.

Followers

Friday, September 30, 2011

Selamat pagi jumaat.

Hari nie aku kat office tak buat apa pun. Sebab ada enam orang je kat office nie. Semua nya trainees. Semua staffs and bos pergi Terengganu ada family day. Jadi dieorang ambil cuti hari nie. Tinggal trainees jer. Suka hati lah kiteorang nak buat apa cuma tak boleh cuti. Still kena datang macam biasa. Oleh kerana aku pun macam tak sedap badan, aku lepak baring2 kat surau sambil layan lagu and music video. Aku adore suara Adele. Meh layan salah satu lagu dia.


Adele Set Fire To The Rain

I let it fall, my heart
And as it fell, you rose to claim it
It was dark and I was over
Until you kissed my lips and you saved me
My hands, they were strong, but my knees were far too weak
To stand in your arms without falling to your feet

But there's a side to you that I never knew, never knew
All the things you'd say, they were never true, never true
And the games you'd play, you would always win, always win

But I set fire to the rain
Watched it pour as I touched your face
Well, it burned while I cried
'Cause I heard it screaming out your name, your name

When laying with you I could stay there
Close my eyes, feel you here forever
You and me together, nothing is better

'Cause there's a side to you that I never knew, never knew
All the things you'd say, they were never true, never true
And the games you's play, you would always win, always win

But I set fire to the rain
Watched it pour as I touched your face
Well, it burned while I cried
'Cause I heard it screaming out your name, your name

I set fire to the rain
And I threw us into the flames
When we fell, something died
'Cause I knew that that was the last time, the last time

Sometimes I wake up by the door
That heart you caught must be waiting for you
Even now when we're already over
I can't help myself from looking for you

I set fire to the rain
Watched it pour as I touch your face
Well, it burned while I cried
'Cause I heard it screaming out your name, your name

I set fire to the rain
And I threw us into the flames
When we fell, something died
'Cause I knew that that was the last time, the last time, oh

Oh, no
Let it burn, oh
Let it burn
Let it burn

Thursday, September 29, 2011

Hari yang panas

Dari semalam hingga hari nie cuaca terik sangat. Bila nak balik kerja tu keadaan yang sangat memeritkan. Mana tak nye, rumah aku menghala ke barat. Memang ngam-ngam lah matahari nak terbenam. Cahaya nya terik betul. Dari Shah Alam sampai ke Meru aku sepetkan mata (yang sedia sepet) sebab tak tahan silau.

Sampai rumah ke mesti terus terbaring kat katil. Rasa penat giler rasa lesu sangat badan nya. Nak mandi badan bahang sangat. Rasa panas sesangat sampai every night aku kan selesema and mata aku berair jer. Lepas tu baring salah letak kepala dah rasa macam darah turun kat kepala.

Memang kena banyak minum air nie. Sebab takut badan terhidrat lepas tu pengsan or pitam pulak. Aku dengan sejarah pitam nie dah la banyak. Aku akan senang pitam bila badan aku panas tapi aku mengantuk dan menguap. Lepas tu badan jadi sejuk giler, muka pucat pandang semua hitam. hahaha.. Banyak kali dah jadi..

Pesan saya, jangan main hujan. hehe. Jaga kesihatan anda semua dan jangan lupa minum air kosong banyak-banyak. Baru lah sihat dan cerdas.. Wallawehhhh dah boleh jadi penceramah bebas. hahahaha

Wednesday, September 28, 2011

Wordless Wednesday #1



Empire Shopping Gallery

Hari nie Malaysia digemparkan dengan berita letupan di Empire Shopping Gallery di Subang berhampiran dengan Subang Parade. Ingatkan ada orang bom bangunan tu pasal nak mencuri. Rupanya pasal saluran gas yang meletup. Kesian jugak lah kan. Sebab atas Empire Shooping Gallery nie kan hotel or apartment (tak sure) mesti ramai orang duduk situ. Tengah sedap-sedap tidur mesti terkejut kan.




Mesti TUBE SLIDE kat dalam Empire tu kena ketatkan skru-skru dia balik. Nanti orang nak naik gelongsor tu pun takut. hehehe! Tapi takpelah nak tutup buat sementara sebab nya Empire nie dikunjungi oleh orang bekerjaya jer. Golongan remaja macam aku nie kurang pergi sini. heheheh

Tuesday, September 27, 2011

Mengisi masa lapang kat office


Semalam aku dah start baca novel baru. Aku tukar dengan Daniel (trainee) sebab aku dah habis baca buku yang aku dapat 'No Comeback'. Buku 'Cat O'Nine Tales' nie pun himpunan short stories jugak. Aku baru baca yang pertama. Tajuk nye macam lucu. The man who robbed his own post office.. Lagi sikit je nak habis 1 short story.

