.

Followers

Thursday, June 30, 2011

Tahniah buat crew final Showdown 2011

Untuk Showdown 2011, adalah aku tengok beberapa kali. Semalam tu boleh dikira ke-tiga or ke-empat aku tengok. Serius. Bila aku nak tengok je terlupa. Bila aku nak tengok je aku ada hal lain. hahahaha...! Tapi apa-apa pun memang berbaloi lah aku tengok episod semalam. Seronok tengok walaupun dah lama tak tengok kan. Sangat enjoy. Dan di sini aku nak ucapkan tahniah buat crew-crew yang dapat masuk ke Final Showdown. Takde penyingkiran dan mereka deserve untuk masuk final.




Try to get jacket inspirations for white dress.

Aku dah berkenan sangat kat satu dress with reasonable price. Aku bercadang nak beli sehelai yang colour putih. Hahaha..! Tetiba nampak dress tu macam sweet sangat. Macam comel jer..hihi..Dress tu yang comel bukan aku tau. Sebab dress tu sleeveless, aku nak carik jacket yang bersesuaian. Tapi aku pening nak pilih...Google jap...hehehe

   

                   

   
      
 


Pening dah.....!!




I miss my dv2

Apa khabar lah agak nya dv2 kat bawah katil nie. Dah lama tak belek. Maaf lah sebab tak dapat nak betulkan. Kalau ada rezeki nanti aku betulkan ye. Aku sayang giler kat dv2. Walaupun aku dah pakai mini tapi aku selalu teringat kat dv2. Aku akan cuba carik jalan untuk betulkan dv2 aku balik. 

Tak kisah lah berapa ringgit. Aku sanggup janji dv2 nampak seperti kebiasaannya. Walaupun dah banyak adik beradik dv yang keluar tapi aku still ingat kat dv2 aku.. hehehe...

sentiasa dikenang



Monday, June 27, 2011

Tak boleh download JUVANA kat Youtube dah

Aku rasa baru semalam aku download Drama Juvana yang tengah hangat kat TV3 nie. Semua orang tau kan. Tadi aku saje search2 kat youtube kan. Tau2 tak boleh dah. Kena block dari Youtube. Alahai, sedih betul. Dah la aku nie selalu miss cerita Juvana nie. Nak tengok kat tonton tu dah lah lembap nak loading. OPS!!!!! Yang ada sekarang kat Youtube cuma link untuk video2 tersebut aje...


p/s:
Kena carik alternative lain untuk download. keh keh keh

Korang dah buat???

Aku dapat nie dari Facebook. Ada update dari kawan aku. Aku pun dah cuba buat ikut apa yang disuruh. Kalau tak nampak klik kat gambar atas tu ye.. Hasil gambar yang aku jumpa dari folder tu kan..  Tengok bawah....
-
-
-
-
-
-
-
-
-

so, korang decide lah nak delete ke tak ye....???
Terima kasih....huhuhuuuu

Sunday, June 26, 2011

Aku nak repeat balik!

Esok aku nak pergi jalan TAR dengan kakak dan anak buah aku. Aku nak beli tudung jugak. Dah lama tak beli tudung sendiri. Sebelum ni masa aku hang out dengan kawan aku aku ada beli sehelai. Ingat tak??? Yang aku cakap sampai rumah je tudung tu takde. Sedih sangat masa tu. Walaupun RM20 tapi aku puas hati dengan tudung yang aku pilih tu.

Alih-alih sampai rumah tudung tu takde. Tapi takpe. Esok aku nak beli lah. Hehehe.. Confirm esok aku penat. Satu jalan tu aku tawaf karang. Dengan kakak aku nak carik kain untuk bahan baju melayu lagih. hahaha...Sure penat. Dah boleh bawak kipas bateri tu. hahaha... Baru lah boleh buat aksi rambut gerbang-gerbang. Konon nya HOT gituuu... hahahhaaa! Selamat malam...

