.

Followers

Friday, February 10, 2012

Kalau takda buat cara takda

Macam biasa, aku buat entry nie sebab nak meluahkan rasa. Meluahkan rasa tidak puas hati aku. Soal nya KALAU TAKDA BUAT CARA TAKDA. Sebab apa aku cakap macam tu...? Sebab aku tak puas hati kepada sesiapa yang berkelakuan macam tu. Yeah, kena batang hidung sendiri. Mula-mula okey lah, boleh diam lagi. Tapi lama-lama..? Melampau lah kan.


Aku sakit hati tau. Aku tak suka orang guna barang aku tanpa izin aku. Memang aku tak suka. Dan aku pun memang tak suka sangat kongsi-kongsi. Sebab tu apa-apa aku rela usaha dan beli sendiri. Takda nak pinjam barang orang. Bukan aku bongkak. Tapi aku tak biasa. Aku takut kalau aku rosak kan barang tu ke. Orang yang bagi pinjam tu cerita belakang ke kan. Tu yang aku tak suka. Dan aku dah terbiasa sikap nie dari kecik sampai besar.

Mula-mula kasut. Aku simpan diambil. Aku ambil balik dia ambil lagi. Sampai kan satu masa aku tak sedar dah kasut tu dah jadi harta dia buat pakai hari-hari. Okey lagi. Lepas tu beg. Aku beriya ingat my bro pakai beg tu. Berhujan aku still pakai beg sandang aku. Sebab beg belakang aku takda. Bila aku nak outstation baru aku find out that beg tu telah dipakai HARI-HARI buat pergi sekolah. Ape perasaan ko? Aku tau lah beg tu tak mahal mane tapi berharga lah jugak bagi aku. Senang untuk penunggang motorsikal macam aku nie kalau nak bawa lappy ke ape kan.

Lepas aku ambil beg belakang aku balik, balik dari outstation aku tengok beg lain pulak takda. Aku malas nak bising-bising. Lepas aku mandi (balik dari outstation) aku tengok beg tu ada dah. Barang dalam tu pun dah diletakkan balik. Kelmarin lepas aku balik kerja, aku tengok beg tu dah takda dah sampai sekarang. Okey, berdiam diri lagi.

Semalam pulak aku balik entah kenapa rasa bengang je. Lantai bilik aku BERPASIR. Sapa pulak yang masuk bilik aku pakai kasut kan. Haaa? Aku dah lah pantang lantai berpasir nie. Lagi-lagi kat bilik. Tempat aku nak sembahyang. Sakit hati. Pasir tu banyak depan cermin besar aku. So, aku beranggapan orang tu pakai kasut dan belek diri depan cermin lah. Okey lagi..

Aku ambil towel nak mandi. Aku tercium perfume kat towel aku.. Apehal lak kan? Aku rasa nie memang perfume aku. Tak penah pulak aku sembur perfume atas angin sampai boleh melekat kat towel aku yang tersidai. Sakit nya hati. Okey, orang itu pakai kasut masuk bilik aku, pakai perfume aku lepas tu belek-belek muka depan cermin. KEPALA TENGKORAK KO..!!! 

Aku beli barang bukan untuk senangkan orang lain.




4 comments:

the puffy clouds said...

hmm sama lah i also xsuka org pakai barang i. lagi2 pakai xbgtau..mmg mendidih! :)

sabar ya?

BTW, ^.^ Feel free to visit our shop. We are selling bags below RM 50. This is serious :) Do come

http://thepuffyclouds.blogspot.com

or find us on FB : The Puffy Clouds

man said...

perkara ni pasti akan berulang selagi berdiam diri.

sailaaf said...

memang. ada golongan mcm ni. take advantage. lagi satu yg jenis kedekut..suka mintak2 brg org.

kyuubi said...

sama gak dgn aku. tp aku tgk org la. kalau dia ok ngan aku, aku bagi pinjam je. tp yg x bagi balik tu yg buat mendidih ni