Hari nie aku bawak rubik pergi office. Pasal nya rubik nie kat bakul motor aku pasgi tadi. Tangan gatal mana ntah ambil kat bilik aku. Haishhhh! Dah lama tak main pulak. Siap belajar sikit-sikit dari Youtube. Itu pun tak berapa mahir. Aku ingat-ingat2 lupa jer. Aku main bedal je lah. Combine mana-mana step yang patut. hahaha Akhir nya SIAPPPPP!!! (budak tak terer).


Monday, September 26, 2011

Jari telunjuk aku sakit

Tadi aku lunch kat TESCO dengan kawan aku. Kami makan kat foodcourt jer..Aku macam biasa lah order sizzling mee. Sebab kan mee tu panas, aku nak lah carik air yang sejuk. Aku tak nak yang manis. So, pilihan aku air mineral jer. Aku beli kat King's bakery tu. Sebab kat kedai tu air mineral sebotol RM1.50.. Kalau aku beli kat foodcourt tu harga air mineral nya RM1.80. Tak sejuk pulak tu..


Aku pergi ambil air macam biasa. Kena ambil kat dalam peti ais macam atas ni kalau nak air mineral yang sejuk. Aku ambil lah sebotol dengan confident nye tutup pintu peti tu. Terlaju pulak. Jari aku yang sebelah kanan kat situ tercepit. Mula2 tercepit tu rasa kebas jugak. Aku pun dah cuak jer.. Menggeletar tangan aku. Aku genggam jari telunjuk kat tangan kiri tu dengan tangan kanan.

Menahan sakit giler-giler. Bila nak menaip nie pon rasa sakit. Nak menggaru lagi lah.. Hilang nikmat tau.. hahaha.. Esok baik lah kot. Skit jer nih.. hehe 


Tolong jaga kebersihan ye.

Aku bukan lah seorang pembersih sangat. Tapi aku memang ada masalah sikit dengan rambut yang ada kat lantai. Tak kisah lah kemana aku pergi, memang aku pantang sikit tengok rambut kat lantai nie. Kawan-kawan aku yang rapat pun memang dah faham dengan perangai aku nie. Aku bukan lah rasa geli tapi macam tak selesa nak duduk. Nanti aku akan kutip rambut tu sehelai-sehelai.

Bila kat surau pulak, perkara macam nie selalu terjadi. Aku pun tak lah cerewet sangat. Tempat awam kan so kena lah tolak-ansur sikit kan. Cuma jangan sampai aku nampak. Tu jer. Selalu nya perempuan yang selesai sembahyang ni, mereka akan pakai tudung balik kan. Mesti mereka sikat-sikat rambut kan. Lepas tu ada rambut yang gugur tersangkut kat sikat, ambil buang kat lantai jer.

Aku yang pandang nie pun memang panas hati. Tapi aku tak lah tunjuk kan. Sebab kadang-kadang perlakuan tu di luar kesedaran. Macam tak sengaja. Tak sengaja sebab terlalu biasa. Macam sudah menjadi rutin. Aku tak suka betul kalau macam nie. Nak nak lagi lantai surau tu berkarpet. Melekat tau tak susah nak buang.

Aku memang cerewet bab nie. Sebab rambut tu nanti akan melekat kat telekung aku. Habiskan masa aku masa lipat telekung tu buang rambut-rambut yang melekat. Tiap2 kali macam tu. Aku pun simpan rambut aku dalam poket suar kadang-kadang, dalam beg ke. Melainkan kalau atas tanah. Memang aku buang je lah. Nie tempat yang tertutup. Berlantai.

Tolong ye, jangan lah buat macam tu.
Tak suke ek tengok surau yang tempat kita sembahyang tu bersih je..???

Sunday, September 25, 2011

Kehadirannya ditunggu


Dengan rasmi nya aku nak cakap duit biasiswa JPA dah masuk pagi Sabtu semalam. hahaha.. Kegembiraan jelas terpancar untuk penerima-penerima biasiswa JPA. Kami yang semester 7 sekarang nie start praktikal bulan June habis bulan November. Sekarang baru masuk. Alhamduliilah jugak lah sebab bukan bulan October. Merasa jugak JPA bila praktikal nie.