Thursday, June 23, 2011

My cousin's wedding part 1

Tahniah kepada sepupu aku Ezafrie yang selamat diijabkabulkan dengan pasangan nya Iqtiqaf. Majlis persandingan nie kat sebelah sepupu aku., sebelah lelaki pada 11 dan 12 June 2011 yang lepas. Sangat ramai tetamu yang datang sampai lauk pun tak cukup. Aku penat jugak. Penat rewang apa yang patut. Dari hari Sabtu lagi dah busy. Banyak nya busy makan kot. hahahaha!!!

with cousin and niece that still in SCHOOL

Know him??...hahahaha...

with nephew which artist wannabe. hahahaha!!
The only grandma that i have now

Candid picture for groom and bride!!! hahaha

Handmade gown for flower girl. Sweet!!!


My sister, me and my niece...! heeee..

Damn like these combination of flowers!!

And lastly is ME!!!!
Girl and flowers cannot be separated..



Dah lama tak online


Kenapa web address untuk TWITTER macam nie ye???? Ke aku punya lappy or setting untuk
lappy aku yang ada masalah? Aku dah lama tak online. Bila aku log in jer ade information pasal
PAGE ERROR. Kenapa ye??? Sebelum nie aku rasa lain jer. Takde pon yang 
Twitter, Inc. [US]

Kenapa ye? Sape2 boleh bagitau...?? hahaha!!!!

Apabila bangkai di lebuhraya

sekadar hiasan
Kemalangan yang membabitkan kenderaan dan haiwan nie berlaku semalam (aku agak jer). Pagi semalam, sedang aku syok2 bawak motor kat Highway Bukit Raja aku ternampak dah bangkai binatang nie dari jauh. Aku amek line tengah konon nya nak elak dari terlanggar lah. Sebab binatang yang selalu kat tepi highway Bukit Raja nie ANJING.. Kena samak kan kalau terkena darah nye ke kan??? Kan???

Aku kira aku dah selamat lah sebab tak terlanggar. Tapi malang berbau pagi itu. Aku terbau HANYIR GILA BANGKAI bila melalui kawasan tersebut. Terus aku tahan nafas. Hukkkkkkk....!!!!!!!!! Agak-agak 200 meter selepas tu baru aku tarik nafas macam biase. Terus meloya tekak aku. Nak termuntah bila aku kenangkan yang aku bau tadi tu bangkai ANJING. Aduh....!

Nak dijadikan cerita, pagi tadi aku lalu lagi. Aku kira (ahh kira aje) dah tak bau lah sebab mesti orang dah langgar2 kan. Rupa-rupanya sangkaan aku tu meleset sebab bau HANYIR GILA BANGKAI tu still ada lagi. Hukkkkk!!!!!!!!!!! Tahan nafas lagi sekali. Lepas tu meloya again...hahahaha! Aku tak langgar pun bangkai tu tau. Tak nak kena badi. Aminnn...

Esok aku harap aku tak bau dah. Aku nak amek line paling kanan (bajet laju) hahahaha! Aku tak nak rasa loya2 lagi dan bau hanyir. Pening kepala den tau...




p/s:
Sedih sangat tengok pak cik nak pergi kerja motor rosak lah tayar bocor lah. Rasa kesian yang teramat sangat. Lepas nampak pak cik yang macam tu jer aku mohon kepada-Nya supaya dipermudahkan urusan pak cik tersebut. Aminn....

Friday, June 17, 2011

Macam tak lengkap je hari nie.

 Dear blog,

Aku rasa lain macam je hari nie. Tak tau lah kenapa. Pagi tadi on the way ke office aku bawak motor pon selow jer. Rasa lain macam jer hari nie. I dont know why. Like something missing which important in my life. Aiseh, aku pun pening. Tapi dalam perasaan yang macam tu, aku bawak motor hati-hati jugak. Nak tau pasal ape???

Pagi semalam, di Batu belah ada eksiden 2 buah kereta. Di tempat yang sama tadi pagi eksiden jugak. Kali nie 3 kereta. Hari-hari jammed aje. Orang dari Meru memang kena keluar awal kalau nak pergi kerja. Tahap kemungkinan untuk berlaku eksiden sangat tinggi.

Petang semalam, on the way balik dari kerja di Tol RM0.60 menuju je Klang Utama atau Meru ada eksiden. Kali nie kat jalan motor. Betul-betul depan aku. Nasib baik aku sempat break and tak bawak laju. Kalau tak berdentum-dentum motor eksiden. Lagi haru tau... Terima kasih Ya Allah sebab selamat kan aku....heeee...
Ada hikmah semua nya tu berlaku.

