.

Followers

Saturday, November 26, 2011

I need to finish all of these



Semalam baru dapat dokumen baru. Bertimbun lagi kerja yang aku kena settle kan. Minggu  depan semua nie kena siap dah, sebelum bergerak ke branch. Yang nie semua nya payment voucher. Jadi aku kena belek satu-satu dan pastikan semua nya ikut prosedur yang telah ditetapkan.

Kalau ada slack, even sikit je pun aku kena ambil peduli. hehe.. Tu tanda nya aku kena bukak mata aku besar-besar. Bilik tempat aku buat kerja nie sejuk tahap gaban. Aku pakai sweater dua helai. Sebab sejuk sangat. Dan sekarang nie badan aku sakit-sakit dan mula rasa selesema. Kesian kan..


Friday, November 25, 2011

Event 100% GEMPAK STARZ


Kepada kipas susah mati Gempak, mesti korang dah tak sabar-sabar kan nak tunggu event esok. Haa, esok aku pun pergi jugak. First time nak pergi. Selalu pergi pun kat booth-booth kecik je dalam sesetengah event. Yang nie memang betul-betul event Gempak yang aku nak pergi. Sebab aku teman kawan aku. hahaaa. Okey, untuk yang nak pergi tu jangan lupa kerat coupon kat komik korang untuk redeem barang yang ditawarkan. Okey...? Have a nice day tomorrow...!!!










SAGA FLX SE 1.6 launch hari ini



Aku dapat tau hari nie Proton launch kereta baru dieorang. Proton Saga FLX SE 1.6 dan harga yang dijangkan kan adalah di bawah RM50,000. Aku pun tak dapat maklumat yang sebenar nya lagi. Apa-apa pun aku tengok sekarang Proton memang fokus dalam pengeluaran jaringan Proton Saga nie. Ada je yang baru kan. Mungkin sebab Proton Saga adalah kereta mampu milik dan mereka mensasarkan untuk golongan yang berpendapatan sederhana.

Kalau kita tengok sekarang, rata-rata kereta yang bergerak di atas jalan raya kebanyakan nya kereta baru. Betul tak? Ke aku je yang perasan. Hahaaa. Aku sebenarnya lesen kereta pun takda lagi. Belum ada rezeki nak buat. haha.. InsyaAllah, bulan depan. Aminnn...

Tak sempat nak update

Sekarang aku busy sikit. Aku join group untuk audit satu badan kerajaan. Memang tiap-tiap hari aku kena ulang alik dari Shah Alam ke Kuala Lumpur. Hal ini mungkin akan berlanjutan sehingga bulan Disember nanti. Dah lah kat sana tak leh online. Nie pun aku baru subscribe weekly broadband kat Celcom nie. Hahaaa...

Yang paling tak best sekarang, tiap-tiap hari akan menghadap kesesakan lalu lintas untuk balik ke Shah Alam. Lepas tu aku sampai rumah matahari dah terbenam dah. Nak tengok cerita kat tv3 tu pun aku dah malas. Sebab penat.. Hahaaa

InsyaAllah lepas nie aku akan update blog balik. Aku pun baru install application untuk blog dalam handphone aku nie.. Hehe.. Boleh lah aku buat short entry ke kan sementara aku tengah buat kerja tu. Assalamualaikum...

Monday, November 14, 2011

GEMPAK STARZ EVENT


100 pieces limited edition 100% GEMPAK STARZ™ are up for grabs each day! How to redeem? Just print out this article and bring it to the “Coupon Redemption” counter at 100% GEMPAK STARZ Event (Concourse area, Sungei Wang Plaza on 26 – 27 Nov) and redeem the recycle bag! Remember, it’s limited to first 100 who redeem per day



Mari lah kite join event nie. hahaha.. Aku pun dah deal dengan Nur Liyana nak temankan dia pergi sini. Dia dah siap prepare list buku yang dia nak beli lagi. huhu.. Cadang nak jumpa jer, alang-alang boleh pergi sekali kan. Dapat rembat komik 1 or 2 pun okey ape. hehehe.. lagi best dapat beg tu.. Tapi ingat kena bawak kupon tau... (kat atas tu)



Wednesday, November 9, 2011

Tak boleh curik!

Eid 2009 hehe..
Semalam motor aku nak kena curi. Lepas habis waktu kerja, aku turun bawah (office tingkat 3) macam biasa. Kebetulan aku memang tak balik awal. Nak balik cepat sebab nak pergi deposit kan duit. Bila aku dekat tempat parking motor aku tengok motor aku dah senget. Lain macam je aku nengok. Nak kata orang alihkan sebab nak lalu, tak mungkin. Sebab aku parking depan sekali.

Lepas tu aku dekat dengan motor aku. Kebetulan memang tengah nak kejutkan tersayang. Aku tengok motor aku dah HIDUP ENJIN NYA. Aku rasa pelik. Yelah, kunci aku tengah pegang tapi motor dah hidup. Aku tak sedap hati. Aku tengok solex kat disc break aku dah barai. Terburai segala isi solex depan motor aku. Aku kutip solex tu. Aku letak kat bakul motor. Lepas tu aku letak helmet kat bawah, aku duduk atas motor.

Cerita kat tersayang. Memang on the spot aku cerita. Tak terkata. Ketawa ada cuak pun ada. Tapi aku tak lah gabra sangat. Aku duduk jer. Dah lah nak isi minyak. Kunci tak leh masuk. Memang tak leh matikan motor. Mane lah aku tau kalau enjin hidup boleh isi minyak. Bukan apa, aku takut meletup sebenarnya. Hehehe... Aku duduk je kat atas motor. Aku tunggu kawan aku.

Lepas dia datang, aku suruh dia temankan aku sampai stesen minyak. Sebab nak tolong tengok kan sementara aku bayar kat kaunter. Nasib baik sehala dengan dia. Aku bersyukur sangat motor aku ada lagi. Aku baru habis bayar kot. Kalau hilang memang tak menangis aku. Motor tu lah aku buat pergi UiTM ulang-alik. Pergi kerja (praktikal) hari-hari. Memang patah kaki kalau hilang.


Jangan lah aniaya aku macam ni. Kepada orang tersebut, tolong lah insaf.
Peristiwa berlaku di Section 13, Shah Alam.

Wordless Wednesday #4




Tuesday, November 8, 2011

Admire so much

Hari Sabtu aku jalan-jalan dengan tersayang. Kami tengok cerita Tower Heist. Okey jugak lah cerita tu. Selepas tengok wayang saja jer aku ajak dia jalan-jalan pusing One Utama tu. Sebab nya awal lagi nak balik. Sekali aku masuk butik Warehouse. Dari luar lagi aku dah berkenan satu baju tu.

Aku masuk dalam. Belek terus dress tu. Tersayang cakap cantik. Pakai dengan ledging. Warna nya pun cantik. Aku lagi lah speechless. Tak tau nak cakap apa. Dapat pegang pun aku teruja dah. U know what, it is so lovely pretty lace dress!!! Aku suka lace..! Sangat cantik. Giler aku pegang dress tu.

Sekali tengok harga. Mak aihhh... Hampir dengan elaun aku kat wan nadzir tu. Giler lah. Mahal nye!!! Belum mampu lagi untuk aku nak beli baju semahal tu. Padahal kasut Timberland aku lagi mahal kot. Tapi tu lain, kasut memang lah mahal kan. Dress nie macam kena pikir banyak kali nak beli. Keluar butik tu aku tengok patung tu pon pakai dress tu. Display kat cermin tu tau...


Lebih kurang macam nie lah. Tapi yang tu lagi cantik.
Sebab lining dia pun turquoise jugak. Memang cantik..!!!


Yang aku nampak tu di Warehouse One Utama Shopping Complex.
RM339.00 macam terlalu mahal untuk student macam aku. Tapi.... isk





Sunday, November 6, 2011

Red velvet percubaan aku yang pertama

Ramai orang cakap pasal red velvet cake kan. Aku pun nak buat jugak lah. Semalam aku buat. Satu adunan punya tapi aku buat jadi dua. Dapat lah dua kek. Tak tebal lah tapi nya. Betul, ini percubaan pertama aku. Agak terkial jugak lah baca resepi. Selalu aku buat kek coklat jer. Campak-campak siap...




Aku takda pisau yang panjang tu nak belah kek nie. Kalau guna pisau biasa yang potong bawang tu nanti tak rata pulak aku potong. Last-last aku tak potong. Aku letak cheese cream frosting sebagai topping nya. Manis giler! Aku tak kuat manis pulak tu. Aku ikut resepi je. Next time aku kurang kan lah. First time buat katenye. hahaha..


Selamat hari raya aidil adha

Google
Aku macam terlambat jer nak ucap kan? tak kesah lah. Hari belum habis lagi. Hahaha.. Selamat menyambut HARI RAYA AIDIL ADHA kepada seluruh umat islam. Asal nya nak buat entry sebelum tu ucap selamat dulu la. Lambat sikit takpe kan.. hehe


Saturday, November 5, 2011

Alhamdulillah sudah diterima

Ingat kan yang aku dapat ole-ole dari Melaka tu. Hari Selasa lepas aku dah kirim wang pos tu. Tadi petang aku baru teringat. Aku call pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah tu. Dari seorang ke seorang diaorang pass call aku. Aku nak tanya pasal wang pos tu jer. haha

Mula tu dia check kan ikut no kenderaan. Aku sebut lah kan. Dia cakap belum masuk lagi lah. Aku dah risau dah. Tak kan lama betul. Sebab dah nak tamat tempoh 14 hari tu. Dia mintak nombor kompaun. Aku tertinggal surat kompaun tu kat rumah pulak. Dia tanya, ada tulis nombor kenderaan tak atas keratan kompaun yang aku pos tu. Aku cakap takda.

