.

Followers

Wednesday, November 9, 2011

Tak boleh curik!

Eid 2009 hehe..
Semalam motor aku nak kena curi. Lepas habis waktu kerja, aku turun bawah (office tingkat 3) macam biasa. Kebetulan aku memang tak balik awal. Nak balik cepat sebab nak pergi deposit kan duit. Bila aku dekat tempat parking motor aku tengok motor aku dah senget. Lain macam je aku nengok. Nak kata orang alihkan sebab nak lalu, tak mungkin. Sebab aku parking depan sekali.

Lepas tu aku dekat dengan motor aku. Kebetulan memang tengah nak kejutkan tersayang. Aku tengok motor aku dah HIDUP ENJIN NYA. Aku rasa pelik. Yelah, kunci aku tengah pegang tapi motor dah hidup. Aku tak sedap hati. Aku tengok solex kat disc break aku dah barai. Terburai segala isi solex depan motor aku. Aku kutip solex tu. Aku letak kat bakul motor. Lepas tu aku letak helmet kat bawah, aku duduk atas motor.

Cerita kat tersayang. Memang on the spot aku cerita. Tak terkata. Ketawa ada cuak pun ada. Tapi aku tak lah gabra sangat. Aku duduk jer. Dah lah nak isi minyak. Kunci tak leh masuk. Memang tak leh matikan motor. Mane lah aku tau kalau enjin hidup boleh isi minyak. Bukan apa, aku takut meletup sebenarnya. Hehehe... Aku duduk je kat atas motor. Aku tunggu kawan aku.

Lepas dia datang, aku suruh dia temankan aku sampai stesen minyak. Sebab nak tolong tengok kan sementara aku bayar kat kaunter. Nasib baik sehala dengan dia. Aku bersyukur sangat motor aku ada lagi. Aku baru habis bayar kot. Kalau hilang memang tak menangis aku. Motor tu lah aku buat pergi UiTM ulang-alik. Pergi kerja (praktikal) hari-hari. Memang patah kaki kalau hilang.


Jangan lah aniaya aku macam ni. Kepada orang tersebut, tolong lah insaf.
Peristiwa berlaku di Section 13, Shah Alam.

15 comments:

[ Zeyda Anne Haris ] said...

motor kau wanted :D

Ain Zulaikha said...

perghhh alhamdulillah selamat, motor tu da banyak berjasa..
kalau tak de mesti nangis tak de motor.. susah tuuu

KizZ said...

Alhamdulillah...Kena sama-sama la doakan semoga si pencurik tu dah insaf..
p/s:gile brani pencurik tue..

syafeeqa said...

aishhh nasib baik lah tak hilang. kalau hilang. hm..

AIZAMEV said...

penguna motor 135LC memang kene terima hakikat yang motor mereka sangat2 wanted.. (cakap kat diri sendiri gak)

SHaRKFiQ SSM said...

Alhamdulillah, moto ko selamat lagi..
ak pun mcm tu gak, tgk moto dh xda, pastu tgk kunci ada kt tgn.. pastu diam dulu.. then br kol membe, bgtw.. nak bt cmna, ak xda yg tersayang..

dah la beli moto cash, abes duet JPA ak simpan sampai sem 5..guna pn br 7bulan, milleage plak br 5000..

tiba2 teringat balik kejadian dulu.. ;((((


http://highnessfiq.blogspot.com/2010/07/most-wanted-motorcycle-red-yamaha-135.html

.ciknoey. said...

mto LC mmg la wanted..
naseb baik laa.. pencurik tu da kne tangkap dlu kot tu yg tak sempat curik.. huhu

nuyui a.k.a miss YUI said...

nsb bek sumenya ok..

Juliet_iRa~" said...

kesiannyaa...
nsb baik tak kena curi kan..
rezeki awk la tu..heee

alhamudlillah..

take care..:D

cerita best said...

NICE BLOG....pakjoe nk bg tau nie pakjoe ada byk lg tip blog yg nk bg kt tuan blog jemput siggah ke laman blpg pakjoe jgn lpa tau sbb pakjoe dh follow...follow pakjoe blk tau

dhiera said...

mungkin sebab dia sedar yg ada orang nak dtg lalu dekat kawasan situ, tu yg dia cabut. naseb tak hilang~

Cinderella said...

motor lc mmg panas...naseb baek dye xbawak lari

Juliet_iRa~" said...

pasni kunci byk2 sikit kat motor tu..heeeee

Sharinginfoz said...

mujur semuanya selamat, pelik betul orang ni......

Ashraf Zabidi said...

Nasib baik...nauzubillah