Wednesday, June 15, 2011

Before i sleep....



I hope when I wake up tomorrow morning, I can smile and not having headache more.
So I can do my work and submit as soon as possible.


So, my effort for tomorrow is 25% only!!!!
Hahaha...



Tuesday, June 14, 2011

Malam nie rasa cepat mengantuk


Hari nie aku rasa cepat mengantuk. Tak tau lah sebab nya pasal apa. Lepas maghrib je aku terus pasang lampu tidur. Sebab sakit kepala dan berdenyut2 yang teramat sangat. Tapi menambah kalau aku silau cahaya lampu. Memang macam allergic silau. Terus je sakit kepala.

Asalnya aku sakit kepala dari siang tadi sewaktu kat office. Semua gara-gara nak kira percentage EPF out of salaries. Company tu bagi General Ledger tapi dari bulan Julai 2010. Macam mana pulak aku nak kira kan. Nak tak nak aku kena bersila kat lantai menghadap Payment Voucher's File yang berat tu carik satu-satu untuk sepanjang tahun punya. Maksudnya 12 bulan..Ingat senang ape nak belek satu-satu.


Start tu kepala aku terus berdenyut2. Lunch hour pergi makan aku pun makan lah jugak. Tapi aku tak pernah makan se-lambat itu sebelum nie. Nak kunyah pun mulot macam menggeletar menahan sakit kepala. After lunch aku terus pergi surau baring pejamkan mata. Dengan harapan lega sikit. Tapi tak sebab kat surau tu on lampu siling. Aku baring menghadap siling terus pening balik. Sekarang lega sikit dahhh...

serius kalau dapat tidur macam nie aku tak sedar pun kalau ada orang call aku. hahaha

Minggu last Nora Elena


Okey, ramai yang dah tau minggu ni minggu last kan. Aku akan cuba tak miss 1 episod pun minggu nie. Aku memang aku intention nak beli Kasih Yang Suci tu. Dah pegang2 dah tapi aku ambil buku lain. Sebab nak tengok cerita nie dulu. Tapi bagi aku episod yang Elena gaduh dengan Seth pasal rantai tu TAK FEELING pun. Macam babak tu tak jadi. Tak menyentuh kalbu pun.

Aku tengok kat rumah kakak aku dengan anak saudara aku semua. Ramai yang cakap gitu. Nie bagi pandangan kiteorang lah. Korang pulak macam mane?? Tapi takpe, cerita pun dah nak habis kan. Apa-apa pun kita tengok je cerita nie ye. Tapi lakonan Wan Sharmila (Yvonne) menjadi kegedik-an nya...! hahaha

sakit tulang belakang!

Hari nie memang sangat penat. Sebab kami (trainee) kena berdiri kat bilik manager kiteorang selama 2 JAM! Sebab nya bila ada salah satu daripada kami bertanya tentang sesuatu untuk buat auditing, semua kena panggil sekali masuk dengar. Paling lama setakat yang aku praktikal nie. Selagi tak jawab dengan betul selagi tu lah kiteorang kena berdiri.

Aku memang dah sakit je belakang aku. Aku berpaut dekat kerusi depan aku. Perghhhh! Memang azab lah. Dulu kawad kaki pun tak macam nie. Silap-silap ada trainee pengsan kat bilik manager pulak karang. haahahahaa... Bila dapat duduk balik, kelegaan nya jangan cakap lah. Tapi still sakit juga and then nak makan masa lunch pun macam tak lalu jer. Tapi makan juga.

Selasa suppose deadline untuk kitaorang punya first auditing. Tapi macam tak dapat nak hantar jer. Mostly aku dah siap kan dah semua, tapi ada outstanding matters yang company tak fax lagi. Jadi listing and aging untuk item kat Balance Sheet tak tau lagi. Bila lah nak dapat nih...Aku nak hantar dah....

Thursday, June 9, 2011

Bertimbun fail datang.

Tadi senior nak pergi buat statutory audit. Dia ambil kan sekali aku punya outstanding matters. Aku dah list kan siap2 apa yang aku nak untuk audit nie. Sekali tadi petang diaorang balik, HAH KAU!!! Satu kotak fail nya. Hahaha...Banyak giler...! Esok aku kena bersila kat lantai nak baca semua tuh..

Aku dibagi 7 hari untuk siap kan semua nya. Deadline minggu depan 14 June 2011. Aku yakin aku dapat siap kan!! (walaupun tak tau apa kebenda). Sebab manager cakap kena selalu positive thinking and self confident. hahaha.. Aku kena siapkan jugak. KENA. Kalau dah siap aku akan rasa senang hati sangat. Tak ke gitu...~ hahaha...

Hari nie jugak aku first time lunch kat TESCO. Sebab kawan2 dah bosan makan nasik campur. Mahal giler makanan kat TESCO Shah Alam tu. Aku beli nasi ayam RM5.80. Kalau banyak takpe lah. Boleh accept lagi nie ciput jer.. Tapi bagus gak, tak lah aku makan banyak kannn...hehehe... You know what, itulah jugak first time aku masuk TESCO Shah Alam...*wink *wink.... Serius tak pernah. Giant adalah...hahahaha....

Tuesday, June 7, 2011

Korang boleh bagitau aku tak??


Aku dah pasang battery dah kat lappy aku. Aku letak cursor kat simbol atas nie dia tulis ' Plugged in and charging'. Tapi kenapa simbol dia macam nie jugak. Tak charging pon. Bila aku nak guna battery aku tu tak boleh. Padahal baru sekali je guna after tukar spare part dekat HP Customer Services.

Tak kan lah masalah battery lagi. Ke lappy aku punya masalah. Kawan aku cakap motherboard rosak. Betol ke??? Aduh, sakit kepala aku pikir kan masalah nie. Ke ada kaitan sebab aku punye lappy macam tak recovery pun selepas innstall windows yang baru. Aduh... Kenapa ye..?

First time tengok kemalangan di jalan motorsikal.

Macam hari kebiasaan nya. Aku pergi kerja memang guna jalan motorsikal di Federal Highway. Aku malas nak guna jalan dalam sebab banyak traffic light dan confirm jalan jammed. Aku masuk lorong untuk jalan motorsikal dari sebelum tol Sg. Rasau and then aku exit kat fly over nak ke Bulatan Kayangan. Tempat kerja aku dekat WorldWide Business Park.

Berhampiran exit ke Shah Alam ada kemalangan. Sebelum tu jalan jammed teruk kat Federal Highway. Aku ingat yang eksiden tu kereta. Rupa nya motor je pon. Sampai SATU HIGHWAY tu jalan jammed. Orang yang naik kereta semua nya slow pasal nak tengok lah tu. Orang Malaysia kan memang prihatin. hahaha..

Memang orang yang guna jalan motorsikal tu banyak yang bawa laju. Aku pun sebenarnya seram jugak. Yelah, aku nie berbaju kurung. Perempuan dan single rider..Kalau apa-apa jadi aku tak tau lah. Ada tak orang yang nak tolong aku ye..?? Aku tawakkal jer. Sebab niat aku nak pergi kerja cari pengalaman dan menuntut ilmu. Semoga perjalanan aku pergi dan balik dirahmati oleh Allah.

Monday, June 6, 2011

Mula bertugas hari ini.

Oleh kerana gerak hati aku suruh aku bawak lappy tadi, aku pun kena start buat audit hari nie. Tadi aku dapat 1 fail company. Untuk budak baru belajar macam aku buat syarikat yang biasa-biasa jer. Tadi pun aku dapat new incorp. company. Jadi senang sikit lah. Tak banyak sangat dokumen yang aku kena review.

Kebetulan company secretary untuk syarikat nie dekat jer. Jalan kaki pun boleh nak dapatkan maklumat-maklumat semua. Macam sorang lagi trainee kena pergi Bangi untuk buat stat audit. Aku pun bakal-bakal kena kuar jugak. Pergi ke company tu kot. Kalau tak silap area Petaling Jaya jer. Kena lah ade senior tak pun staff hantar aku nanti. hahaha

Apa-apa pun aku dapat merasakan hari ini permulaan yang sangat baik. Aku dapat faham apa tugas-tugas aku yang kena siapkan. Senior dan staff pun semua nye friendly dan tak lokek ilmu. Sentiasa membantu aku bila aku tak faham. Alhamdulillah, semoga aku dapat belajar dengan baik... hehehe!

