.

Followers

Friday, August 26, 2011

Duit Raya Tahun Nie

Duit raya untuk diagih
Semalam aku tukar RM200 note RM1. Tiap2 tahun, mama akan peruntuk kan RM300 untuk duit raya. Banyak kan? Sebab bagi sorang RM2. Seringgit sudah lah kan.. Ape lah... Dah lah ramai saudara aku yang anak-anak ramai. Kecik lagi pulak. haha. Tak baik giler lah cakap macam tu bulan puasa macam nie. hehe

Aku suka bau duit raya, lagi2 yang baru macam kat atas tuh.. Seronok bau duit nih!!! Alhamdulillah jugak, semalam aku dah dapat elaun. Dapat awal bulan nie. hehe.. Hari nie pulak aku dapat duit raya dari company. Tak tau lah berapa ringgit. Belum bukak lagi sampul nya. Balik nanti lah... :P

Thursday, August 25, 2011

Deco office kejap!

Raya punya pasal, trainees kena deco office. Nasib baik office tak besar mana kan. Kami  guna barang2 tahun lepas jer. Tak lah membazir kan. Tinggal gantung kan balik. hahaha.. Aku terputuskan wayar lampu lip-lap tu. Aku pun tak tau. Lepas aku try, aku letak kat lantai. Bila nak gulung balik dah putus. Salah aku jugak ker?? isk...


Belum siap lagi sebab tulisan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" tu belum siap lagi. Esok lah sambung buat.. hahaha...! Sakit tulang belakang aku tetibe...aduhhhh!

Untuk mereka yang nak balik kampung

Aku tak pernah nak merasai perasaan balik kampung tu macam mana. Sebab aku memang anak jati Meru dan kebanyakkan keluarga aku berada di Meru. Jadi, tiap kali musim perayaan, orang lain sibuk balik kampung. Aku tak de pon. hahaha.. Kepada mereka yang nak balik kampung tu, berhati-hati di jalan raya tau. Pesan PM kita "jangan jadikan lebuhraya pusara tidak bertanda".... hehe

Jadual Cadangan Waktu Perjalanan Lebuhraya PLUS.


Kalau korang tak nak ikut jadual nie pun takpe. Cuma nak mengelak kan kesesakan jer. Yang penting, merancang dulu perjalanan anda supaya perjalanan anda selamat dan sampai di destinasi ye...okeyy...?

Agak2 harga iPhone turun tak??? hehe



BERITA HARIAN

WASHINGTON: Pengasas Apple, Steve Jobs meletakkan jawatan sebagai Ketua Eksekutif (CEO) hari ini selepas sekian lama tercetus spekulasi dia akan berundur berikutan penyakit kanser yang dihidapinya.

Dalam satu kenyataan bertulis, Apple, yang kini muncul syarikat kedua paling bernilai di pasaran dunia, mengumumkan Ketua Bahagian Jualan dan Operasi, Tim Cook akan mengambil alih jawatan CEO.

Bagaimanapun, Jobs terus kekal sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Apple.
“Kepimpinan dan visi Steve yang mengagumkan menyelamatkan Apple sehingga memastikan syarikat berada dalam kedudukan kukuh dan inovatif sebagai syarikat berasaskan teknologi terunggul di dunia," kata ahli lembaga pengarah, Art Levinson dalam satu kenyataan.

“Lembaga Pengarah juga amat yakin dengan Tim sebagai orang paling tepat untuk menjadi CEO kami selepas ini,” katanya.

Tiada sebarang sebab diberikan mengapa Job meletakkan jawatannya tetapi ia berkaitan masalah kesihatan termasuk mengambil cuti sakit yang panjang bagi melakukan pemindahan hati pada 2009.

Malah, kebelakangan ini beliau jarang kelihatan di majlis umum sehingga timbul spekulasi dia bakal meninggalkan syarikat yang dipimpinnnya sejak 1976 itu. - AFP 







p/s:
Apa kata harga iPhone turun sikit??? hahaha. Sebab harga saham untuk Apple pun susut 5.3% kan...haha..Harapan tinggal harapan. Takde makna nye harga iPhone ke iPad ke apa kejadah i i tu tak kan nye turun harga.

Flaming Steamboat

Hari nie ada berbuka puasa bersama staff. Tak lah semua dapat datang. haha.. Nie first time aku nak pergi tempat nie. Dah lah naik motor kan, so aku google lahh...




