.

Followers

Tuesday, May 31, 2011

Good bye May..!

Selamat tinggal bulan May. Macam-macam telah terjadi. Aku ambil semua tu sebagai ikhtibar untuk aku meneruskan hidup ini. Adakala nya aku tak boleh melawan perasaan aku. Aku tak bijak menyembunyikan perasaan aku apabila aku menaip di sini. Seolah-olah semua yang terbuku di hati hendak aje aku luahkan.

Semua nya aku akan jadikan sempadan yang menjadi titik tolak untuk aku teruskan hidup ku ini. Terima kasih kepada insan yang rapat dengan aku di masa aku senang dan susah. Terima kasih kerana banyak menyedarkan aku di kala aku alpa. Sesungguh nya aku hanya manusia biasa yang tak lekang dari khilafnya.

Esok lembaran baru akan dibuka. Bermula lah kisah aku praktikal di salah sebuah audit firm di Seksyen 13 Shah Alam. Walaupun aku tiada teman tapi aku yakin aku akan mendapat teman sesama praktikal. Aku harap hari aku esok berjalan dengan lancar. Amin..

Baru ambil dah nak mati.

Sebelum ini aku ada pergi amali lesen kereta. Tapi dah lama jadi aku tak ingat. Tadi aku baru ambil lesen L aku. hahaha... Lesen L kereta aku tamat 29 JUN 2011. Aku tengok lesen tu bermula 30 MAC 2011. Betapa lama nya aku punya lesen kat driving school tu. hahaha.

InsyaAllah lepas nie aku akan usaha untuk belajar kereta untuk ambil P.Umur dah 22 nak masuk 23 tapi lesen kereta takda lagi. haha...Orang macam aku pun ada lagi kan. Ingat sebelum raya dah nak ada lesen. Poyo je kan. Nampak nya lepas raya kot aku baru sambung buat lesen kereta P. Nanti dah kerja ada masa Sabtu dan Ahad jer.

Monday, May 30, 2011

semoga hari ini berjalan lancar.

Hai selamat pagi semua. hari ini aku rasa bad sangat. malam tadi menghadapi masalah kesukaran untuk bernafas dan susah tidur. At the end, hari ini aku pun bangun lambat. Aku harap hari ini aku boleh menjalani hidup seperti selalu. Lepas aku mandi nanti aku nak carik 100 plus lah rasanya.

Lusa aku dah nak praktikal. Macam tak best jer start2 praktikal muka aku sememeh dengan selsema. Mesti aku akan rasa selebet giler! Office pulak ber-aircond. Confirm lah hidung aku akan memproses ehemmmm dengan banyak. Nanti sok sek sok sek aku punya selsema kan. Tak kan nak pakai make up nak menutup muka aku yang layu tu. Aku tak reti make up. hee...

Lagu pilihan minggu ini.

Black - Dewi Aleeya

Apabila jendela terbuka
Terbongkar segala rahsia
Betapa indah semua
Kewujudan yang tercipta
Senyummu Dewi Aleeya
Indah nan mempersona

Sanggup ku telan selaut bara
Ku tak menghiraukan
Apa tohmahan terhadap dirinya
Ku yakin percaya
Kerana ku tahu kau dewi hatiku


Chorus:
Kau Dewi Aleeya
Tiada duanya
Hanya kau yang satu
Kau Dewi Aleeya
Dambakan selalu
Penyeri di istanaku..

Tahniah buat Salma dan Erra Fazira.


Aku memang menjangkakan kemenangan akan dimiliki oleh Salma. Tapi sewaktu konsert separuh akhir tu, Salma tak dapat masuk. Aku rasa tak adil pulak. Akhir nya pihak TV3 memberi ruang kepada Salma dan mungkin kerana mereka percaya di atas bakat yang Salma miliki.

Tahniah buat Erra Fazira dan Salma atas kejayaan yang anda berdua kecapi. Setelah berkerja keras seperti mana mentor dan protege lain akhirnya penentuan sudah diketahui. Aku suka baju2 sepanjang mentor 5 nie. Tapi paling cantik protege Shiha. Baju die kebanyakan sopan. Aku suke.