Dapat je duit pertama sekali yang aku selesai kan ialah hutang motor kapcai aku. Yelah, aku takde lah kaya beli motor pun 'hire purchase' jer. Tapi aku settle kan semua, lepas nie dah boleh ambil geran dah. Lega sangat rasa nya. Takda beban yang besar dah. Aminnn... Terima kasih...

Jamuan raya dan perpisahan

Baru nak cerita.. hehe.. Sorry busy sikit. Hari jumaat lepas, ada buat Jamuan Raya dan Perpisahan kat office aku. Perpisahan tu untuk Ilman. Salah sorang staff kat situ. Dia sebaya aku rupanya. Dah nak berhenti baru tau.. Sebab dia besar, so tak tau pulak dia sebaya aku. haha.. Tapi dia dah habis degree. Sebab budak PTS dan amek degree accounting fast track. ^_^

Teha dan Miza (trainees), Kak Salwa (staff)
jemputan dari H.I Company Secretary
seronok je makan. aku takde tempat :(
Arif & Elmi (trainees), Halim (belakang) tu staff senior aku
Apa kena lah si arif nie. kah kah kah
Ni lah Ilman (tengah) yang bakal masuk PROTON
Semua trainees perempuan yang ada. 3 je pon.. hehe
Set hidangan pertama untuk aku. hehe
Set hidangan kedua untuk aku. HAHAHA

Aku rasa hari tu aku makan je. Seharian aku makan. Pagi tu aku bawak bekal pulak dari rumah. Asyik makan jer.. Makan dengan senang hati. Sebab nak dapat makan2 macam nie bila lagi kan. hahaha.. Terima kasih untuk company sebab bayarkan duit makan. :D

Friday, September 23, 2011

Entry lunch.




Kejap lagi nak buat entry pasal Jamuan raya dan perpisahan.
Tengah edit gambar sekejap. Penat makan.. hahahaaha...
The end.



Senyum sikit dah..

Ingat lagi tak entry aku pasal battery lappy aku tu.Ya, aku dah boleh senyum sikit dah. Sebab lappy aku menunjukkan tanda-tanda positif. Sekarang battery lappy aku dah boleh charging.. Agak senang lah. Kadang2 jer die tak detect. Icon pon dah okey..

Tapi kadang2 tu bila aku pakai battery, remaining still 100% even aku dah pakai lama. So, tak reti nak budget2 kan. Tiba-tiba je lappy aku mati sebab battery exhausted. hahaha! Mana tak rosak macam tuh. Salah aku ke salah battery tuh.

So far, okey lah. Takda rasa nak tukar lappy pon. Aku sayang apa yang aku ada sekarang nie. Ehemmm! aku dah hantar HP dv2 aku pergi kedai. Nak tukar graphic card. Nanti tengok boleh betul ke tak. Harap-harap boleh nya hendakNya.. Aminnn..

Thursday, September 22, 2011

Saya sedih

Hari ni balik kerja lambat. Sebab dengan staff yang lain kan, so kena follow je lah. Tak boleh nak balik awal-awal. Hari nie memang aku dah siap bawak helmet turun. Nanti boleh terus balik. Dari office client kat Kelana Jaya tu dalam pukul 5.30 petang sampai Shah Alam je pukul 6. Sampai tempat parking motor je aku nak bukak solex. Carik kunci motor dalam beg takda. Tengok poket beg takda. Aduhai....

Nasib baik staff lelaki nie (kat parking motor) cakap macam nampak kunci motor aku kat office. Aduh!! Aku salah letak ker? aku rasa aku dah letak dalam beg dah. Mesti kelam kabut pagi tadi sampai kunci tertinggal kat atas meja kopi (datang lambat). Dah nya, aku kena naik office balik ambil kunci. Nasib baik ada staff dan trainees yang tak balik lagi..

Sampai tempat dituju, aku tengok tempat tu bukak lagi. hehe.. Hati senang. Aku menuju kedai seterusnya beli barang sikit. Pulak tu, customer depan aku tu selow. Dengan cashier tu sekali selowww...! Aku naik balik nak pergi tempat tu. Sekali dah TUTUP.. siap bergoyang lagi tag TUTUP tu... baru tukar... :(

Terduduk (nasib baik ada kerusi) aku tengok kedai tu dah tutup. Arghhhhh! terbantut segala perancangan aku. Gara-gara customer tadi tu lah. Lambat..! (paling suka salahkan orang). Erm.. Takda rezeki aku nampak nya. Aku yang sampai lambat sampai tempat tu pun dah tutup. Sedih giler...sedih sampai nak beli buttercup pun lupa terus balik rumah.

Tuesday, September 20, 2011

Kalau boleh tak nak miss lah.

hehe.. Ini lah kalau boleh tak nak miss. Sebab cerita nie malam kan. Bukan waktu bekerja. Setiap Selasa. Kejap lagi nak mula dah. Episod due. hehee..! Pengaruh botak lah nie besar sangat. Untung lah dapat jadi hero Fasha Sandha. hahaha.. Style lah botak dalam citer nie. Ganas!!

Tapi kan, nama dia bukan botak pon. Nama sebenar Johan Ariff. Melekat dah nama botak. Sebab cerita Juvana lah nie. Hahaha... dah2, merepek pulak. Nanti malam kalau senang entry lain pulak..  Bye.. hehehe

Friday, September 16, 2011

Selamat Hari Malaysia

Selamat pagi (sempat lagi nih) semua dan salam 1 Malaysia. Hari nie hari Malaysia 16 September 2011. Public holiday, yeayyyy!!!!! hahaha. Tapi tak semua nya dapat cuti. Ada jer di kalangan rakan-rakan kita kerja jugak hari nie. Kawan aku kat Johor ada cakap dia cuti hari nie tapi esok kerja. hehe.. Beruntung jugak lah aku kan cuti 3 hari.. hehehee

Walaupun hari nie cuti, aku tak tau nak buat apa. Takda aktiviti. Kawan aku ada buat open house kat Johan Setia dan Subang. Tapi aku takda transport lah nak pergi. Ada lah sebab nya. Kalau ada aku selamber jer. Aku kan single rider.!!! keh keh kehhhh...Apa-apa pun aku nak cakap aku bangga menjadi rakyat Malaysia. I'm proud to be Malaysian. Cinta tanah air sendiri.. ^_^

Wednesday, September 14, 2011

I want this..!!!

MAGNUM CLASSIC
Sejak ada iklan kat television pasal ice cream nie, aku teringin benar. Tengok dia gigit ice cream tu kan, macam sedap jer.. Siap bunyik KTUKKKK!!! Alahai, sedap nya lah.. Mesti nyilu kan nak gigit ice cream tu sejuk-sejuk. Mak aihhhh! nak kena beli jugak nie... huhu





Sakit kepala bila naik kereta

Aku kalau naik kereta yang pasang aircond siap dengan perfume lagi.. Selalunya aku akan mabuk. Yaaa..! MABUK KENDERAAN. Kepala aku pening macam nak pecah, perut kembung macam nak muntah-muntah. Bukan aku mengada, tapi memang macam tu. Kalau pewangi yang bau tak kuat, lembut jer aku boleh terima lah. Agak-agak bau yang kurang menyenangkan hidung aku, start lahhh..sakit kepala pun datang..

Google
Cerita sebenarnya aku tak nak lah cerita. Nanti memalukan orang tu pulak. Padahal ni masalah diri aku sendiri. Dah memang macam tu. hahaha! Lagi satu bila dalam kenderaan yang bergerak, aku memang tak boleh nak message (SMS). Sebab bila nak baca SMS tu, aku akan pening kepala jugak. Situasi nya sama macam tadi. So, jangan lah touching kepada sesiapa yang aku tak reply ke kan.



p/s: kadang-kadang aku tak reply sebab aku rasa tak perlu. TQ

Monday, September 12, 2011

Raya kat Dataran???

Why looks I shortest??
Diaorang nak datang rumah. Aku pulak dari rumah kawan aku bertunang and nak pergi open house. Mula2 memang nak tunggu lah, sekali tak jadi. Last minutes call cakap nak datang pulak. Aku mintak maaf sangat nye tak dapat jemput korang datang rumah. Aku jemput korang ke Dataran Shah Alam jer.

Itu pun jumpa kejap jer. Diaorang busy sangat. Lepas jumpa aku pun rushing nak pergi karoke. Budak2 nie memang lah, dah gian nak melalak. Apa-apa pun terima kasih sekali lagi dapat jumpa korang. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin...!!


Ilusi optik: aku nampak kurus (kawan aku cakap tau)

Engagement one of my BFF

Semalam aku pergi ke rumah Syawani, salah seorang geng outsiders(tak duduk asrama) masa di Sekolah Teknik Klang dulu. Kami panggil dia kambing (mude setahun dari geng2 kami). Asal usul nama diberi aku lah yang bagi. hahaha.! Sebab nya kalau kat sekolah dulu, makan nasi mesti ambil sayur jer. Lebih dari nasi pulak tu. Selamba jer dia makan sayur tu depan aku.