Okey, lepas nie aku update pasal makanan kat sini. heee : D

Dalam Dilemma

Apple iPhone 4


  
  Features
Description
  Network
GSM850/900/1800/1900
HSDPA850/900/1900/2100
  Dimensions
115.2 x 58.6 x 9.3 mm
  Weight
137 g
  Display
TFT capacitive touchscreen, 16M colors, 640 x 960 pixels, 3.5 inches
  Memory Card Slot
No, Internal 16 GB storage, 512 MB RAM
  GPRS
Class 10 (4+1/3+2 slots), 32 - 48 kbps
  Data Transfer
Bluetooth, USB v2.0, Wi-Fi 802.11 b/g/n
  Camera
Primary 5 MP, 2592 x 1944 pixels, autofocus, LED flash, LED video light, geo-tagging video; Secondary videocalling over Wi-Fi only
  Battery
Standard battery, Li-Po 1420mAh
  Standby
Up to 300 hrs (2G) / Up to 300 hrs (3G)
  Talk Time
Up to 14 hrs (2G) / Up to 7 hrs (3G)
  Music Play
Up to 40 hrs

- A-GPS support
- MicroSIM card support only
- Scratch-resistant glass back panel
- Active noise cancellation with dedicated mic.
- Digital compass
- Google Maps
- iBooks application
- Audio/video player and editor
- Voice command/dial
- TV-out


Samsung Galaxy S2




Yang mana satu ye??? Aku kan dah lama tak pakai handphone canggih2 nie.. Teringin nak tukar. Tapi berbelah bagi sekarang. Tak tau nak pilih yang mana... :(

Tuesday, August 16, 2011

Batuk-batuk pulak dah.


Since last week lagi aku dah batuk. Tapi aku batuk tak lah teruk sangat. Kira batuk tak berkahak semua lah. Batuk biasa. Bila tak batuk tu aku nampak normal jer sihat macam orang lain. Tapi bila aku batuk, susah nak berhenti. Kadang-kadang tu sampai berair mata aku. Macam orang menangis. Lagi satu perut macam senak. Sebab batuk jer. Penah rasa kan???

Sekarang nie kat office pun aku batuk jer. Aku takut staff kat office nie tak selesa sebab aku batuk jer. Yelah, mana tau mengganggu konsentrasi mereka nak buat kerja. Aku pulak buat bising dokk uhuuukk uhukkk jer... kan. Nanti balik kerja aku nak carik ubat batuk. Yang boleh melegakan tekak. Apa brand yang okey lah agak nye ye..


Monday, August 15, 2011

Preparation for raya #7

Beli bunga
Hari ahad, aku dengan anak buah aku pergi Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Nak pergi kedai Romantika, dekat tingkat paling atas tu. Sebab kami nak beli bungaaaaa!!! hoyeahhh... huhu

siblings

nana & amira

gadis bunga konon nyer

with amira "lebih cip, lebih cerie"

paling mencapap!


Done reading assignment!!!!

This Book was Awesome!

Aku dapat buku nie minggu kedua aku praktikal. Bulan June yang lepas. Sekarang dah masuk August baru aku habis baca. Giler selow kan aku baca...! hahahaha...Kalau malay novel tu sehari boleh habis. Tapi bagus jugak lah kat aku. Sebab aku trainee pertama habiskan buku cerita yang kitaorang kena baca.

Cerita dalam buku nie bukan novel. Silap ye. Ada 10 short stories. Semua best. Tapi ada 1 cerita aku tak berapa paham ending die. Nanti sampai masa boleh discuss dengan my manager about this book. Like I told you before, this book is one of his favourite book. hahaha! So 'lucky' for me right...



p/s: aku gune webbie. macam juling ye dak??? pedulik hapa aku. huhu

Buku Log

Minggu lepas aku dapat buku log baruuuu...!!!!!!!!! hahaha... Yang 2 buku sebelum nie dapat tu aku dah habis guna. Nie aku mintak lagi. Terima kasih suha sebab emailkan alamat aku kat Fakulti. hehehe... Dan yang penting, buku log yang aku dapat kali nie tak lah cacat. Sempurna lah senang cite.

Buku log sebelum nie kan tak cukup sifat. Garisan nye tak sampai bawah. Bila aku cakap kat kawan-kawan aku buku log aku dah habis, semua orang pelik. Dieorang cakap aku buat karangan apa. Hahahaha! Memang lah aku buat karangan. Manager aku check tau tiap2 minggu. Kalau hantar lambat pu kena marah.

Bila aku tulis sikit ke kan nanti dia cop PEMALAS. Aku tulis jer lah apa yang aku buat. Sehari kadang2 boleh cecah 3 muka surat. Itu pun kalau kami ada belajar pada hari tu. Kalau tak setengah atau satu page. Ada kawan aku nie, seminggu satu page. Kalau aku buat macam tu kan, mau kena maki dengan manager aku. hahahaha..!

Yang penting, kena rajin update buku log. Tak kira lah manager or bos tu selalu tengok ke tak. Sebab nanti bila nak buat report senang. Tak pun bila ade lecturer nak melawat baru nak buat semua. Kan kelam kabut nanti. Lagi satu, sesiapa yang dapat JPA tu nak mohon claim untuk mileage, korang memang kena photostat buku log tu hantar kat JPA tau...Aku tak layak..  :(


Preparation for raya #6

Hari Sabtu. Seawal pukul 7 pagi aku dah keluar rumah nak memulakan aktiviti aku hari nie. Takpe, tak payah nak mandi dulu. Sebab nak comot balik kena mandi balik kan??

Mengecat rumah
Pada raya tahun lepas, belakang rumah tak sempat di cat. Tapi cat tu dah beli pun. Sekarang tinggal sambung cat balik lah kan. Sebab belakang rumah aku nie menghadap matahari terbit, pukul 9 setengah je dah rasa terik. Giler panas lah. Peluh menitik-nitik jer macam buat kerja berat. Dapat lah dalam 3 meter aku cat dinding tu. hahaha

tak siap... :(
Basuh bunga
Lepas dah panas-panas kat luar, settle kan dalam rumah pulak. Aku start basuh bunga. Yelah, dah setahun dalam pasu tu mesti berhabuk kan. Nasib aku baik sebab start tahun lepas aku dah kurang kan penggunaan pasu kat ruang tamu. Ada 2 pasu jer. Kalau guna 2 baldi untuk bunga. Sekarang 1 jer dah cukup.. hahaha... Bertambah mudah kerja aku.

tara..!!!

SEMANGAT NAK RAYER!!!!





Friday, August 12, 2011

Aku suka hari Jumaat

Aku suka hari jumaat sebab rasa kejap jer. Kejap jer nak balik dah. Esok hari Sabtu. Hari Sabtu aku cuti.. Hoyeahhhhh...! Sapa2 yang kerja esok tu jangan jeles okeh.. Hari nie dah hantar file untuk third review. Tak tau lah ada salah lagi ke tak. Harap2 takda sebab nanti dah boleh draft hantar kat client. huhu
Dengan trainee named Teyha


Preparation for raya #5

Hari apa ntah (lupa) dah buat dah. Kan aku ada cerita kat enrtri yang lepas pasal kuih atau biskut sampan. Malam tadi buat lagi. Sebab ada tempahan lagi. Dah cakap dah tak nak ambil tempahan tu. Tapi orang tu nak jugak. Mengenangkan saudara sendiri, mama pun buat lah balik semalam. Kali nie aku upload picture sekali ye..

Inti untuk biskut nie
Tepung yang di bentuk mengikut acuan
Amik acuan yang dah ada tepung tadi tu
Isikan dengan inti tu. Guna kan garfu ye. Jangan tekan2.. nanti tak cantik
Ready untuk masuk oven. hehehe

Sekian, terima kasih....

Wednesday, August 10, 2011

Contact numbers kawan-kawan di Facebook.

Lalalalala....Sapa yang suka online guna talipon angkat tangannn....... hehehehe...Kalau korang perasan (sure perasan) yang ada via mobile web ke kan.. Kamu semua boleh tengok nombor telefon kawan-kawan anda tu dan kawan-kawan korang juga boleh tengok nombor telefon korang... Takut tak???? Lagi2 mereka yang suka add dan approve sembarangan orang... Nanti kena kacau tau...

Macam mana nak tengok ye??? Mesti ramai yang dah tau kan...
Lepas tu keluar lah list nombor telefon kawan-kawan korang. hehehe.. Nak buat jahat tak???? Takmo takmo... Bulan puasa sekarang nie. Bagitau lah kawan-kawan korang tu ye... Sekian, terima kasih...




Preparation for raya #4


Tolong mama buat kuih. Nak kata aku buat kuih awal lah tu. Hahaaha... Bukan apa, mama aku nie nanti busy nak buat bahulu lapis. Memang takda masa. Jadi kuih atau pun biskut raya nie, kiteorang buat awal. Kadang-kadang aku bising jugak kat mama. Sebab dia pun bukan sihat sangat sekarang (baru lepas jatuh), lepas tu semangat nak buat kuih raya banyak2.

