.

Followers

Monday, June 6, 2011

Mula bertugas hari ini.

Oleh kerana gerak hati aku suruh aku bawak lappy tadi, aku pun kena start buat audit hari nie. Tadi aku dapat 1 fail company. Untuk budak baru belajar macam aku buat syarikat yang biasa-biasa jer. Tadi pun aku dapat new incorp. company. Jadi senang sikit lah. Tak banyak sangat dokumen yang aku kena review.

Kebetulan company secretary untuk syarikat nie dekat jer. Jalan kaki pun boleh nak dapatkan maklumat-maklumat semua. Macam sorang lagi trainee kena pergi Bangi untuk buat stat audit. Aku pun bakal-bakal kena kuar jugak. Pergi ke company tu kot. Kalau tak silap area Petaling Jaya jer. Kena lah ade senior tak pun staff hantar aku nanti. hahaha

Apa-apa pun aku dapat merasakan hari ini permulaan yang sangat baik. Aku dapat faham apa tugas-tugas aku yang kena siapkan. Senior dan staff pun semua nye friendly dan tak lokek ilmu. Sentiasa membantu aku bila aku tak faham. Alhamdulillah, semoga aku dapat belajar dengan baik... hehehe!

No comments: