.

Followers

Sunday, March 27, 2011

Text Mandarin Untuk Esok.

Tak tau lah betul ke salah. Tapi aku dah buat. Janji ada. hahahha. So, Good luck for me for tomorrow..


Pukul sembilan pagi semalam, saya dan mama saya telah pergi ke pasar. Kami pergi ke pasar menaiki kereta. Di pasar sangat meriah dan ramai orang hendak beli sayur. Baru-baru ini selalu hujan, sayur-sayuran dan buah-buahan semakin mahal. Mama saya beli sedikit sayur dan buah. Saya beli buah epal dan mama beli buah mangga. Beli buah selepas, mama saya ingin beli udang dan ikan. Mama beli dua Kilogram udang kerana udang sangat segar. Mama juga beli lima ekor ikan kerana harganya tidak mahal. Di pasar, mama saya berjumpa kawan lama, Cik Hasnah. Dia beli daging ayam dan daging lembu. Tiga puluh minit selepas, kami pulang ke rumah.

Zuótian zaoshàng jiǔ(9) dian, wǒ hé we de māmā qù le basha maicai. Wǒmen zuo qiche qu basha. Zài basha hen rènào, hen duō rén xiǎng mǎi shūcài. Zuìjìn changchang xiàyǔ, shūcài hé shuǐguǒ yuelaiyue guì. Wǒ de māmā mǎi le dianr shūcài hé shuǐguǒ. Wǒ mǎi le píngguǒ he wǒ de māmā mǎi le mángguǒ. Mǎi shuǐguǒ yihòu, wǒ de mamā xiǎng mǎi xiā hé yú. Māmā mǎi le liǎng gōngjīn xiā yīnwèi xiā hěn xīnxiān. Māmā ye mǎi le wǔ tiao yú yīnwèi qian bù guì. Zài basha, wǒ de māmā kan ta de lǎo péngyǒu, Hasnah. Hasnah mǎi le jī ròu hé niúròu. Sānshí fēnzhōng yihòu, wǒmen qu jiā.


Saya dan keluarga saya suka menonton televisyen. Di rumah, kami selalu menonton televisyen bersama-sama. Malam pukul lapan papa saya suka menonton berita. Papa saya juga suka rancangan berinformasi dan Dokumentari Filem. Abang selalu menonton bola sepak perlawanan siaran langsung. Dia dan ayah pagi menonton bola sepak perlawanan. Mama saya tidak suka menonton Mandarin Filem. Dia lebih suka menonton Melayu Drama. Saya suka menonton Animasi Filem dan komedi. Ahad pagi, saya dan adik menonton kartun di Di'san Dianshi. Kakak suka menonton Korea drama bersiri di komputer. Kakak berasa Korea drama bersiri itu sangat menarik dan mengharukan.

Wǒ hé wǒ de jiārén xǐhuan kàn diànshì. Zài jiā, wǒmen changchang yīqǐ kàn diànshì. Wǎnshàng bā diǎn wǒ de bàba xǐhuan kàn xīnwén baogao. Wǒ de bàba yě xǐhuan kan zīxùn jiemu hé jìlùpiàn. Wo de gege changchang kàn zúqiú bǐsài zhíbò. Tā hé baba zǎoshang hao kàn zúqiú bǐsài. Wǒ de māmā bù xǐhuan kàn Huayupian. Tā xǐhuan kàn mǎlái huajù. Wǒ xǐhuan kàn dònghuàpian he xǐejù. Xīngqítiān zaoshang hao, wǒ he wo de didi kàn kǎtōng zai Di'san Diǎnshí. Jiejie xǐhuan kàn Hányu dlianxujù zài diannao. Jiejie juede zhège hen jingcai hé gǎnrén.

Minggu lepas, saya pergi ke KL Sental untuk membeli tiket bas ke Genting Highlands. Di KL Sentral, saya telah berjumpa kawan saya iaitu Liyana. Dia sedang beratur membeli tiket bas untuk balik kampung. Dia selalu balik ke kampung menaiki kereta dengan kakaknya. Dia menaiki bas balik ke kampung kerana keretanya rosak. Dia sangat rindukan kampung kerana sudah tiga bulan tidak balik kampung. Kampung halaman dia berdekatan dengan kampung halaman saya di Ipoh. Dia bercadang hendak menziarahi datuk dan nenek nya, sambil itu menghadiri majlis perkahwinan kakak sepupunya. Dia bawa keropok udang dan serunding daging balik kampung. Dia juga mahu balik kampung selama tiga hari kerana esok hari lahir emaknya. Dia beri hadiah jam tangan dan bunga kepada emaknya. Sebelum kami berpisah, Liyana bagi saya nombor telefon bimbit dia.

Shàngxīngqí, wǒ qù jílóngpō chōngshuā mǎi chēpiào dào yúndǐng gāoyuán. Zài jílóngpō chongshua, wǒ kan wǒ de péngyǒu le jiao Liyana. Tā páiduì mǎi chēpiào huíxiang. Tā he ta de jiejie changchang zuo qiche huíxiang. Tā zuo bashi qu huixiang yīnwèi ta de qiche huai le. Ta hen xiangjia yīnwèi tā yijing sān gè yuè méiyǒu huíxiang le. Tā de laojia fujin wǒ de laojia zài yíbǎo. Tā dǎsuàn kànwàng tā de zufu he zumu, shunbian cānjiā biǎojie de hūnlǐ. Tā dài xiabǐng he ròusōng huixiang. Míngtiān tā de mama shēngrì. Tā ye you huixiang sān tian yīnwèi. Tā gěi ta de mama shǒubiǎo hé hui. Yiqián zou, ta gei wo ta de shuoji hàomǎ.

Pada bulan lepas, saya pergi bercuti di Pulau Redang. Saya pergi bersama keluarga saya selama empat hari. Pemandangan di Pulau Redang sangat cantik. Persekitarannya sangat tenteram dan udaranya juga segar. Di sana, kami bersnorkel dan melihat batu karang. Kami juga pergi ke Kuala Terengganu. Ramai pelancong ke situ untuk melihat penyu. Kami bersiar-siar dan membeli cenderamata. Saya banyak ambil gambar di sana.Tahun depan, saya dan keluarga saya mahu pergi bercuti ke Hong Kong. Untuk pergi ke Hong Kong tidak perlu visa tetapi perlu bawa pasport antarabangsa. Kami perlu tempah tiket dengan agensi perlancongan. 

Shànggè yuè, wǒ qù Lèlàng Dǎo dùjià. Wǒ hé wǒ de jiārén qu zai nail sì tiān. Lèlàng dǎo de fengjing hen měi. Nali de huánjìng hen qingjìng he kōngqì yě xīnxiān. Zài nàlǐ, wǒmen qiányong he kàn shānhú. Wǒmen hai qù le Guālā Dengjiālao. Hen duō yóukè qù nàlǐ kàn haiguī. Women guanggiang he mai jinianpin. Zai nail wo dao paizhao. Míngnián, wǒ hé wǒ de jiārén xiǎng qù dùjià zai Xiānggǎng. Qiánwǎng Xiānggǎng bù xūyào qiānzhèng, buguo xūyào dài guójì hùzhào. Wǒmen xūyào ding piao he lǚxíngshè.

Here my solution for today.


Orang cakap coklat boleh hilangkan stress. Orang cakap coklat boleh buat kita rasa tenang. Dan tadi aku beli semua nie. Untuk menenangkan hati aku fikir kerja yang tak siap2 nie. Sambil buat kerja boleh makan kannn??? Dan sememangnya aku suka kan coklat. Rasa nak borong je. Tapi tadi aku baru makan Bytes dah rasa kenyang. Yang lain tak sentuh lagi pon.

Aku beli gajus. Yes, memang aku suka sangat gajus. Orang cakap kalau nak kuat daya ingatan makan gajus. So, aku boleh lah ingat taxt mandarin untuk Test esok. Lepas tu aku beli aiskrim. Coklat jugak. Sebab aku selsema. Ada sikit panas dalam. Orang kata penyebab tu lah penawar. So, tadi aku makan. So lovely...Sedap...hati ku sejuk. ahakz

Killing Me Softly With His Song


ARTIST: Roberta Flack
TITLE: Killing Me Softly

{Refrain}
Strumming my pain with his fingers
Singing my life with his words
Killing me softly with his song
Killing me softly with his song
Telling my whole life with his words
Killing me softly with his song

I heard he sang a good song
I heard he had a style
And so I came to see him 
And listen for a while
And there he was this young boy
A stranger to my eyes

{Refrain}

I felt all flushed with fever
Embarrassed by the crowd
I felt he found my letters 
And read each one out loud
I prayed that he would finish
But he just kept right on

{Refrain}

He sang as if he knew me
In all my dark despair
And then he looked right through me
As if I wasn't there
And he just kept on singing
Singing clear and strong

{Refrain}

Aku rasa down giler.

Aku tak tau lah kenapa lately nie emosi aku aku memang tak menentu. Sekejap aku rasa gembira, kejap aku rasa sedih dan sekejap aku rasa nak berseorangan. Aku tak tau nape. Aku runsing sangat walhal aku sendiri tak tau aku fikir pasal apa. Yang aku tau keje aku sangat lah banyak. Aku tak tau nak cakap kat sapa. Aku tak suka bila aku cerita kat orang, nanti orang tu salahkan aku balik. Nanti orang tu marah aku balik sebab aku layan dia macam cibai. Tolong lah, takda sape nak paham aku. Aku lebih selesa luahkan semua nya kat sini. Sebab dia tak kan lantun cakap aku balik.

Kepla aku sangat kusut. Aku takda masa nak melayan semua orang. Nak bersama 24 jam menemani ke mana saja. Aku juga perlukan ruang untuk diri aku sendiri. Aku tak salahkan kalau sape2 nak marah aku. Cuma fikir kan berada di tempat aku macam mana. Tak perlu nak sentak2 aku tak perlu nak tinggi suara kat aku. Lepas tu suruh aku pujuk suruh aku luahkan semua. Ingat boleh??? cuba carik perempuan lain yang boleh. Perempuan hati batu je.



Di tambah lagi lappy aku baru je jatuh. Aku pun tak tau macam mana lah boleh jatuh. Habis semua skrin aku colour dia lari. Aku sedih giler. Dah lah dah habis semester. Duit kat bank tu makin surut. Macam mana aku nak ganti? Kena tunggu semester depan lah. Nak tukar tu boleh tapi ada perkara lain yang lebih memerlukan. Aku beranggapan selagi aku boleh nampak aku pakai je. Tapi tiap kali aku tengok aku sedih giler. Air mata aku meleleh jer.

Ya Allah, baru sedikit cubaaan Kau bagi kat aku aku sudah mengeluh.
Maafkan hambaMu ini..

Saturday, March 26, 2011

Mungkin kerana...

 Aku tak sihat sikit. Bersin2 aje lepas tu selsema. Mungkin kerana jadual aku yang sangat padat..Kerja pun bertimbun-timbun. Yelah, dah nak akhir semester nie kan. Di tambah lagi cuaca yang tak menentu. Kejap panas terik kejap hujan lebat. Aku kan single rider, hujan panas memang mainan aku. Ecehhh...

Lagi selsema lagi aku suka minum sejuk2. Orang cakap buat ubat. hahahah. Pagi-pagi lagi aku dah minum air tebu ais2 lagi tau. hehe. Baru tadi air milo kosong ais. Selepas nie rasa nak aiskrim pulak. Nak aiskrim pelangi..Sedap sangat. Teringat zaman budak2 dulu.

Kepada semua, jaga kesihatan selalu okey....

Wednesday, March 23, 2011

Terjah kelas CRG AC2206N

Tadi pagi kelas kami buat Annual General Meeting untuk syarikat kami iaitu Oilmax Sdn. Bhd. selepas ditukar nama dari Petromax Sdn. Bhd. Sewaktu meeting dijalankan, aku tak leh lah nak snap picture sebab yang boleh waktu tu FIKRI jer pasal dia photographer. Jom tengok!!!!

ORDINARY SHAREHOLDERS
PREFERENCE SHAREHOLDERS & COMPLIANCE OFFICERS
MUHAMMAD NAIM @ COMPLIANCE OFFICER
MAKAN SEDIKIT KUIH YANG TELAH DISEDIAKAN..nape lah pejam mata nie yana & shi???

BEREBUT-REBUT PULAK NAK AMBIL KUIH
NI LAH PHOTOGRAPHER...SEMUA PANDANG DIE DOK AMBIL GAMBAR..

ADA GAYALAH TU...??

LAGAK PROFESSIONAL..HUHU

HABIS MEETING...

ORANG YANG BERJASA ANGKAT AIR MINERAL

ZAID YANG PENUH COMMITED & MUAZ YANG BER-TWITTER KOT???

HEY LADIES...SEXY BACK!! huhu

PENGHABIS KAN MAKANAN

BUDAK DEGIL SNAP PIC MASE ORANG PRESENT

Bila rasa mengantok menguasai pembelajaran


Kami sangat mengantuk ketika ini.
Lalu tercipta lah karya seni agung hasil plagiarism
dari gambar di handphone Nur Liyana.
Tangan >>>> Nur Liyana
Pelukis >>>> Nurul Aina Suhana

dua budak mengantuk dalam kelas QMT
Susah betul nak ambil gambar.
Sebab empunya tangan nie sangat pemalu. 
Tengok!!!

mula-mula
dapat pun...
CANTIK TAK????
KALAU KAMI KREATIF LAGI
NANTI AKU UPLOAD LAGI..
HAHAHAHA....


kenapa aku kena tahan polis??

 
Dalam pukul dua tadi petang aku macam biasa lah balik rumah. Kelas petang batal tapi lunch hour ada kelas. Aku malas nak merambu-rambu. Penat rasanya. Sebab aku pikir aku telah dipertanggungjawabkan oleh mama untuk bayar MARA abang aku. Asal nya nak pergi sekali jalan. Memandangkan hari panas terik aku decide balik rumah dulu.

Masa lalu jalan motor dekat-dekat tol Sungai Rasau, ade dua biji motor patah balik. Aku ingat motor depa pancit ke apa. Rupanya ade traffic. Nasib baik tak ramai. Kalau tak gabra jugak lah aku nie. Yelah, orang buat salah kan. huhu...tengok! tengok! kan dah kena tahan..Aku dah menyumpah seranah je dalam hati. Tapi sebab aku pakai baju kurung lagi sopan, aku senyum je lah maniskan mulut. Wekkk!!

"mintak lesen" aku pun bertanya balik. Untuk kepastian. haha..last-last aku kuarkan lah lesen. Dia belek lepas tu tanya "road tax ade?" aku pun cakap ada. Aku matikan motor sebab road tax dekat kunci motor. Nak lah bagi kat die tapi die tak tengok pun. Pastu suruh jalan. Cheittt! buat penat je aku matikan motor aku. Nasib baik ada starter. huhu

Eleh, dia tahan aku bajet aku takde lesen lah tu. Tengok pompuan nie kecik je naik motor. Mesti budak-budak. hahaha. Tak pun dia ingat aku tak tampal sticker 'L' atau 'P'..Aku punya lesen dah FULL lah..Tapi kelas B2 je lah. Aku takda lesen kereta lagih. hahahahaha...Selamat no plat belakang. Tak kantoi...



Tuesday, March 22, 2011

PROGRAM IN UiTM SHAH ALAM UPDATE!!!!

Hari Mesra PTAR, UiTM and Gemilang Siswa 2011

Attention: open in a new window.  
Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM and the Ministry of Information Communications and Culture in collaboration with the Students' Representative Council will organise Hari Mesra PTAR, UiTM and Gemilang Siswa 2011 programme:

Date : 21 to 23 March 2011
Venue : Ruang Legar PTAR & Foyer Menara SAAS

For more details, go to PTAR Portal

Career Attack 2011

Attention: open in a new window.   
Career & Counseling Centre will be organising Career Attack starting from March 22nd to March 24th, 2011. It is an open interview program for job placement to all final semester students and graduates UiTM only. It will be held at Annex Hall, UiTM. Currently 55 companies (such as Telekom Malaysia, RHB Bank, Indah Water, PLUS and the others) will participate. Respective students and graduates are encouraged to come early for job interviews, job applications and  having chance discuss with employers. Be prepare with your attires interview, resume, original and copies certificates.

For up-date information, visit our website www.jobshop.uitm.edu.my or www.facebook.com/pkkuitm



66 Companies Participated, 2500 Vacancies!!!
UPDATE 18 Mac 2011!!! 


Charity Choir 2011

Attention: open in a new window.   
Multimedia Society Club, Faculty of Computer Science and Mathematic in collaboration with the deaf children from Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Selangor (Pekak) (SKPK) will be hosting a Charity Programme known as the 'Sign Language Choir Show'.

Date : 25 March 2011
Time : 8:00 p.m. to 10:30 p.m.
Venue : Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam
Ticket Price : RM 2.00 for students
RM 5.00 for non students

Collection from the tickets sold will be donated fully to SKPK.
8 to 11 songs will be presented in sign language. Similar presentation can be viewed at
http://www.youtube.com/watch?v=JNl91QXws7o

Everybody are most welcome "to learn sign language" and donate to the needys while enjoying the show.




Ekspo Selangkah ke UiTM



Thursday, March 17, 2011

MY 1ST GIVEAWAY (ZUE) CONTEST


Dah lama rasa nya dapat tag dari Nor Suhaiza. Baru sekarang aku ada masa sikit nak buat. Yelah buzy memanjang kan dengan kerja bertimbun-timbun..hehehe...

Kepada sesiapa yang suka join contest, boleh lah join contest nie ye..Senang jer syarat nya..
  1. Terbuka kepada semua blogger (ada blog), blogger Malaysia sahaja ye....
  2.  Follow blog NIE...!!
  3. Buat 1 entry dan masukkan banner dan link kan ke  entry INI..
  4. Letak banner kat side bar dan link kan ke entry INI..
  5. Tinggalkan link dan komen di bahagian komen entry INI..
  6. Tag dua orang atau pun lebih... 

Wacana Cinta Agama, Bangsa & Negara


Ini merupakan program yang dianjurkan oleh pihak UiTM hasil kerjasama bersama unit NR (Non-Resident) pada 16 Mac 2011. Aku sampai dalam 8.15 sebab program start pukul 8.00 malam <<< SO MALAYSIAN. Aku tunggu kawan aku datang yelah kan segan sorang-sorang. Aku sampai je dah ramai budak UiTM dekat Dewan Agong Tuanku Canselor. Nie merupakan dewan baru yang dibina untuk konvokesyen katanya lah ye.

Sampai-sampai je dah makan dulu. Keliling dewan ada kaunter makanan. Adalah dalam 10 kaunter makanan sebab nya berapa ramai pulak student UiTM Shah Alam tu kan. hahaha...Menunya nasi beriani, dalca, ayam goreng, buah epal dan air kotak. Aku sebenarnya malas nak pergi. Yelah, banyak kerja menanti dan semuanya due date dah dekat. Tapi kena pergi juga sebab program nie under pihak Fakulti. Takut lah apa2 jadi tak pasal-pasal kena repeat ke kan. Dengan alasan, TAK PERGI PROGRAM YANG DIWAJIBKAN.

Bagi fakulti aku, semua pelajar NON RESIDENT dan pelajar PART 6 diwajibkan hadir. Dua-dua memenuhi criteria aku. NR dan part 6. Macam mana tu? Ye kena pergi juga kan. Aku pulak pergi alim jer. Pakai baju kurung. Kawan-kawan aku pakai seluar je. Habis aku kena bahan malam tadi. Aku bukan apa, malas nak pakai seluar takut tak berapa proper pakaian aku. Kot kot seluar ketat lah, baju singkat lah, tudung jatuh2 dari bahu lah. So, aku lebih senang pakai baju kurung. Tentu-tentu aku pin tudung kat bahu kan. huhu..

Gara-gara kawan aku lambat, masuk dewan pun lambat. Pasal makan dulu, lapar sangat. Jadi tempat duduk semua dah penuh. Kami pergi Aras 2 duduk kat atas sekali. Aircond tak dapat sangat. Tengok kat pentas kecik je Naib Canselor UiTM tu. Nasib baik ada layar skrin yang besar. hahaha...Aku pun tak berapa nak dengar sangat lah. Sibuk buat homework kat belakang...(baik nya)


p/s: berapa lah UiTM bayar caterer tu ye??? banyak tuh...

Aku bengang dengan kawan aku.

Adat lah kan kalau tengah belajar nie lecturer mesti bagi assignment. Lepas tu buat dalam group kan. Dan adat jugak lah kalau one of our team member akan buat hal dengan tak buat kerja yang telah diberikan. Selalu nya bila ade kerja kumpulan aku akan bahagikan kerja. Kira aku assign siap-siap lah akan every person buat apa. Kadang-kadang aku divide kerja dengan Nur Liyana Ibrahim.

Nak dijadikan cerita, kawan aku sorang nie tak buat pun kerja die. Dah cakap awal2 nak hantar report semua hari Rabu. Mana yang salah semua kena betulkan. Ni tak, dia pergi buat yang untuk presentation ajer. Yang lepas-lepas punya tak betulkan pun. Lepas tu suruh buat Introduction and Conclusion pun tak jugak. Suruh group member yang lain buat.

In return cakap nak belanja breakfast and lucnh lah. Alih-alih tak datang kelas pun. Sampai 12.20 tengah hari takda breakfast takda lunch. Kata nya penat stadi and lambat bangun. Hai cik abang, hang duk ber-tweet sampai pagi-pagi buta tu sanggup lak. Ada je masa, yelah awek ko pun tahitwitter ko pun sekali lah ye. Nak kumpul banyak2 tweets tu.

Tak boleh lah macam tu kawan. Kita kerja dalam kumpulan. Masing-masing ada tugas nya sendiri jadi kita kena lah bertanggungjawab ke atas tugas yang telah diberikan kepada kita. Jangan lah buat tak endah jer. Markah kongsi sama-sama tau. Tak berkat karang markah ko. Habisnya, team member touching seharian nie. Aku sekali lah...

Tuesday, March 15, 2011

Minggu yang BANYAK kerja



Waiting list homework dan assigment sangat lah banyak.
Lepas satu siap satu lagi datang.
Kena buat slide show lah, report lah, draft lah
Role play untuk Mandarin belum buat lagi.
Kebanyakkan due date nak hujung bulan nie.
Masuk bulan 4 jer dah nak Test 2.
Jadual dah ada yang keluar pon..
Test 1 punya paper pun belum nak dapat lagi...






Oleh kerana banyak kerja yang bertimbun,
Aku pun start lah sakit kepala.
Memikirkan kerja yang dah nak kena hantar.
Sampai nak termuntah hijau je rasa..
 Bluekkk..! (sengal lah aku nie)
Kalau lah aku boleh jadi macam Garfield nie mesti bahagia.
Lecturer mesti tak leh kate ape punya lah. hahaha





Aku memang jenis yang meniarap bila buat kerja.
Tak kisah lah meniarap atas katil ke atas lantai
Sebab bagi aku bila mcm tu aku selesa
Tapi tak boleh lama-lama sangat...
Sebab nanti tulang belakang aku sakit. Pusing sikit jer
dah kerepuk-kerepuk..
Bukan takat tu jer..leher aku pun sakit kalau lama
sangat meniarap...~





Bila lah aku dapat tido lena macam nie....
Macam best ajer..
Tak pikir masalah...hoho

Monday, March 14, 2011

AKU JOIN BLOG LIST suhaiza----qAsEhOrKeD!!!!

  • Menjadi follower blog suhaiza----qAsEhOrKeD              
  • Aku pilih kategori A untuk perempuan..mestilah kan??      
  • Komen: 
    • Warna yang digunakan menarik. Tak nampak dull dan macam happening jer.
    • Font yang digunakan memang best. Dpat baca clear dan tak payah nak pening2 guna pembaris nak baca. hehehe
    • Background yang digunakan pun cantik. Tak menyakitkan mata. hehe
    • Lagi bagus kalau list follower tu letak kat atas. Bukan untuk menunjuk-nunjuk ye tapi untuk memudahkan blogger lain nak follow. Tak payag scroll bawah sangat.
    • Blog header nampak macam serabut sikit. Sebab nya banyak icon-icon dan gambar kecik. Tak dapat tengok gambar owner betol2. hehe..sory ye
  • Tarikh tamat 15 Ma2 2011 @ 12.00 a.m (Selasa)
     

jom join bloglist Tengku Ashran


Kali kedua join bloglist. hehe..Dapat from rubie kawan kelas aku. Sementara tengah melayan ngantok nie sempat jugak update blog. hahaha. Homework pun telah berbaris menunggu..kuikuikui..Kalau korang free, join lah bloglist Tengku Ashran nie. Senang jer nak buat. Tak banyak requirement pon. huhu...Cepat-cepat! Tarikh tutup 17 Mac 2011 iaitu khamis nie. Klik di sini atau pun banner kat atas ye..

'KONDANGAN' KE RUMAH SAUDARA

Okey, entry nie sepatutnya hari ahad dah post. Tapi aku tak sempat nak buat entry untuk nie. Memandangkan aku dah cakap aku nak kongsi, jadi aku pun berusaha menyiapkan entry nie. Ahad lepas pada 13 Mac 2011 salah seorang saudara aku melangsungkan perkahwinan nya bersama pilihan hati yang berasal dari Negeri Sembilan. Dia nie adalah 2 or 3 tahun lebih tua dari aku. Tapi orangnya kecik aja..


Sebelum pergi memang kena snap dulu kan.
Bersama anak buah iaitu ayin

okey, nie lah pengantin perempuan.
Merangkap saudara kami.
Mase ni pengantin lelaki nak datang dah
Kami cepat2 salaman 'sumbangan' lepas tu amik gambar. hehe

Bersama nana iaitu adik ayin.
Tema nya kaler purple. Nampak kan.
Menu nasi campur, ayam golek, rendang daging,
pajeri nenas, dalca, cendol dan ais-krim.
Mak aku merangkap tukang masak hari itu. hehehe

Suasana di Jalan Paip Meru
Ya, aku memang orang kampung. hehe
We want go back home!!
*mama suruh bawa 'berkat' banyak..malu tau

Bersama amira yang juga adik ayin.
Okey kami nak balik. Makan sudah penat sudah.
Kasut pun kotor sudah sebab lecak (hujan)
*ais-krim yang tak habis-habis


Masa amik gambar nie ayin cakap
"ko buat2 lah suasana kampung nie kampung yang paling best"
"ko pegang lah ais-krim tu"
(aku tak pandai posing) huhu


KAMUS JAWA:
KONDANGAN = MENGUNJUNGI MAJLIS PERKAHWINAN
SUMBANGAN = SEDIKIT SUMBANGAN WANG KEPADA IBUBAPA PENGANTIN
BERKAT = MAKANAN YANG DIBUNGKUS UNTUK SAUDARA-MARA

Jom Join Bloglist Taufiq Tiramisu


Tadi sempat blogwalking kejap. Jumpa entry ni kat salah sorang blogger yang aku follow. Tengok banner cantik je. Aku pun nak join jugak lah Bloglist Taufiq Tiramisu nie. Lagipun aku baru berapa kali join bloglist mane-mane blog. Yelah, segan lah. Follower aku tak banyak pun. hehehe..

Blog Taufiq Tiramisu nie smart dan tak banyak accessories sangat. Jadi mata aku tak lah semak je tengok. Template yang digunakan okey. Sebab bila aku nak blogwalking nie, kalau blig tu macam semak je aku terus pening pale. hehehe..jangan mara ye sesiapa...

Korang boleh join jugak bloglist nie. Klik je kat sini atau klik je kat banner atas tu ye...Terima kasih...