Habis dah..!

Sunday, May 29, 2011

Kurang sihat hari nie.


Tak tau lah kenapa. Bangun pagi terus rasa tak sedap badan. Badan panas sikit jer. Tekak perit lepas tu selsema. Tanda-tanda sudah datang. Tanda penyakit malas nih. hahaha.. Walaupun selsema aku tetap minum air sejuk. Kan penyebab itu penawar..Leh pulak kan...

dah mandi...baru lepas bersin entah berapa kali..merah2 hidung...

Thursday, May 26, 2011

Membakar kalori dengan jayanye!!


After kami semua makan KFC dan aku transfer movie dalam lappy aku dari Nur Liyana Ibrahim, kami pergi ke monorail untuk ke Jalan Bukit Bintang. Lokasi pertama Sungai Wang Plaza. Sebab Yana nak carik spec macam Nuur Syuhadaa beli sebelum nie. Cermin mata skema. heee..Dan hari itu jugak lah Yana beli kasut yang bersarung depan nya tajam lagi tau buat pertama kali nya dia beli sendiri!!! Sebelum nie beli apa-apa dengan mak dia. Dia cakap 'mesti mak aku bangga dengan aku'..hahahaha!

Lepas banyak kedai yang kami jelajah akhirnya Kuncup dapat gak kasut yang die berkenan dekat Summit. Memandang kan aku ada membership card dapat lah dia beli kasut dengan 10% diskaun. Habis aku kena perli dengan diaorang 'lagi kedai mane lagi ko ade kad'... Dah memang aku suka buat kad nak wat macam mane kannn...??? hahahaha....



Lokasi kedua kami pergi Pavi. Hohhh! bukan nak beli barang tapi nak tengok je. Lagipun orang macam kami nie kalau masuk kedai orang tengok atas bawah je nanti. hahaha..! dah habis merayap kat Pavi pergi pulak ke Fahrenheit 88. Shopping complex nie lah yang baru kat BB tu. Aku ngan Yana sebelum nie dok carik tak perasan pulak sebab dibelakang Lot 10. Ingat nak carik surau. Tapi pergi kat situ takda. Dekat Lot 10 pun takde. Last2 terus ke KL Sentral pergi surau sana.




Dari KL Sentral kami amek KTM pergi ke Bank Negara pulak. Sebab nak pergi Jalan TAR. Jalan2 beli tudung. Dapat lah Kuncup beli shawl 2 helai aku pun beli tudung siap untuk kakak n mak aku. Aku beli inner tudung 2 dengan tudung bawal warna cream 1. After that kami balik dan pisah kat situ. Kuncup naik KTM ke Seremban. Yana turun kat KL Sentral dan aku berdiri dari Bank Negara sampai Shah Alam dapat duduk kat train tu..

Sampai rumah aku baru perasan, tudung bawal aku takde!!!!


kau bajet ko pelancong..??? ahahaha


Pengalaman ke KL Sentral

Aku plan nak pergi keluar jalan-jalan dan window shopping dengan kawan aku. Yelah, mingu depan dah nak praktikal. Sambil tu boleh jugak aku nak carik buku Companies Act tu kan. Asal nya nak pergi naik motor sampai KTM Padang Jawa. Tapi motor abang aku bawak pulak pergi kerja. Aku suruh kakak aku hantarkan sampai perhentian bas. Naik bas terus ke Klang Sentral tiket RM1.

Sape cakap kat Klang Sentral ada bas pergi KL Sental..??!!!!! Nie kakak aku lah nie cakap ada. Jadi aku stuck kat situ tau..Nak tunggu bas ke Klang dalam 1 jam. Tak tentu sebab tak semua bas dari Meru masuk Klang Sentral. Giler sedih..!! last-last aku decide aku ambil cab je sampai Klang. Apek tu bawak laju betul. Aku duduk depan tak suke duduk belakang macam bos. hahaha...Die charge aku RM15.

Sampai Klang aku nak kena pergi seberang sungai Klang untuk naik KTM. Memandangkan kena jalan kaki jauh tambah-tambah lagi cerita asid splasher buat kan aku takut. Aku decide naik bas. Aku naik bas dengan harapan menuju ke KL Sentral dengan tiket RM3. Bas tu pun gerak aku dah lega dah..

Sampai KL die rupenya tak masuk KL Sentral. Yang paling syahdu aku diberhentikan dekat Jalan Tun Sambathan. First time aku sampai sane!! Aku kena amek monorail ke KL Sentral dengan tiket RM1.20. Sampai KL Sentral ke jalan kaki lagi kan. Baru lah aku jumpa kawan aku Nur Liyana Ibrahim. Aku terus ajak lepak KFC makan dulu sementara tunggu Nur Liyana Sayidah.

Nampak tak cabaran nya aku nak ke KL Sentral tu. Dah lah sorang2..!

Wednesday, May 25, 2011

Korang ade???

terpaksa hidden nama
Haha...Walaupun VC UiTM kite typo dalam reply tweet tapi aku tak kesah. Sebab aku terharu die reply. Bukan batak atau pun jakun tapi aku diantara orang yang terawal follow beliau dan mendapat respond. Bagi sesiapa yang nak follow beliau di Twitter boleh klik datosahol..



p/s: gembira terus jer update!!

Tuesday, May 24, 2011

Kena hai dengan awek cun..



Kisah nya bermula ada gegurl say hai cakap nak kenal2 kat Twitter. Aku no hal lah. Sebab kat Twitter aku pon tak ramai kawan sangat. Nama pun laman web sosial. Mesti kena beramah mesra kan. Her name ANYEZ NASRI.. Dia cakap selalu singgah blog aku...Malu lah...Lame tak hupdate!!

Comel kan header die. hahaha...Kiut sangat. Buat ANYEZ NASRI.. Selamat maju jaya dan menempuh alam pembelajaran yang baru. Tahniah dapat sambung pelajaran kat Politeknik. hehehe...Dan yang paling penting, terima kasih tegur kat Twitter..Terharu nyer....! Heee

Sunday, May 22, 2011

Tube Slide

Kalau korang suka maen gelongsor kan... Boleh cuba Tube Slide yang berada di Empire Shopping Gallery Subang. Dapat main gelongsor dalam shopping complex lagi tau. Dari tingkat 4 kalau tak silap sampai bawah. hahaha...! Korang kena baring bukan duduk tapi kepala tak boleh cecah lah... Try lah...!!!



Kalau pergi 1 haribulan setiap bulan, boleh beli ticket dengan harga RM6 sekiranya mendaftar sebagai ahli. Tiket pulak boleh beli sekali banyak pada hari tersebut. Kalau korang ada intention nak bagi kawan-kawan ker kan jual balik kat kawan-kawan ker. Tapi ada tarikh luput die lah. Jom main gelongsor 4 tingkat..!

Friday, May 20, 2011

Bahaya dah dekat..!

Today: 815PM : Please BE ALERT! The Acid Splasher is around Shah Alam! 1 person got splashed! Around PKNS complex Shah Alam. Please Be alert! Today: 930PM: It seems that someone just got splashed with acid around summit area just recently. Send this to your loved ones in Subang. Acid splasher on the run! Motor EX5 No : WPV4963 ALERT!! Spread this msg. 
Tq (unknown, 2011)


Nampak nya semakin dekat dah. Semalam aku dapat cerita dah ada kes kat Klang Sentral. Aku takut nak keluar rumah. Yelah, kalau aku keluar konfem2 aku naik motor kan. Risiko tu mesti lagi tinggi. Kalau yang kena mak aku ke..ish! mintak2 dijauhkan...


Kepada yang berkenaan, berhenti lah buat perkara yang menyusahkan orang ramai. Apa motif ko pon aku tau tau. Tapi jangan lah seksa orang yang tak wat salah kat ko. Orang tu tak usik ko pon. Kalau ko mengalami sakit mental, jangan malu untuk jumpa doktor. Daripada menyusahkan orang.. Menyalahi undang-undang pulak tu..

Thursday, May 19, 2011

Teman kawan aku semalam.

Semalam kawan aku Siti Hajar call aku. Dia mintak aku teman kan pergi interview kat bangunan WorldWide Shah Alam tu. Aku kan jadi pemandu arah. hahaha. Lepas interview kami pergi makan sizling kat Giant Shah Alam. Aku nie kalau makan sizling lidah mesti rasa laen macam. Pasal aku makan panas2 ker? Padahal aku dah tiup pon.

After that, kami pergi makan Tutti Fruitti kat Laman Seri Seksyen 13 Shah Alam. Sebab dah dekat kan. Sambil tu boleh lepak2. Sebab aku suka view kat sana. Cantik. Malam ke siang ke memang cantik. Lagipon kat situ banyak cafe kalau korang nak lepak. Cume 'agong' nya kena banyak sikit lah kot. hehehe...








Wednesday, May 11, 2011

Saje2 upgrade Mozilla Firefox 4


Ini lah rupa nya Mozilla Firefox 4. Dah macam Google Chrome kan..???? Orang lain dah berabad upgrade tapi aku baru nak upgrade. hahaha. Yelah, aku kan jarang online. hekk!!! hahaha. After upgrade aku mengada tukar personas pulak.. Meh tengok apa yang aku pilih..

Cute Dessert
Macam comel jer persona yang nie. Ada gambar cartoon cupcake dan donut semua. Macam happening jer bila aku nak guna Firefox ni. Tapi lama-lama aku rasa serabut pulak. hahaha...Macam colourful sangat..


Nodame Love
Ahaa... Apa hal pulak aku nak pakai yang nie. Macam sangap jer. Hahaha.. Walaupun aku suka tengok anime tapi nie macam dah lain macam. haha. Bila aku guna orang tengok aku punya Firefox mesti first impreesion dieorang kat aku yang aku nie 'Notygirl' or 'Badgirl' . heee...

-
-
-
-
-
-

RIOT 01 Polka Dots

Last2 aku guna nie jer. Tak semak sangat tak serabut sangat. Hahaaha....

nak try jugak lah

Oleh sebab exam dah habis. Aku mulakan aktiviti aku jalan-jalan nie. Lama dah tak terjah blog kawan-kawan. Lpeas tu aku tertarik entri cik ida nie. Haha. Aku tak tau apa kebenda nya sangat tapi aku sajer je nak menge-test buat jugak. haha..


Nie lah result blog aku. Yes, blog aku tak lah ramai followers. Update pon jarang2 jer kan. hahaha..Okey lah nie dapat gred B. Kire lulus jugak ape. Selalu gred yang failed kan E tak pon C- ker kan. hahaha...Korang nak cuba tak??? klik kat bawah yer..

Untuk membuat analisa blog web page : http://gtmetrix.com/


Tuesday, May 10, 2011

Hari nie last paper exam...!

Dengan ini aku nak maklumkan petang nanti aku last paper. Paper FAR (Financial Accounting Reporting) hehee.... Start exam pukul 2.15 petang sampai 5.15. Dengan selamber nya aku boleh update blog. Dengan berbaki 1 chapter that i want to go. la la la la

Tak sabar rasanya nak habis exam. Rileks2 kejap jer lagi. Sebab mood cuti aku dah datang. Lagipun aku cuti tak lama. Kejap jer sebab 1 Jun 2011 aku dah start praktikal. Jadi adalah dalam 2 minggu je aku boleh bersuka ria. Suka ria lah sangat kan. Okey, good luck for me and all my friends.

Continue to study......

Baru lepas makan ubat

Lepas minum air coklat panas dan seketul karipap. Dah boleh makan ubat sebab lepas makan kan..Kire lepas makan ape. hahaha. Sebab ada masalah kesihatan dalaman sihat jadi kena makan ubat. Dan yang masalah bagi aku sebenarnya memang aku susah nak makan ubat.

Nasib baik ubat pil bukan ubat air ke apa. Sebab dah dewasa kan memang lah pil mana ada ubat air kan. Ehh, ubat air ke ubat syrup?? haha. Mana-mana pun boleh kan. Masalah pertama susah makan ubat. Symptom makan ubat pulak menangis.

Ish... takda lah menangis teresak-esak. Cuma selepas telan ubat tu mata aku automatik akan mengeluarkan air mata lepas tu hidung merah. Macam orang nangis. hahaha..! Pastu tekak loya jer macam terasa-rasa ubat tu. Nak termuntah tapi aku tahan je lah. Sampai berair mata aku.. heee

Sunday, May 8, 2011

Cleaning....!!


Aku baru lepas bersihkan akuarium aku. huhu.. tetibe pulak macam rajin...hahaha...! Ikan-ikan berenang...Aku baru lepas letak pokok n batu tu..sebelom nie saje biarkan kosong kejap..haha..dah semak balek...Tapi aku suke tengok. Sebab ade hijau2 nye. Sejuk jer mate memandang....

Friday, May 6, 2011

Sedih nye!

Apalah aku nie. Apesal lah bangang sangat. Pergi letak cermin gabak tu kat tingkap. Lepas tu kipas terbang2 langsir bilik aku habis jatuh. Nasib baik tak kena aku ke kan. Sedih giler!! Cermin tu lah peneman paling setia aku kat bilik nie selain patung bear. Alahai... sedih nye.

Mungkin bagi korang alah, cemin je kot. Tapi aku lain. dah biasa pakai cermin panjang-panjang. Nak tengok pon senang.Portable lagi tu..Aku boleh letak kat lantai atas meja sume. Alah, kena beli lagi. Kena beli lagi. Di ulangi kena beli lagi. Kurang-kurang RM30 jugak lah. Alah.....isk!

macam nie jugak lah bentuk nya

K-PoP Malaysia >> Gula-Gula

Rasa nya dah ada blogger yang buat entry pasal mereka. Aku pun baru tau cerita nie. Yelah, baca surat khabar dah jarang nak blogwalking pun masa takda. Sekarang tengah final exam. Tapi aku nak wat entry sikit lah. Tengok gambar dulu...






Okey, dah tengok gambar kan. Aku ada soalan yang boleh korang respon.
  1. Kenapa kumpulan nie tak kena banned pulak? Yelah kalau tengok dari cara pemakaian. Aku tengok takda yang tutup lutut.
  2. Nie dari Malaysia ker? Ingat kan Indonesia sebab make-up macam tebal jer.

...>>> Ehhh, dieorang ada Facebook tau. Boleh lah like dieorang sapa yang suke..heeee

Actress Nathalie Kelley

Seorang pelakon yang berbakat besar. Dilahirkan pada 3 Mac 1985 di Lima, Peru (patut lah cantik) dan dibesarkan di Sydney, Australia selepas penceraian ibubapa nya. Oleh kerana minat yang mendalam untuk menjadi seorang pelakon, beliau belajar di North Sydney Girls High School iaitu sekolah yang sama dengan Nicole Kidman. Pernah mendapat gelaran ' Miss Latin America Competition' dan melanjutkan pelajaran dalam bidang social sciene degree di University of New South Wales. Kemudian berhijrah ke Los Angeles untuk memulakan kariernya sebagai seorang pelakon.







Dalam video klip Bruno Mars ' Just the way you are' :


Antara filem lakonannya:

 

Model Nadya Nepomnyashaya

Siapa kah gerangan nya Nadya Nepomnyashaya???? hahaha. Tak sengaja mancari perihal beliau. Nadya Nepomnyashaya merupakan model dalam vidoe klip Taio Cruz bertajuk "Break Your Heart". Model keluaran 2Morrow Model yang berasal dari Tashkent, Uzbekistan dan menetap di London. 









  • Height:5' 9'' 1/2 (177cm
  • Hair:brown
  • Eyes:brown
  • Bust:85
  • Waist:60
  • Hips:88
  • Shoes:39
 
Dia ada Facebook juga. Tapi aku tak sure lah official ke tak kan. haha...