Aku dah risau dah. Yelah, aku mana tau kena tulis nombor kenderaan tu. Takda ruang suruh tulis pun. Nombor kompaun pun dia dah siap print dah. Lastly dia tanya nama. Aku cakap nama aku. Haa, kami dah terima dah wang pos tu. Hahaha.. Alhamdulillah.. Nasib baik lah aku call. Sebab aku tak tulis nombor kenderaan tu. Tapi kan ada no kompaun. bukan boleh check ker? erm....

Friday, November 4, 2011

Kesesakan lalu lintas di Bukit Raja semalam

Semalam aku bercadang nak beli bahan-bahan untuk membuat kek. Niat di hati ingin mencuba resepi kek red velvet tu. Tak pernah nak buat. Baru kali nie nak buat. Macam sedap pulak aku tengok kan. Hehee.. On the way nak ke Taman Bungan Melur, Klang jalan sesak. Okey lah. Kalau sesak lepas tol Sungai Rasau tu biasa lah. Nie depan Jusco sekali.

Aku memang ambil line tengah jer. Aku tengok dari jauh kereta semuanya bagi signal ke kanan. Ada eksiden ker kan? Aku dah cuak dah. Dup dap dup dap...Sampai susur masuk JUSCO BUKIT RAJA tu baru aku nampak kejadian yang sebenar nya. Ada perhimpunan rupanya. Ramai jugak lah. Rata-rata nya lelaki. Tak kurang jugak yang berkopiah. Oleh sebab aku bawak motor, tak sempat nak baca tulisan kat sepanduk tu. 

Tunggu kat berita takda pulak. Tadi aku google. Baru jumpa. Rupanya Piket / demonstrasi MTUC (Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia) menentang pindaan akta pekerja. Mereka menentang pindaan akta pekerja yang dikatakan meletakkan pekerja di Malaysia ini setaraf dengan warga asing. Difahamkan demontrasi ini diadakan serentak di 18 lokasi seluruh negara semalam 3.11.2011 dari pukul 5.30 hingga 6.00 petang.

Memang tengah waktu kemuncak lah kan. Waktu orang tengah balik kerja. Lagi pun Bukit Raja memang selalu sesak. Hari-hari. Ini ada demo pulak. lagi lah sesak. Sebab kenderaan nak mengelak mereka yang berhimpun di tepi jalan. Karang terlanggar karang salahkan orang pulak kan. (terkeluar jawa aku). Aku tengok ada polis kat situ. Selagi diaorang tak buat kekecohan dan mengganggu orang awam takda lah kena tahan kan. Macam-macam hal..



p/s: Demontrasi ini dianjurkan oleh parti PAKATAN RAKYAT. 
      Sebab aku dapat maklumat nie dari blog anwaribrahim.


Thursday, November 3, 2011

Terjatuh hati pulak kat hybrid car

Tak sure sama ada telah dilancarkan atau akan dilancarkan di Malaysia. Rasanya macam dah. Eleh, poyo pulak aku kan. Serius my first expectation to hybrid car "hodoh giler kereta nie". haha. Sekarang TER-JATUH HATI pulak. Itulah, orang cakap jangan benci-benci. Nanti suka pulak. Hahaha. Tapi aku tak tau lah kenapa. Sebab kereta nie nampak sporty. Maybe 2-doors car? Agaknya lah.

Kereta yang di maksudkan ialah Honda CR-Z 1.5 liter IMA hybrid. Harga pasaran bagi kereta ini dikatakan dalam lingkungan RM115,000 hingga RM120,000 termasuk insurans. Kira-kira berapa ramai yang nak beli?? Hehehe.. Dengan pelepasan cukai (bajet 2012), hybrid car mungkin dijual dengan lebih murah. Eh, sapa yang berminat tu cuba pergi tanya kat dealer-dealer Honda. Boleh buat tempahan mane tau. (cerita macam orang dah bekerja pulak).

Klasik dan Keunggulan. haha

Reka bentuk belakang hampir serupa dengan hybrid car yang lain

Untuk penggemar warna putih

Meletop you kalau i pakai kereta ni. huhuu

Honda CR-Z Mugen (takde kat Malaysia rasanya)




p/s: This hybrid car six-speed manual transmission with 1.5 liter i-VTEC and 122 horsepower at 6,000 rpm.

To Atiq and Yana


2 November 1989

Yang nie nama nya Farah Atiqah binti A. Rashid. Kalau tak silap lah. hehe. Kenal semester berapa pun aku tak ingat. Aku kenal melalui da'a lah kot. Rasa nye lah. Haha. Sekarang praktikal kat Johor. Memang orang Johor pun. Dalam nie dia pakai braces lagi. Sekarang takde dah. Dah lawa. Lain giler muka dia waktu aku perasan mula-mula. haha.. Happy birthday atiq..!!


3 November 1989

Yang sorang nie Nur Liyana binti Ibrahim. Kawan aku dari semester satu. Haha. Orang Wangsa Maju dan merupakan anak sulung. Dia nie kan hobi macam lelaki sikit. Suka main games dan kumpul komik-komik. Aku pun terjebak suka baca komik dari dia lah. haha.. Kitaorang cadang nak kuar tengah bulan nie. Sekali nak pergi Gempakstarz festive kat Sungai Wang. Haha. Happy birthday yana...!!!


Mereka berdua geng kelas Mandarin aku.
Dulu beday aku, dieorang dengan da'a sekali bagi subang kat aku.
Ada kat entry sebelum nie. Kali nie aku tak dapat lah nak bagi apa-apa.
Sebab korang jauh... hehe..


Evaluation form by employer


Hari Selasa lecturer aku ada datang. Nak ambil evaluation form nie. Tapi manager takda masa tu. Aku tak berani lah nak ambil kat bilik dia. And then, dia cakap post je pun boleh. Seal lepas tu post. hahaha.. Nie aku nak cakap. Aku yang seal sendiri. Aku yang post sendiri. Takda rahsia-rahsia pun. hahaha..

Tapi aku jujur. Aku tak baca pun. Sebab manager aku takda komen aku langsung. Apekah aku nie terlalu baik atau pun terlalu teruk sehinggakan dia tak nak komen apa-apa? hahaha.. Semua trainees dapat evaluation macam tu. Yang pasti LULUS.


Kain batik Korea

Aku tak tau lah kain batik nie betul-betul dari Korea ke bukan. Tapi mama dan kakak aku panggil kain batik Korea. Sebab corak nye kot. Mama belikan aku warna biru. Kain batik ni KERAS kot. Tak macam kain batik biasa tu pun. Atau pun kena basuh dulu? Aku pun tak pasti.

Tapi yang aku pasti, memang susah nak gosok. Kalau basuh nanti mesti kedut seribu. Belum apa-apa lagi aku dah buat macam-macam assumptions. Teruk betul lah aku nie kan. Aku ingat aku nak cari kebaya nyonya warna putih. Nak padan kan dengan kain nie. Okey lah kan.. hehe..




Evaluation by lecturer


Isnin lepas, aku difahamkan lecturer akan datang untuk buat evaluation practical training aku. Aku tak tau siapa lecturer tu. Aku tanya student UiTM Shah Alam jugak yang kat company secretary tu. Dia cakap nama nya. Aku tak kenal lecturer tu. Dengar nama je sah-sah yang lecturer tu tak pernah ajar aku. Kecuali lecturer Mandarin aku je lah. haha..

Lepas kena evaluate tu, aku cerita dengan trainees lain. Diaorang KENAL lecturer tu!! Sentap jugak lah. Aku TAK KENAL pun. Gila lah. Tan Lay Leng tu author buku untuk subject Financial Accounting Reporting (FAR). Selama aku belajar, aku tak kenal pun author tu. Baca nama je. Macam teruk je aku nie. ish.. Aku siap google lagi tau. Tapi aku tak jumpa picture dia. Buku dia adelah.

Google



Tuesday, November 1, 2011

31 at Baskin Robbins


Tengah buat kerja kat office, tiba-tiba teringat nak makan ice-cream. Aku pun call Hajar ajak dia pergi makan ice cream. Dia okey je dan aku pun jadikannn. hahaha.. Kebetulan semalam 31 October, so ada 31% discount kalau nak beli ice cream ni. Petang tu pulak hujan lebat. Sangat lebat. Aku kena stay kat ofis sampai pukul enam setengah.

Agak-agak hujan dah reda, aku terus ke Jusco Bukit Raja. Nak pos bayaran kompaun pun tak sempat. Post office kat Jusco nie tutup pukul 6.30. Sementara tunggu Hajar aku merambu ke Popular kejap. Beli magazine buat baca bila bosan-bosan. haha.. Lepas tu baru makan ice cream..!!