Aku kan tak suka sayur. Aku tengok dia sedap jer kunyah, aku panggil dia kambing. Nama tu pun melekat sampai sekarang di kalangan kitaorang. Dulu kalau aku makan, dia yang tolong habiskan sayur kat pinggan aku. hahahaa!!! Nasib baik tak gelar tong sampah kan..

Dia dah habis belajar. Ambil finance dekat UM. Aku jer tak habis lagi. isk!!! Oleh kerana aku sampai lewat sikit, tak sempat lah nak ambil gambar banyak2. hahaha! Sikit jer boleh lahh...

Nampak gelap sikit...but still cantik..

Aku marah die sebab asyik senget jer.. kan??

Tahniah Nur Syawani...!!!

Kau nampak matured lah.. :)
Kita nampak swetttt!!!!!!

Peace!!! Thanks yang amik pic nie...


p/s: dia dah tukar baju t-shirt, aku suruh dia tukar baju balik.. hahaha...

Sunday, September 11, 2011

Selamat pagi 11 September


Hai semua, Assalamualaikum dan selamat pagi... Pagi nie baru lepas hujan. Tempat korang hujan tak? Sunyi dan sejuk je rasa. Sampai tak nak bangun dari katil. haha.. Hari nie merupakan 11 September. Walaupun peristiwa 11 September dah berlalu 10 tahun lepas, tapi masih segar je di ingatan penduduk dunia. Bagi orang Islam, peristiwa ini lah permulaan titik tolak orang Islam dipandang serong.

Apa-apa pun kekal kan lah kedamaian yang ada di Malaysia ini. Jangan lah buat hura-hara kerana secara tak langsung imej negara kita akan terjejas. Gunakan medium dan alternatif yang baik. Setiap orang ada kelemahan dan memang kita perlu menegur. Okey semua, short entry pagi nie... Sejuk lagi entry nie...hehehe...



p/s: terpikir nak pakai line telefon pulak.

Friday, September 9, 2011

Belanja makan minggu ni

              Isnin              On The Run                   RM   2.80
                                   Restoran Kak Su            RM   1.20
              Selasa                     -                           RM   0.00
              Rabu             KFC                               RM 10.00
              Khamis                   -                           RM   0.00
              Jumaat          Restoran Kak Su           RM   4.80
                                                                         RM 18.80


Kalau sebulan dah RM80... tu belum duit minyak lagi kan. Huishhhh.. cepat lah. Penantian satu penyeksaan tau.. Tak suka lah tunggu lama-lama nie. Takpe lah, mengajar aku erti sabar (baru merungut tadi) hahahaha... Aku dah pandai dah pergi kerja bawak bekal. Tapi jangan lah tanya bekal ape ek. hahaha. Bagi aku tu bekal aku. hahaha! Tak kesah lahhh.



p/s: kenyang dapat makan mee goreng basah. huhu

Thursday, September 8, 2011

Tarikh pengkreditan JPA


Kalau merujuk laman web JPA nie, tarikh kredit elaun sara diri untuk aku punya 18 August 2011. Tapi mana ade...! aku dah check tau..Tipu jer. So, siapa yang salah bagi isu ini. Isk... Bayangkan kalau dapat biasiswa tu bulan October, kitaorang habis praktikal bulan November. Macam takda guna pulak.

Nanti kitaorang buat enjoy duit tu macam mana? Sepatutnya biasiswa nie dapat sekarang. Waktu-waktu diperlukan... TIPUUU je tau tarikh tu..Kena tunggu je lah. Erm.. Sesiapa yang dapat PTPTN tu best lah. Dapat minggu nie kan????



Wednesday, September 7, 2011

My eye twitching

Mesti korang pernah mengalami masalah yang sama macam aku. Pernah rasa tak kelopak mata tak pun bawah mata korang bergerak-gerak...??? Ia dipanggil eyelid twitch (kawan bagitau). Ia datang dan pergi sehinggakan korang pun tak perasan bila mata tu dah berhenti bergerak-gerak. Sebenarnya, korang je rasa sendiri. Orang kat sebelah pun tak boleh nampak mata tu bergerak-gerak.

Ia berlaku disebabkan pengecutan otot yang beralun dalam kelopak mata. Selalunya ia disebabkan oleh tekanan, keletihan, ketidakseimbangan makanan atau pun kurang tidur. Selalunya tak serius pon. Tapi jika berkaitan dengan saraf, yang tu kena rujuk doktor tau.

Sekarang nie aku kena cukupkan masa tidur aku. Jangan ambil sebarang kafein dan tenangkan fikiran. Dan aku tak boleh terlalu fokus kan mata aku ke lappy bila buat kerja. Tadi dah berhenti, tiba-tiba datang balik (mata aku bergerak-gerak sekarang nih!!! ).





Berlegar di ruang kecemasan HBTAR

Malam tadi mama dibawa ambulans ke Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah. Asal nya kakak aku hantar pergi Klinik Kerajaan Meru. Mama pucat dan muntah-muntah. Dekat klinik kena masuk air. Pembantu perubatan tu cakap dalam satu jam setengah lagi amik mama. Tau2 dapat call mama di bawa ke hospital.

Lepas tu aku dan kakak aku menyusul lah ke sana. Kitaorang dah siap packing kan baju mama takut-takut kena tahan kat wad. Aku dengan anak buah aku duduk kat ruang legar luar bilik kecemasan. Kat sana macam-macam orang aku jumpa. Sakit macam-macam sampai yang eksiden. Ada jugak lah dua orang dari Meru yang eksiden.

Lepas check semua, kira-kira pukul sebelas lebih mama boleh balik. Tak serius sangat. Masuk air jer. Lepas tu amik ubat. Tak payah bayar pun. hehe... Dalam kereta aku sempat makan burger on the way balik ke rumah tu. Lapar pulak lepas seharian tak makan. (usha bilik mayat sementara tapi tak jumpa)

                  



Tuesday, September 6, 2011

Aku tak mention nama pun

Apa yang aku tulis, apa yang aku cerita kat sini memang terus dari hati. Aku tak pertimbangkan sangat bila aku menulis. Kadang-kadang entry aku macam tulis membabi buta. Tapi itulah aku. Aku tak pandai nak luahkan. Aku taip jer apa yang aku fikirkan.

Kepada sesiapa yang terasa, aku mintak maaf sangat atas keterlanjuran atau kelancangan kata-kata aku. Tapi aku tak pernah mention nama sesiapa pun. Yelah, kadang-kadang aku tuju kan kat orang lain nanti orang lain pulak terasa. So, aku tak nak lah ada orang datang serang aku tiba-tiba. Sebab aku tak pernah mention nama sesiapa dalam entry aku.

Maaf~





p/s: kerana mulut, badan binasa.
      alah bisa, tegal biasa.

Aku keliru pasal puasa enam

Ilmu aku tak tinggi mana. Tapi aku selalu tanya balik kat kawan-kawan aku pasal benda yang aku patut tau. Yelah, kadang-kadang bagi kita benda tu simple jer, rupanya bila di tanya kita tak tau. Aku banyak kali mengalami macam tu. Aku ingat aku tau, rupanya tak. Aku rasa malu jer. Benda macam tu pun aku tak tau.

Aku ada kemusykilan tentang puasa enam. Ada orang cakap puasa enam tu puasa enam hari. Ada yang cakap puasa hari ke enam. Kena buat berturut2 ker? Bila ada percanggahan pendapat, apa yang aku pegang pun goyah. Sebab ilmu tak kuat. So aku serach pasal puasa enam nie.

Sumber: http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2000/ic2_2000.htm

Puasa enam ialah puasa yang dikerjakan dengan berturut-turut atau berselang-selang sebanyak enam hari pada bulan Syawal selepas Hari Raya Fitrah.Puasa enam itu sunat dikerjakan oleh orang yang telah mengerjakan puasa Ramadan sebulan penuh dan juga sunat dikerjakan oleh orang yang tidak berpuasa Ramadan sebulan penuh disebabkan keuzuran yang diharuskan oleh syarak seperti haid dan nifas, musafir atau orang sakit. Manakala bagi orang yang meninggalkan puasa Ramadan dengan sengaja adalah haram melakukan puasa enam kecuali setelah selesai mengqada puasanya. Namun ganjaran pahala puasa enam bagi orang yang tidak berpuasa penuh bulan Ramadan tidak sama dengan ganjaran pahala bagi orang yang mengerjakan puasa enam selepas mengerjakan puasa Ramadan sebulan penuh.

Sunat puasa enam ini berdasarkan sabda Baginda yang maksudnya :
"Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun." (Hadis riwayat Muslim).

Bagi orang yang hendak melakukan qada puasa Ramadan (meninggalkannya kerana keuzuran yang dibolehkan oleh syarak), ia boleh dilakukan sekaligus dengan puasa enam dalam bulan Syawal. Caranya ialah orang tersebut hendaklah berniat bagi kedua-duanya iaitu puasa qada dan puasa sunat tersebut dengan tujuan bagi mendapatkan ganjaran kedua-dua sekali (iaitu ganjaran puasa qada dan ganjaran puasa sunat).

Mengerjakan puasa sunat sebanyak enam hari dalam bulan Syawal setelah berpuasa Ramadan sebulan penuh diibaratkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai berpuasa sepanjang tahun kerana sebulan puasa Ramadan itu menyamai puasa sepuluh bulan dan puasa enam pula menyamai dengan 60 hari atau dua bulan. Jika dicampurkan sepuluh bulan dengan dua bulan, maka genaplah ia setahun, itulah yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun. Perkara ini dijelaskan lagi dalam sebuah hadis, sabda Baginda yang maksudnya :

"Berpuasa sebulan (disamakan) dengan sepuluh bulan puasa, dan berpuasa enam hari selepasnya (disamakan) dengan dua bulan puasa, maka kedua-duanya itu (jika dicampurkan) genap setahun." (Hadis riwayat Al-Darimi).

Berdasarkan hadis di atas juga, sebahagian ulama menjelaskan bahawa puasa enam hari dalam bulan Syawal diberikan ganjaran yang sama dengan ganjaran puasa di bulan Ramadan, kerana setiap kebajikan itu dibalas atau diberikan dengan sepuluh kali ganda. Sebagaimana juga mereka mengatakan : "Membaca Surah Al-Ikhlas itu sama dengan membaca sepertiga Al-Quran.

Ibnu Hajar Al-Haitami dalam fatwanya menjelaskan, mengenai orang yang berniat puasa sunat bersama puasa wajib seperti di atas dengan katanya maksudnya :

"Jika diniatkan keduanya (puasa sunat dan pusat wajib) dia mendapat ganjaran bagi kedua-duanya atau diniatkan salah satu maka gugur tuntutan yang satu lagi dan tidak mendapat ganjarannya." (Al-Fatwa Al-Kubra : 2/75).

Walaupun menyatukan puasa qada dengan puasa enam itu diharuskan dan mendapat ganjaran pahala kedua-duanya, namun ganjaran tersebut tidaklah menyamai ganjaran pahala seperti yang disebut dalam hadis di atas. Walau bagaimanapun sikap menyegarakan qada puasa itu sikap yang terpuji dan dituntut oleh syarak kerana ganjaran dan pahala ibadat puasa itu hanya Allah Subhanahu Wataala sahaja yang menilai dan menentukan berapa banyak balasan yang perlu diberikan kepada mereka yang berpuasa.

Bad monday for me

 Tadi aku dah mula start kerja balik. Cuti Hari Raya Puasa dah habis. Macam biasa bangun pagi mandi gosok baju. Hari nie aku pakai baju baru. Asal nya aku beli baju nie memang untuk baju 'basahan' buat pergi kerja. Aku beli sekali dengan baju-baju raya aku. Jadi nya baju 'basahan' nie dah jadi baju raya sekali.

Konon cute lah pakai baju kurung oren (baju malam raya pertama).. hahahaha. Sampai office aku dah lemau jer. Sakit kepala dengan tiba-tiba. Lepas tu badan jadi panas. Nak cakap demam aku sihat jer sebelum tu. Jantung aku berdegup laju jer. Macam orang cemas. Aku jadi tak tenang. Berlarutan hingga ke malam sekarang.

Aku rasa macam nak nangis jer sepanjang masa. Even mata aku dah naik bengkak dah sekarang. Air mata aku terlalu murah. Mudah sangat nak mengalir. Lagi2 bila aku cuba meluahkan kepada seseorang atau pun di kala aku memendam perasaan. Memang air mata aku senang mengalir. Muka aku boleh menipu. Tapi mata aku tak boleh.

Hari aku berlalu dengan tiada ketenangan yang panjang buat aku......
Tapi aku tetap bersyukur atasNya..

Monday, September 5, 2011

Siapa kah????

Bila aku bukak blog aku. Selalu nya aku kan tengok Live Traffic  Feed. Sebab aku boleh tengok sesiapa yang view aku. Dari mana dan apa yang dieorang tengok. Aku tak kisah. Sapa2 pun boleh view blog aku. Satu2 nye tempat yang orang boleh stalk aku kat sini lah.

Kalau korang nak tengok picture aku dekat2 ke. Nak zoom in zoom out picture aku sampai nampak jerawat aku pon tak kesah. hahaha. Aku takde nak block sesiapa pun. Apa2 yang aku cakap kalau buat korang terasa aku minta maaf. Aku pun tak sempurna.




p/s: aku suka orang stalk aku. macam aku nie penting. hahaha :P

Untuk Fiera Zafiera

curik dari Facebook

Aku kenal dia dah lama. Sejak aku tingkatan satu lagi.
Walaupun kita tak sebaya, tapi aku bangga dapat kenal dengan
orang yang comel macam kau...

