.

Followers

Tuesday, January 3, 2012

Selamat datang 2012

Selamat datang untuk tahun 2012 dan selamat tinggal tahun 2011. Terlalu banyak kenangan pada tahun 2011. Pahit, manis, gembira dan juga sedih. Semua nya ada pada tahun tersebut. Tapi benda yang dah berlaku dikenang jangan. Hidup kita kena lah maju ke hadapan kan, kena pandang depan. Tak payah nak pandang belakang dah. Nanti ada momok..! hahaha

Semoga tahun ini segala yang telah dirancang oleh aku mahupun kawan-kawan sekalian berjalan dengan lancar. Bagi yang nak menamatkan zaman bujang tu, mana yang dekat tu boleh lah jemput. InsyaAllah jika ada kelapangan aku akan datang. Aku harap tahun nie aku boleh habiskan degree aku dalam masa yang telah ditetapkan. Lepas tu aku nak sambung buat professional. Amin..

Pada awal tahun juga banyak kejadian yang telah berlaku. Di antaranya kisah Nur Amalina Che Bakri yang telah berubah. Beliau merupakan seorang pelajar pintar daripada Kelantan yang telah mencipta rekod dengan mendapat 17A untuk SPM. Apa yang berlaku terletak pada dirinya sendiri bukan pada orang lain. Buruk baik dia boleh tentukan sendiri. Orang-orang tua cakap susah nak jaga budak-budak pandai sebenarnya. Sebab ada je akal dan idea mereka. Contohnya baring atas jalan semasa demo. OPS....!!!



No comments: