.

Followers

Sunday, February 5, 2012

Sweet January 2012

Okey, sebenarnya aku nak buat entry nie lame dah. Tapi takde kelapangan nak post. Baru sekarang nak post. Basi tak basi aku nak post jugak. hehehe. Pada cuti sempena Tahun Baru Cina bulan lepas, aku dan keluarga pergilah berjalan-jalan. Sekitar Shah Alam je tak pergi mana pun. Pergi pun tak lah ramai. Dua buah kereta je. Lokasi pertama Taman Cahaya Shah Alam @ Taman Pertanian Shah Alam @ Taman Botani Shah Alam. Tiket untuk dewasa RM3 manakala untuk kanak-kanak RM1.

 





Selepas itu kami pergi ke i-City. Cuaca gerimis masa tu. Nak pergi Tasik Shah Alam pun sesak. Maklumlah cuti sekolah. Ramai yang bawa anak-anak keluar. Parking untuk i-City sekarang macam shopping complex. Kira ikut jam. So, kalau yang tak perasan rate parking tu memang terkejut lah bila bayar. Nasihat aku kan, kalau dah lebih sejam tu korang jalan lah lama-lama kat i-City tu. Sebab tak kisah lah 1 jam 10 minit ke 5 jam ke rate parking korang RM11.00 jugak. hahahaha

                      Jam pertama    - RM1.00
                      Jam berikutnya - RM10.00






Kami beruntung sebab anak buah aku atas nie keje kat i-City.
Jadi kami jadi VIP pada hari itu. Nak tau pasal ape? sebab dengan RM5.00
kitaorang boleh main semua permainan kat Taman Tema A. Yang kat atas tu.
Lagipun kami bukan bayar untuk semua orang. Bayar 7 orang je. Tapi bila nak 
main semua naik. Hahahaaa.. Untung tak?



No comments: