.

Followers

Tuesday, January 31, 2012

Cake Pop

What is a cake pop?
 A cake pop is cake mixed with frosting, placed on a stick and dipped in chocolate or candy coating. The pop can be decorated in an infinite number of ways and that is why they are so much fun to make.

Aku memang suka benda-benda comel nie. Bila duduk kat office, mata pun dah penat tengok working sheet, aku pun google lah macam-macam. Apa je lah yang terlintas kat fikiran aku semua aku google. (semua ker?) Aku dah lama tertarik dengan cake pop bila aku search untuk cupcake decorations. Bila lah aku nak buat macam nie ye? Tak kan nak tunggu ada anak kot? Kalau aku sediakan servis untuk candy buffet okey tak? hehe..





Semua comel-comel. Tapi bila aku google bahan-bahannya, aku macam tak faham. Kena selidik dulu kot. Tengok pun sekali imbas. Kalau nak buat macam kak atas nie memang aku kena pergi kelas lah. Sebab cake pop kat atas ni gune frosting. Kalau aku nak buat (as beginner) memang tak tau lah. Untuk permulaan, aku mungkin akan buat macam kat bawah nie. Tapi mana nak dapat stick atau batang lolipop tu?

Dapat buat macam ni pun okey kan




Kita kena kahwin awal tahun

Setiap orang mempunyai angan-angan termasuk lah aku. Aku memang suka pasang angan-angan. Tapi aku lebih suka cakap yang itu adalah impian aku. Impian aku untuk melihat tulip dengan mata kasar aku nie. Ya, mata aku yang sepet nie. Aku nak pergi Holland (Netherlands) untuk merealisasikan impian aku tu. Sapa same macam aku? hahaha

Kalau nak pergi sekarang macam tak best. Sebab kenangan tu tak dapat diabadikan bersama insan tersayang. Kire nye ni merangkap destinasi berbulan madu lah. uhuk uhukkkk gatal kau..! Setelah aku kaji kan (angkat spec kat hidung), aku kena kahwin awal tahun. Sebab nya terus pergi honeymoon. Sebab nya lagi waktu yang paling sesuai untuk tengok tulip sekitar April or Mei. Pada masa itulah bunga-bunga tulip tengah mekar dan dituai.

Benih-benih tulip ditanam pada October hingga November setiap tahun. Kalau pegi waktu tu tak dapat lah tengok tulip kan. So, kena rancang kahwin dari sekarang..!! (hentak meja) hikhik. Hujung tahun AirAsia selalu ade promotion. Beli tiket awal-awal. Menjimatkan. Wahhhhhh... Cop! Aku tak habis belajar lagi lah. Kan impian je nie. Akan ku jadikan kenyataan yeahhh!! (energetic giler).







p/s: Tulip kat Bukit Larut pun aku tak tengok lagi. hehe


Wednesday, January 25, 2012

Jalan ke Pepustakaan Raja Tun Uda

Untuk cuti Tahun Baru Cina, aku takde nak pergi holiday ke ape. Kebetulan kakak aku ajak pergi ke Perpustakan Raja Tun Uda di Shah Alam. Sebab nya suruh tunjuk jalan. Kakak aku tak ingat sangat jalan area Section 13 tu. Kalah Section 24 ke 25 ke die tau lah sebab selalu ulang alik sana. Aku tak kisah lah kan. Bukan aku buat ape kat rumah pun. Tersayang pulak kerja.


Oleh sebab anak buah aku, Nana baru berumur 8 tahun so die kena masuk bahagian kanak-kanak. Tak boleh masuk bahagian dewasa langsung. Tak kan nak tinggal kan die sorang-sorang kan. Yang lain semua boleh lepas, jadi kakak aku teman kan lah die masuk bahagian kanak-kanak. Suruh membaca tak nak. Nak main komputer line takde (wifi ade je). Semua kebosanan..

Aku dan beberapa anak buah aku yang lain masuk bahagian yang lain. Tapi macam takde yang menarik. Nak naik zon remaja dan dewasa malas pulak nak tinggalkan kakak aku yang kat bawah tu. Kami pun melepak lah kat bahagian kanak-kanak. Perut lapar nak pergi cafe. Hari cuti kan, ade satu kedai je yang bukak. Itu pun takde makanan selain MAGGI CUP. Tak tau lah nak beli ape. Ice blended jer. 


Tak sampai satu jam aku kira kiteorang kat sana. Dengan ada yang lapar lah. Hei, macam-macam ragam lah budak kecik nie. Balik je senang.. hehehe. Mungkin orang ramai, dengan keadaan budak berlari-lari macam taman permainan. Lepas tu mak bapak yang datang berkelah dalam library siap tidur-tidur lagi kan. Buat orang lain tak selesa.



Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) 
D/A Perpustakaan Raja Tun Uda, 
Jalan Kelab Golf 13/6, 
Seksyen 13, 
40100 Shah Alam, Selangor


Wordless Wednesday #8




Friday, January 20, 2012

Vintage style wedding photography

Aku tak tau lah kenapa. Aku memang suke tengok gambar-gambar yang style vintage. Terutamanya pasangan yang buat pre-wedding photoshoot yang bertemakan vintage. Memang cantik lah. Aku suke sangat. Konsep vintage nie paling utama yang kena ada accessories untuk buat photoshoot tu disampaing lokasi yang sesuai. Sebenarnya aku nak cakap aku nak tema 'VINTAGE" untuk photoshoot wedding aku. 

Aku sibuk sangat carik konsep bagai macam aku dah nak kawen je kan. Hahaha.. Lama lagi aih nak kawen nya. Tapi tak salah untuk pasang angan-angan, catat kat personal note lepas tu update ke kat blog kan. Sebab cara tu boleh mengingatkan aku sentiasa. Nanti dah sampai masa nya tinggal request je kat photographer tu nak macam nie macam tu yang ini yang itu. Haaa gitu... Beberapa foto yang menarik selepas aku google.

Vintage + Picnic
Vintage + Railway Station
Vintage + Big Clock
Vintage + Antic Van
Vintage + Bicycle
Vintage + Rock Wall
Vintage + Black & White
Vintage + Vespa
Vintage + ballon 
Vintage + Forest


Kita ambil KONSEP nya sahaja okey..

20 January 2012

Pagi tadi kita semua berkongsi berita gembira dunia hiburan tanah air kita dengan pernikahan Ally Iskandar dan isterinya, Farah Lee. Majlis pernikahan berlangsung di Masjid Kristal, Kuala Terenganu dengan dua kali lafaz. Mesti Ally berdebar-debar masa tu. Farah Lee pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal, Korea Selatan juga merupakan seorang blogger. Dua-dua chinese look kan. Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin baru ini.

Sama cantik sama padan
Selepas itu, petang tadi kita juga dikejutkan dengan berita sedih iaitu Izwan Pilus telah meninggal dunia pada pukul 6.15 petang. Aku tau pun pasal aku bukak Twitter. Melalui twitter, berita kan tersebar dengan pantas. Izwan Pilus yang popular dengan lagu Kembali Tersenyum dan Indah Lelapku merupakan abang kepada Aril AF. (patut lah muke same <--- aku baru tau). Takziah diucapkan kepada keluarga Izwan Pilus.



Friday, January 13, 2012

Settle sudah

Dari hari Isnin aku pakai netbook untuk buat kerja. Laptop yang besar hantar kedai. Graphic card problem again and again. So, aku guna lah netbook. Yang tak best nya aku ada masalah bila online. Nak sign in gmail tak boleh. Nak bukak twitter tak boleh. Nak bukak laman web lain lagi lah tak boleh. Nak update blog pun tak boleh. Facebook je boleh..?????? Facebook. Untuk apa ek. hahahaha

Twitter's display

Google search
Nampak tak tu "Google Chrome could not load the web page because took too long respond. The 
website may be down or you may be experiencing issues with your internet connection".

Setelah google search, aku jumpa lah beberapa solutions.

Kalau ikut kan solution yang ini, sama je macam solution yang google chrome suruh. Bezanya yang atas tadi deselect "Use a proxy server for your LAN" yang nie pulak deselect "Automatically detect settings". Aku dah cuba kedua-dua nya tapi tak boleh jugak. Selain tu aku ada juga insert URL laman sesawang yang aku tak boleh bukak as trusted sites. Sebab aku guna https:// instead of http://. Tapi tak boleh jugak. The web page still can't load.


Solution terakhir aku macam nie. Open Network and Sharing Center > Wireless Network Connection (xxxx) > Details. So, korang akan jumpa lah dialog box macam kat atas nie. Salin nombor yang aku dah highlight kan tu ye. After that, click Close and select Properties > Internet Protocol Version 4 (TCP/IPv4) > Properties > Use the following IP address. Kemudian, masuk kan nombor yang korang salin tadi. Untuk Preferred DNS Server aku masuk kan nombor yang sama seperti IPv4 Default Gateways. Untuk Alternate DNS Server tu biarkan je kosong. Close and refresh the previous web page. It's work..! hahahaha... 

Tapi tak semua wifi boleh macam ni. Kadang-kadang tak boleh jugak. Kalau tak boleh, Tukar settings kepada "Obtain an IP address automatically" and refresh back. Kalau tak boleh jugak aku tak tau lah. This problem usually people will call it as LAN problems. Aku tak pakar lah sangat. Semua aku google jer. Tapi solution yang terakhir tu senior aku kat sini yang ajar mula-mula. Aku praktik kan balik. Salam Jumaat...


Tuesday, January 10, 2012

Zip die terbukak lah!!