Sunday, June 5, 2011

Tangan aku warna-warni

Google
Printer aku biasa-biasa je. Janji boleh print boleh scan. haha! Aku beli semasa PC Fair dekat UiTM Shah Alam. RM210 Canon siap external ink. Aku dah review aku rasa murah aku pun beli. Tadi aku saja2 nak tambah ink. Sebelum aku pinjam kakak aku punya printer. Ink dia yang kat dalam tu. Nak refill susah.

Ada lah balance ink yang aku tak habis refill dulu. Aku nak letak kat sini. Tiba2 ada yang terkeluar lah tertumpah lah. Kelam-kabut aku carik tisu nak lap. First time aku nak tambah ink. Aku pun tak tau nak masuk kan kat mana satu. hahaha.. Tak pandai nak bajet lagi. Tu yang tumpah2.. Cemerkap betol.

At the end, tangan aku nie berwarna-warni. Ada warna biru, merah dan kuning. Amacam, cantik tak?? haha.. Aku ingat boleh hilang kalau cuci. Tadi aku nak basuh gosok punya gosok tak hilang jugak. Jadi, kalau esok pagi tak hilang jugak. Bermakna aku akan pergi kerja esok dengan tangan warna-warni ink nih! hahahaha

Baru teringat nak tulis buku log.

Cuti dua hari. Tapi baru sekarang aku ingat. Nasib baik lah aku ingat. Sebab nak kena hantar esok. Kalau waktu belajar dulu homework apa pun aku tak heran sangat kalau tak siap. Tapi yang nie aku heran. Sebab tak nak kena perli ke kena mara ke. Jatuh imej UiTM Shah Alam karang. hehehe

Aku punya lah semangat nak tulis kat buku log aku. Kami semua dapat buku log 2 buah. Nipis je tak tebal. Kalau dulu cantik sikit. Siap hardcover lagi. Sekarang macam buku latihan yang 80 sen tu. hahaha! tak kisah lah janji nama nya buku log. Aku buka buku log aku tadi. Aku rasa sebelum nie aku ada bukak jugak. Tapi kenapa lah aku tak perasan..

Buku log aku salah cetak. Garisan buku tu 80% je ada. Yang bahagian bawah kosong je. Semua macam tu. Kedua-dua buah buku log yang aku dapat macam tu. Siott jer lah!! Aku bayangkan kalau aku tulis nanti mesti huduh. Tak kemas. Nanti rosak lah imej UiTM Shah Alam (sekali lagi). hahahha. Tak kan aku nak kena pergi fakulti tukar buku log lain.

Nanti orang pejabat mesti fikir aku mengada-ngada. Kalau tak dapat tukar macam mana? Kalau nak tukar pun bila nak pergi nya. Aku balik kerja 5.30 petang. Office UiTM pun dah tutup jugak. Masa lunch hour takut tak sempat pulak. Hadeh!! Kawan aku punya elok jer.. isk!

Start my internship.

 Dalam masa 3 hari nie, aku belum buat apa-apa kerja lagi pun. Just duduk kat meeting room belajar apa yang kami kena tau sebelum buat auditing. Yelah, kalau asas untuk accounting tak kuat macam mana nak buat audit betul tak? So, dari benda yang basic pasal accounting nie yang aku belajar masa sekolah menengah dulu semua kena ingat balik.

Rasa macam teruk pulak aku ni. Sebab benda yang simple pun tak leh nak terangkan. Selama ni kami fikir kami tau. Bila disuruh terangkan tak dapat jawab pulak. Nampak sangat knowledge aku rapuh. hahaha.. Kena kuatkan balik semua nya. Kena banyak baca. Terutamanya Companies Act 1965. Kena ada dalam kepala semuanya.

InsyaAllah hari isnin nie aku dan budak2 praktikal yang lain akan memulakan kerja. Tapi tengok keadaan sebab some of us akan follow senior staff dan ada yang akan dapat fail sendiri. Aku tak tau aku yang mana lagi. Aku pun dah ada assignment. Setiap orang ada. Iaitu baca novel english yang manager bagi lepas tu present balik buku tu punya sinopsis kat dia. Aku belum start baca lagi nie. haahaha