.

Followers

Friday, February 10, 2012

Kalau takda buat cara takda

Macam biasa, aku buat entry nie sebab nak meluahkan rasa. Meluahkan rasa tidak puas hati aku. Soal nya KALAU TAKDA BUAT CARA TAKDA. Sebab apa aku cakap macam tu...? Sebab aku tak puas hati kepada sesiapa yang berkelakuan macam tu. Yeah, kena batang hidung sendiri. Mula-mula okey lah, boleh diam lagi. Tapi lama-lama..? Melampau lah kan.


Aku sakit hati tau. Aku tak suka orang guna barang aku tanpa izin aku. Memang aku tak suka. Dan aku pun memang tak suka sangat kongsi-kongsi. Sebab tu apa-apa aku rela usaha dan beli sendiri. Takda nak pinjam barang orang. Bukan aku bongkak. Tapi aku tak biasa. Aku takut kalau aku rosak kan barang tu ke. Orang yang bagi pinjam tu cerita belakang ke kan. Tu yang aku tak suka. Dan aku dah terbiasa sikap nie dari kecik sampai besar.

Mula-mula kasut. Aku simpan diambil. Aku ambil balik dia ambil lagi. Sampai kan satu masa aku tak sedar dah kasut tu dah jadi harta dia buat pakai hari-hari. Okey lagi. Lepas tu beg. Aku beriya ingat my bro pakai beg tu. Berhujan aku still pakai beg sandang aku. Sebab beg belakang aku takda. Bila aku nak outstation baru aku find out that beg tu telah dipakai HARI-HARI buat pergi sekolah. Ape perasaan ko? Aku tau lah beg tu tak mahal mane tapi berharga lah jugak bagi aku. Senang untuk penunggang motorsikal macam aku nie kalau nak bawa lappy ke ape kan.

Lepas aku ambil beg belakang aku balik, balik dari outstation aku tengok beg lain pulak takda. Aku malas nak bising-bising. Lepas aku mandi (balik dari outstation) aku tengok beg tu ada dah. Barang dalam tu pun dah diletakkan balik. Kelmarin lepas aku balik kerja, aku tengok beg tu dah takda dah sampai sekarang. Okey, berdiam diri lagi.

Semalam pulak aku balik entah kenapa rasa bengang je. Lantai bilik aku BERPASIR. Sapa pulak yang masuk bilik aku pakai kasut kan. Haaa? Aku dah lah pantang lantai berpasir nie. Lagi-lagi kat bilik. Tempat aku nak sembahyang. Sakit hati. Pasir tu banyak depan cermin besar aku. So, aku beranggapan orang tu pakai kasut dan belek diri depan cermin lah. Okey lagi..

Aku ambil towel nak mandi. Aku tercium perfume kat towel aku.. Apehal lak kan? Aku rasa nie memang perfume aku. Tak penah pulak aku sembur perfume atas angin sampai boleh melekat kat towel aku yang tersidai. Sakit nya hati. Okey, orang itu pakai kasut masuk bilik aku, pakai perfume aku lepas tu belek-belek muka depan cermin. KEPALA TENGKORAK KO..!!! 

Aku beli barang bukan untuk senangkan orang lain.




Monday, February 6, 2012

Scrap@perclip yang sangat cantik..!!


Pada mulanya aku blogwalking dan terjumpa blog ni. Aku nie memang penggemar benda-benda yang cantik comel-comel nie. Selalu aku usha blog ni tapi belum lagi order. Nak tunggu special day baru order. Sebab hasil tangan Farah Diyana ni sangat lah cantik. Terpukau jugak lah mata aku pandang. Kalau korang nak mencari sesuatu untuk dihadiahkan kepada seseorang dan mahu kan kelainan, try tengok hasil tangan Farah Diyana.

Birthday Card
Birthday Mini Signage
Guestbook
Hanging Birthday Card
Magnet tags
Pins
Vintage Rose Ring
Wedding Board


Untuk ke blog beliau, jangan lupa tekan link kat header blog atas tadi tu ye.
Terima kasih.


Main scanner

Sejak aku praktikal nie, printer kat rumah pun jarang digunakan. Takda pun nak print slide ke assignment ke kan. Kadang-kadang ade lah guna sikit-sikit. Anak buah aku nak fotostat atau print colour. Aku last print pun tak ingat bila. Oleh kerana itu, ink aku pun turun. Sebelum nie pun dah turun. Aku biarkan je. Tapi kelmarin bila bosan-bosan aku pun buat operasi lah dengan printer aku tu.

Kebetulan ada majalah Intrend depan aku. Entah berapa muka surat aku scan. Semua nya berwarna. Banyak jugak lah nak bagi ink printer tu naik balik. Bukan sengaja nak bazirkan ink. Tapi terpaksa buat macam tu. hahaha... Lastly aku scan bulat ngan tangan aku sendiri. Betul-betul takde keje lah.

Boolat nie sebenarnye kaler kuning
Gendut betul tangan aku..!! hahaha



p/s: kata pun main scanner kan, guna lah recycle paper. haha


Sunday, February 5, 2012

Sweet January 2012

Okey, sebenarnya aku nak buat entry nie lame dah. Tapi takde kelapangan nak post. Baru sekarang nak post. Basi tak basi aku nak post jugak. hehehe. Pada cuti sempena Tahun Baru Cina bulan lepas, aku dan keluarga pergilah berjalan-jalan. Sekitar Shah Alam je tak pergi mana pun. Pergi pun tak lah ramai. Dua buah kereta je. Lokasi pertama Taman Cahaya Shah Alam @ Taman Pertanian Shah Alam @ Taman Botani Shah Alam. Tiket untuk dewasa RM3 manakala untuk kanak-kanak RM1.

 





Selepas itu kami pergi ke i-City. Cuaca gerimis masa tu. Nak pergi Tasik Shah Alam pun sesak. Maklumlah cuti sekolah. Ramai yang bawa anak-anak keluar. Parking untuk i-City sekarang macam shopping complex. Kira ikut jam. So, kalau yang tak perasan rate parking tu memang terkejut lah bila bayar. Nasihat aku kan, kalau dah lebih sejam tu korang jalan lah lama-lama kat i-City tu. Sebab tak kisah lah 1 jam 10 minit ke 5 jam ke rate parking korang RM11.00 jugak. hahahaha

                      Jam pertama    - RM1.00
                      Jam berikutnya - RM10.00






Kami beruntung sebab anak buah aku atas nie keje kat i-City.
Jadi kami jadi VIP pada hari itu. Nak tau pasal ape? sebab dengan RM5.00
kitaorang boleh main semua permainan kat Taman Tema A. Yang kat atas tu.
Lagipun kami bukan bayar untuk semua orang. Bayar 7 orang je. Tapi bila nak 
main semua naik. Hahahaaa.. Untung tak?