Tak payah buat lah kan kalau badan tak sihat. Nanti aku buat lah kuih raya tuh..Hehehe!!! Sikit2 tau lah... Yang nak uli2 pakai tepung gandum belum mahir lagi. Tapi boleh belajar apa. Susah2 beli jer sudah. Murah pulak tu. Tapi dia nie tak nak. Nak jugak buat kuih raya sendiri. Haish....Mula2 buat biskut sampan...Tau???

Alahhhh...baru nak upload tapi aku terdelete pulak picture tuh. Lain kali ye.. Semalam aku balik rumah jer dah ada dua jenis kuih raya lagi. Aku pergi kerja mama buat kuih lagi kat rumah. Tak tau lah buat dengan sapa. Dah ada biskut semprit dengan biskut nescafe. Tadi pagi aku pergi kerja dia cakap hari nie buat biskut makmur pulak. Dalam  nya ade gajus... aku nak amik gajus nye je lah...hahaha

Monday, August 8, 2011

Preparation for raya #3



Hahahaha!!! Nie lah keje aku bila takde benda nak buat. Aku semai pokok bunga nie kat belakang rumah. Entah berapa pasu dah. 6 kot... cantik kannnnn dah bunga..! ^-^ suker....! suker....!!!! Bunga nie senang jer nak hisap. Patah2 kan pastu cucuk2 balik kat tanah. Biarkan jer...die hidup jugak..Tak payah penjagaan yang sangat rapi... hehehe.....

The biggest Al-Quran painting in the world



Masa aku berjalan-jalan di suatu tempat, ada pameran macam dari Arab tu. Ada minyak wangi, tudung, jubah, lukisan dan macam-macam lagi perhiasan diri mahupun rumah. Turut ada kat situ ialah Lukisan Al-Quran yang terbesar di dunia. Jom tengok sikit ye... hehe







Preparation for raya #2

Hari nie aku temankan anak buah dengan kakak aku pergi beli langsir untuk rumah mereka. Aku nie jadi perunding hiasan dalaman jer. hahahaha...perasan kan...??? Aku tak beli sebab langsir rumah aku dah ganti tahun lepas. Masak lah nak ganti tiap2 tahun kan... Sekali beli jer 30 meter untuk ruang tamu sahaja.. Rumah banyak tingkap biasa lah....

Kami pergi Jalan Taiping, Klang. Sebab kat sana harga pun berpatutan. Tak payah nak pergi jauh2. Cuma choice tu tak lah banyak sangat kan macam kat Jakel. Tapi okeylah...Kalau banyak2 sangat nanti tak tau nak pilih yang mana kan...

Acap yang tak reti duduk diam...
Diaorang nie sukahati jer nak duduk kat mana. Tangga ke
atas kedai nie looks so scary tau....!
Aktiviti tawar-menawar tengah berlaku...hahaha
Dah selesai beli barang...nak balik pulak..




Saturday, August 6, 2011

Preparation for raya #1

Hari nie memang aku dah rancang dari awal nak kemas rumah. Kemas apa yang patut dulu memandangkan aku cuti Sabtu Ahad. Kalau nak buat waktu kerja tu harapan lah. Sebab memang aku tidur awal. Lepas bangun sahur aku baring2 balik and then terlelap. Dalam pukul 6 macam tu aku bangun.

1) Kemas bilik stor

Mak aku nie jenis suka letak barang kat lantai. Apa2 barang yang dia baru beli ke apa2 lah mesti letak kat lantai. Aku pun tak tau lah kenapa. Jadi lantai kat bilik stor tu penuh. Nak lalu pun macam payah. Tadi aku kemas.. Aku panjat almari letak bakul2 dan tupperware atas almari. Barang2 belanja aku susun dalam almari. Letak elok2.. boleh pun.. LAPANGGGG!!!!!!!!!

Lepas tu sidai baju. Ade ke sidai baju pagi2...hahahaha..! tak kesah lah...Janji aku ada keje. Kalau tak sidai nanti tak kering. Dah panas nanti aku malas nak kuar rumah. hahaha...

2) Alihkan pasu bunga

Pasu bunga di keliling rumah kena alihkan. Sebab nanti aku nak basuh tingkap. Huhhhh! Macam nak tercirit je angkat pasu bunga banyak. Ehemmm...perempuan tak leh angkat berat2 kan?? Tapi sebab aku 'laki' yang boleh diharap (ecehhhh), aku kena lah angkat sendiri. Tak kan nak suruh mak aku kan...Tak logik...

3) Basuh tingkap

Selepas semua nya dah settle, kerja-kerja membasuh tingkap pun bermula. Kenapa aku tak cakap basuh cermin tingkap...?? Sebab nya aku kena basuh bingkai2 tingkap sekali. Maklum lah, bingkai tingkap tu warna putih kan. Jadi kena lah cuci sebab banyak habuk-habuk yang melekat.

Agak mencabar bagi aku untuk basuh tingkap. Sebab aku kena panjat kerusi. TAK SAMPAI LOHHHH!! Takut jugak kot tetiba tergolek dok kan... Takda sapa yang perasan kalau kat belakang rumah tu...Alhamdulillah, semua nya dah selesai. Jari tangan dan jari kaki nie pun dah naik kembang kena air. hahaha...Kena jemur nie bagi kecut balik. HEKKKK! keh keh keh


p/s: Basuh kasut dan selipar sekali. Alang2 kan....heee

Thursday, August 4, 2011

Kisah aku dan lif.

Kisah ini benar-benar terjadi dan bukan rekaan semata-mata nya. Kemungkinan ada kaitan dengan yang hidup di muka bumi nie. Mesti korang pernah kena jugak kan....hahaha...

gambar sekadar hiasan


Situasi 1
Macam kebiasaan nya, aku naik motor pergi kerja. Sampai tempat parking terus solex motor. Lepas tu baru bukak helmet and then betulkan tudung aku yang tak betul tu. Pakai backpack aku, masukkan sweater dalam helmet dan berjalan menuju ke lif. Itulah rutin aku di waktu pagi hari-hari bekerja.

Sampai depan pintu lif, tekan button untuk naik ke atas. TINGGGGG!!!!!!!!!! Lif pun sampai. Aku sampai awal agaknya. Aku sorang je yang masuk dalam lif tu. Lepas tu aku tekan lah tingkat yang aku nak pergi kan. Aku tekan banyak kali. Tak boleh2 jugak!!! Aku tekan kuat2... Macam nak mengamuk jer..

Aku tengok nombor tingkat yang kat dalam lif tu kan. Kat situ dia tulis "G"...Aku nak naik tingkat 3. Aku tengok balik. Rupa nya yang aku dok tekan2 tu button tingkat "G"... Memang lah tak naik2 kan. Nasib baik takda sapa masa tu. Haahahaa!


Situasi 2
Yeahhhhh!!! Dah habis office hour nak balik. Lepas kemas beg aku pun ambil helmet atas loker terus keluar dari office. Perasaan nak balik tu teruja sangat. Apa yang aku excited kan aku pun tak tau. Sampai depan pintu lif, tekan button turun ke bawah.

Nasib aku baik hari tu. Lif cepat jer sampai. Lepas bunyik TIINGGGGG!! pintu lif terbukak. Aku melangkah masuk dalam lif. Lepas tu aku sandar kat dinding memandangkan aku sorang jer. Aku tengok jer pintu lif tu tertutup... Aku khayal pulak.

Lepas 15 saat aku tersedar, "Eh, kenapa lif nie tak bergerak. Selalu dah sampai Groung level dah" Aku perhatikan rupanya aku tak tekan pun tingkat "G" tu. Patot lah tak bergerak2. Nasib baik tak setengah jam ke kan. Memang aku biol lah... heheheehe!!!

Berbuka dengan Cik Siti Hajar


With Cik Siti Hajar
Aku tengah kerja tiba2 Hajar telefon. Ajak buka sama kata nya. Aku cakap aku tak nak. Sebab nanti dia cancel saat akhir. keh keh keh. Okey lah fine kan dia pun cuti. Aku cadangkan lah makan kat Afnan Tomyam, Klang Utama since dia pun tak tau nak makan  kat mana. After office hour habis, aku singgah kejap nak booking tempat.

Maklumlah, awal bulan kan. Nanti tempat ramai kalau tak booking awal2. Sebelum balik rumah tu aku booking tempat dengan order makanan sekali. Hajar request nasi putih, sup campur, daging masak merah, paprik campur. Aku tambah udang goreng tepung dengan air tembikai 1 JUG. Aku order semua nya untuk 2 orang makan. Aku lupa yang aku tak makan sayur pun. Lepas tu aku makan sikit jer. hahaha



nasi 1 pinggan lagi tu bukan aku punya. hahaha
After berbuka puasa
Kami pun melepak lama2. Oleh kerana aku order lauk tu semua untuk 2 orang makan, lauk pun tak habis. Air tembikai tu pun sama. Kitaorang bungkus jer lauk yang tak habis tu pastu suruh Hajar bawa balik. Yelah, Kalau aku bawak balik, konfem tak di makan. Sebab sahur aku tak makan sangat lauk2 macam nie. Tak tertelan. hehe


 


Terima kasih lah ye Hajar ajak aku buka puasa
sama dengan ko. Kalau kita pergi ramai2 lagi mesti
meriah kan. Next time maybe...


Selamat berpuasa semua..!!!!!

Berhati-hati di jalan raya.

Dah dua hari aku pergi kerja ada jer eksiden. Kedua-dua nya kat Setia Alam menuju ke Klang. Semua nya membabitkan kereta. Aku jadi seram lah pulak. Aku nie dah lah penunggang motorsikal. Kalau nak menyelit2 celah kereta tu kena berhati-hati.

Nasihat aku, kepada semua yang nak pergi kerja ke pergi mana sekalipun berhati-hati lah. Sebab kalau anda membawa kenderaan macam jalan tu MAK BAPAK anda yang punya, anda kemungkinan akan membahayakan nyawa orang lain. Orang tak bersalah pulak tu. Boleh kan.... Di bulan Ramadhan yang mulia ni marilah kita bersama-sama memandu dengan cermat.

Sekian, terima kasih.



p/s: Nasib baik yang terlibat dengan kemalangan tu bukan orang Islam. Kalau tak kesian sangat.

Monday, August 1, 2011

Barai kipas kejap


Untuk bilik aku, aku gunakan kipas dinding. Tak guna kipas siling sebab luas bilik aku takda lah besar sangat. Memadai kalau aku pakai kipas dinding ni. Tapi dah beberapa hari ni kipas ni tak hidup. Kejadian nya bermula sejak ada LETUPAN kecil di soket kat bilik nie.. Terus tak boleh pakai soket2 yang lain.

Nasib baik plug yang lain boleh pakai lagi. Cuma kipas jer tak hidup. Aku muskil lah kan sebab apa kipas tu tak hidup. Lampu menyala. Kawan aku cakap cuba tukar fius nya. Aku bukak plug kipas aku tukar fius. Still tak hidup jugak. Last-last aku barai je lah kipas tu. Semua aku bukak..


Haaa! aku agak aku dah jumpa punca nya. Nampak tak...??? Aku kesan terbakar kat wayar putih tu. Aku tengok dalam tu ada 4 wayar. 2 dah terbakar. Aku ingat nak potong lah kan buat sambungan baru. Tapi depan nya die guna ape ntah. pelik aku tengok. Dia macam welding tak pakai skru. Kalau pakai skru tu reti lah aku. Yang nie aku tak reti lah. Aku belajar accounting je pun. hahaha



p/s: nasib baik ada kipas mama yang dia pakai untuk buat bahulu.

Risau pasal baju raya.

Kisah nya aku tempah baju raya 2 pasang kat tailor dari Indonesia. Kakak aku cakap jahitan nye cantik. Jadi kakak aku pun hantar lah baju raya dia dengan anak dia kat situ. Hantar dari bulan 5. Sebab tak nak orang nya buat tak senonoh. Minggu lepas dia ambil lah baju yang dah siap tu.

Result nya baju anak buah aku tu macam HARAM jer. Kain yang ditempah tu mahal pulak. Kalau yang murah2 takpe lah jugak. Kain siang malam. Habis songsang mongsang warna nya. Tunggang terbalik. Ada yang gelap kat atas lah. The worst thing bila warna 'pesak' tak sama dengan warna badan. Maybe boleh dikatakan trend tapi nampak weird. Lepas tu ada yang tak terjahit. Kalau buat cekak kat tangan tu, butang tak berjahit  pun. Bukan tu jer, lubang butang tu pun takde. Baju tu besar pulak. Hish, macam2 lah. Ada jer serba tak kena.

Aku pun ada sepasang kain yang serupa. Nasib baik aku tempah kat Klang. Sebab aku dah biasa tempah kat situ. Walaupun mahal tapi jahitan dia okey dan sedap dipakai. Yang kurang bernasib baik nya, aku dah hantar 2 pasang kat tailor Indonesia tu. Aku dok terkenang jer. Macam mane lah rupa baju aku nanti. Isk.... aku nak raya tau...!

Moral value: Biar tempah mahal sikit, janji boleh pakai lama.