa~~

“Exmor R” CMOS Sensor
fungsi nie lebih tertumpu kepada sistem kamera nie...lebih senyap, lebih laju dan mengurangkan penggunaan batery...tak lupa juga it offers images with rich gradation...alamak, nanti nampak pulak jerawat kat muka..hehehe

BIONZ Image Processor
dicipta khas untuk kamera keluaran Sony sahaja..ia akan mengekalkan keaslian warna apa yang korang capture tu yer...huhu

ada banyak lagi fungsi yang best...lepas nie tak payah lah anak buah aku amek gambar guna kamera lama lagi..macam gambar kat atas tu..kalau korang perasan lah..hehehe
nak maklumat lanjut boleh pergi kat sinie http://www.sony.com.my/product/dsc-tx5/sku/dsc-tx5_b+++e32...

Thursday, June 10, 2010

OPS DUIT SAYE ADE RM30 JER...

tengah hari tadi aku pegi Klinik An-Nur kat meru...aku bukan demam ke batuk ke ape ke...hahaha...malu pon ade nak cakap nie...yela aku risau lah pasal bile aku buang air besar ade kuar darah...aiyak...!  mesti korang dah pikir macam-macam kan... bukan aku kene sontot ke buasir ke...dengan penjelasan doktor aku rupe nye kan ade lah salur darah dekat dubur tu pecah...

sebab nye ade dua. pertama sebab makanan dan kedua sebab sembelit...doktor cakap aku punye sebab makanan jadi takde lah buasir nya pasal aku tak rase sakit pon..tau2 je kuar darah...doktor suruh aku makan masak kicap ke lemak ke bening ke...makan pedas-pedas yang ade cili api dan lada hitam ke putih ke tak boleh...huhu

masalahnya aku nie suka sangat makan pedas..kalau sehari tak makan pedas rasa tak lengkap je hidop...pas nie aku kene lah pantang makan..sebab salur darah yang pecah lambat baek...sampai kaunter nurse cakap semuanya RM50...hah! RM50...??? leh tak hold ubat nie jap...saye nak pegi cucuk wet jap...hahaha....kat poket aku de RM30 jer...aku mintak kat mama...hahaha...malu tol nak bayar wet tak cukup...dah la tadi doktor laki...tak payah nak malu2 citer aku sakit aper..hahahaha...

**untuk adik-adik yang sunat tu semoga cepat baik ye...bukan ape, tadi dok aku tunggu dah due orang    sunat..hahaha...yelah..musim cuti sekolah kan..

Wednesday, June 9, 2010

result kuar esok kah????

ada kawan-kawan cakap esok result kuar.....betol kah??? aiseh, bila pikir pasal result ni kan susah hati betol..yelah aku jawab soalan tu memang la jawab sume jawab lah complete lengkap..hah....tapi betol salahnye belom tentu tahu kan...iye2 lah aku konfiden sangat tapi rupa-rupanya salah...kan dah kes panahan jiwa dan mental aku...aku harap result aku okey walaupon tak dapat dean list...kalau dapat alhamdulillah sangat...

untuk pelajar politeknik result anda bakal keluar 16 june nie..dengar khabar nye lah...kepada penuntut politeknik semua moge dapat result yang elok2..hahaha....semua student ngah tggu result kan...same2 lah kite berdebar-debar...ewah...hahaha...