Cerita nya macam nie. Pagi tadi aku pergi kerja macam biasa. Hari nie nekad nak bawak motor selow je sebab nak save minyak. Tengah bawak motor kat Setia Alam tu, sepasang suami isteri melewati aku. Ecehhh.. Hahaa. Wife die pakai baju kurung. Kerja office lah kot. Eh, same lah kite..! (keje office jugak).

Aku perasan zip kain baju kurung dia TERBUKAK..!!. Aku dengan kesedaran sivik nya kejar lah balik motor tu. Aku lalu tengah dia lalu tepi. Aku perlahan dia laju. Aku terus dia lalu jalan short cut. Haisehhh.. Aku berusaha gigih nak bagitau nie..

Akhir nya sampai Highway Bukit Raja, tak jugak kelihatan motor pasangan suami isteri tu. Ape ke selow sangat bawak motor tu. hahaaa. Lastly aku teruskan je lah perjalanan aku ke office dengan rasa bersalah..

Perempuan berbaju kurung, kalau tak zip kat kain tu nampak peha tau. Bukan sikit tapi banyak yang nampak. Kalau aku malu gila, yelah ade selulit. Hahaha morning..!!!

Thursday, January 5, 2012

Terjawab sudah perubahan emosi

Sekarang aku takde rasa sedih ke marah ke. Malam tadi tiba-tiba ada aura pelik. Rasa nak bermanja pulak kali nie. Aw awww.. Gedik kau..!! Hahahaaa. Okey, terjawab sudah kenapa aku tak boleh kawal emosi aku. Pagi tadi ceria je dapat breakfast dengan tersayang. Haha. Makan mee goreng lagi tu (feveret).

Bila sampai office terus lah buat kerja (acahh acahh jer) sebab bukan aku banyak keje sangat pun. Hehe. Lepas makan mesti terasa nak pergi toilet. Nak berak lah kan (direct giler). Tengok-tengok dah ade. Dah mai dahhhh die.. hahaha. Itu je nak cakap. Tapi boleh pulak nak buat entry kan. Terasa diri ini sengal seketika.

Suke hati aku lah kan.. >_<

Wednesday, January 4, 2012

Perubahan emosi

Minggu ni lah aku rasa lain macam jer. Asyik nak marah-marah jer. Dari malam tadi pulak aku rasa pilu jer. Rasa sayu rasa sunyi. Lepas tu macam sebak je. Terasa pape sikit mula lah mengalir airmata. Tanda-tanda menopause??? ohh tidakkkk...!!!!!!!!!!!

Tahun nie aku baru nak masuk 23 tahun tau. Belum lagi lah. Lambat lagi nak menopause tu. Aku bukan apa. Kesian kat orang sekeliling aku. Lagi-lagi yang tersayang. Asyik terkena je tempias perubahan mood aku. Yeahhh, aku akui yang aku agak sensitif. 

Tak nak lah macam nie. Aku nak happy jer. Senyum jer.. Tapi macam mana. Dada nie sebak je. Aku rase lah kan, aku kena nangis dulu kot baru okey. Hahahaha... Bagi sebak tu hilang. Kalau aku tak nangis macam mana sebak tu nak hilangkan. hahaha.. *idea*





Wordless Wednesday #7



Tuesday, January 3, 2012

Aku dah mengundi




Undi lah kat SINI


Rakyat Malaysia memang menyumbang paling banyak. Haha.. Sebab nya kan...


Kesimpulannya, ramai rakyat Malaysia menghabiskan masa di laman sesawang. Ehhh.. >_<

Selamat datang 2012

Selamat datang untuk tahun 2012 dan selamat tinggal tahun 2011. Terlalu banyak kenangan pada tahun 2011. Pahit, manis, gembira dan juga sedih. Semua nya ada pada tahun tersebut. Tapi benda yang dah berlaku dikenang jangan. Hidup kita kena lah maju ke hadapan kan, kena pandang depan. Tak payah nak pandang belakang dah. Nanti ada momok..! hahaha

Semoga tahun ini segala yang telah dirancang oleh aku mahupun kawan-kawan sekalian berjalan dengan lancar. Bagi yang nak menamatkan zaman bujang tu, mana yang dekat tu boleh lah jemput. InsyaAllah jika ada kelapangan aku akan datang. Aku harap tahun nie aku boleh habiskan degree aku dalam masa yang telah ditetapkan. Lepas tu aku nak sambung buat professional. Amin..

Pada awal tahun juga banyak kejadian yang telah berlaku. Di antaranya kisah Nur Amalina Che Bakri yang telah berubah. Beliau merupakan seorang pelajar pintar daripada Kelantan yang telah mencipta rekod dengan mendapat 17A untuk SPM. Apa yang berlaku terletak pada dirinya sendiri bukan pada orang lain. Buruk baik dia boleh tentukan sendiri. Orang-orang tua cakap susah nak jaga budak-budak pandai sebenarnya. Sebab ada je akal dan idea mereka. Contohnya baring atas jalan semasa demo. OPS....!!!