Hari nie 5 September 2011
Aku nak mengucapkan selamat hari lahir kepada kamu.
Semoga kamu berjaya dalam hidup dan sentiasa mengukir senyuman
untuk orang yang menyayangi diri mu...


HAPPY BIRTHDAY!!!!!!!!!

Sunday, September 4, 2011

Conan the Barbarian


Tadi keluar tanpa tujuan. Tak tau nak pergi mana pun. Cuma rasa nak berjalan jer. Last2 pergi Pavilion sebab nak try tengok wayang kat sana. Aku bukan orang KL yang selalu pergi sana okey. Pada mulanya nak tengok cerita Colombiana sebab one of my friend told that movie was awesome.

Tapi nak buat macam mana kan full. The Smurfs pun full jugak. Last2 tengok cerita Conan nie. Ingat tak dulu kat TV3 ada cerita Conan. Hahhhh, ceritanya lebih kurang sama lah. Cuma dalam movie nie action tak banyak sangat. Bila Conan nak menuntut bela atas kematian ayahnya macam kejap jer. Hero kann.. mesti lah menang.

Tapi cerita nie boleh dikategorikan sebagai okey. Tak lah sampai wajib tonton bagi aku. hehe...! nak tengok Bini-Bini ku gangster pulak lah. " lu langsi, wa kawen lagi" hahaha..

Raya kedua sekejap jer..

Raya kedua aku beraya sekejap jer. Sebab nya kakak aku nak balik kampung. Nak beraya rumah yang lain, kakak aku suruh tunggu.Jadi kena lah tunggu kakak aku balik Meru balik baru sambung raya. hahaha!





Melawat pakcik aku yang sakit. Mula nya pakcik aku nie 'semangat' orang nya. Bila dah sakit terus kurus macam nie. First time kiteorang tengok memang terkejut lah... Kesian sangat dengan nasib pakcik aku nie. Semoga kesihatan nya bertambah baik.. Aminnn...




Nak jugak entry RAYA

Aku belum post apa2 entry pon pasal raya. Sebab sebelum nie blog aku under construction (ayat poyo). Jadi nak update entry baru pon macam malas jer. Cuma blogwalking. Tau2 dah dekat seminggu kita beraye. Aku baru nak update. Macam dah basi je pulak kan. Takpe kannn..







Raya pertama aku pergi rumah jiran aku 2 buah rumah...Rumah pak cik dekat belakang rumah jer lepas tu tengok nenek. Tu je lah yang sempat. After that, duduk rumah jer. Sebab ramai tetamu yang datang..Malam pulak pergi rumah kakak kat bukit kapar. Tu jer... Satu hari tu aku pakai baju kurung oren. Dengan alasan tak nak gosok tudung lain. hahaha!


Aku rasa lapang

Dengan maklum nya hari nie hati aku rasa lapang dan sangat tenang walaupun pada mulanya aku mengalir kan airmata. Bukan airmata kesedihan, sebab terkejut. Takpa lah. Aku pikir positif dan aku tak ambil pusing sangat dah. Janji urusan aku sudah selesai semuanya. Yang lain biar aku tanggung antara aku dan Nya.

Aku takda beban dah dalam hidup nie. Aku rasa bebas. Tapi tak lah bebas sangat. Sebab aku kena jaga tingkah laku aku jugak. Sebab aku nie takde lah baik sangat kan. Tak lah aku nie bertudung setiap masa. on off jugak. Maaf ye kalau ada sesiapa yang terasa. Mak sape2 yang tak suka dengan perangai aku ke, mintak maaf zahir batin.




AKU RASA TENANG...Aminnnnn..

Block

Aku tak kesah kalau kau nak block aku pun. Sebab aku takde pape dah dengan kau. Kalau kau nak suruh satu family kau block aku pun aku tak kesah. Itu hak kau. Aku tak nak kacau. Betul lah cakap orang, bila tengah berkapel, semua kawan semua orang yang berkaitan mesti nak friend jugak kat FB. Bila dah takde pape, aktiviti block and remove or unfriend pon berlaku.

Perlu ke nak macam tu? owh. Aku lupa. Tu hak kau. Lepas nie sesape yang berkaitan tu dah boleh unfollow pulak aku kat blog nie. Sebab kita dah takde kaitan. Aku gurau je pun. Itu hak korang. Aku tak kesah. Selamat Hari Raya..



p/s: nie blog aku. suka aku nak luah kan apa. tak payah cerita belakang.