.

Followers

Tuesday, June 15, 2010

Aktiviti musim cuti sekolah yang orang selalu buat.


Sekarang kan cuti sekolah so banyak lah aktiviti yang budak-budak sekolah nie dah plan…maklum lah cuti dua minggu kan yang penat nya nanti emak2 kat rumah sebab asyik kena kemas rumah sepah je..hehe..aku pun lebih kurang jugak walaupun aku takde anak. Tapi anak buah aku ramai so datang jer rumah sepah la kan..

Keluar dengan kawan-kawan
Masing-masing dah plan awal2 nak berlibur dengan kawan..ada yang nak tengok wayang, konvoi motorsikal, buat reunion dengan kawan lama, main bowling, shopping dan macam2 lagi..masa nie lah pakat ramai2 mintak duit kat mak bapak nak kuar..hahaha…tapi ada jugak yang dah kumpul siap2..preparation kan..kepada pasangan yang bercinta pulak nak pergi dating ke bercuti ke sambut anny ke kan..pokoknya kalau duit ada semua benda ni jadi kan?

Rewang dekat kenduri kahwin
Sebenarnya rewang ni ertinya tolong orang semasa kenduri kahwin. Sana sini ada khemah terpacak dan dalam satu hari je dekat 10 buah rumah buat kenduri kahwin. Masa ni yang anak2 dara dah tempah baju awal2 nak melaram kat kenduri kahwin. Yang lelaki pula sibuk jadi penanggah. Untuk golongan OL atau pun orang tua ni pening mase ni. Sebab kalau ikut tradisi jawa punya orang kalau datang kondangan(pegi umah orang kawen) kena hulur duit sumbangan..biasa macam mak aku paling sikit pon RM5..kalau saudara tu berpuluh-puluh lah.

Pergi kelas tambahan
Kepada mereka yang ingat pelajaran lagi masa ni akan digunakan untuk pergi kelas tambahan..tusyen dengan cikgu ke makcik ke kan..tapi kelas tambahan nie tak tertakluk kepada pelajaran sahaja. Mereka juga boleh pergi ke kelas yang menyediakan kemahiran soft skill. Contohnya kelas komputer, kelas memasak, kelas menjahit tak lupa juga kelas yang tak diiktiraf kelas memandu..hahaha..cukup umur boleh ambil lesen kan..?

Online setiap hari
Aktiviti ni rasa nya kalau tak cuti sekolah pun ramai orang buat kan. Tapi aktiviti ini memang meningkat dengan mendadak ratingnya ditambah lagi budak asrama pulang ke rumah. Masa ni mereka kalau boleh online 24 jam..borak dengan kawan lama lah baru lah..nak buat myspace lah facebook lah dan macam2 lagi.

Part time job
Untuk yang suka buat duit masa ni akan ditunggu-tunggu..carik job sementara yelah dapat duit boleh enjoy kan. Contohnya ambil upah potong rumput, mengecat rumah, hantar kad jemputan kahwin dan catering. At least kerja nya senang dapat duit budak2 sekolah pasti akan buat. Tapi yang halal je yer..

Berkhatan
Klinik2 akan buka pendaftaran bagi mereka yang ingin bersunat atau berkhatan. Budak2 lelaki yang belum sunat akan disunatkan pada waktu ini. Best ape sunat nie sebab nanti dapat duit banyak..mak bapak janji nak belikan itu ini..hahahaha..terdapat juga masjid yang menganjurkan majlis berkhatan ramai2..yang nie meriah sekali lah sebab selalunya mandi pun pakai hos bomba..hehehe…

Banyak lagi lah aktiviti yang selalunya budak-budak sekolah buat masa cuti..tak kisah lah mereka nak buat ape tapi yang baru nak 'up' tu jangan buat benda yang tak senonoh. Tak pasal2 ade yang kena tido lokap karang..okey?

14 comments:

Sharinginfoz said...

macam2 boleh buat kan.. hmmm yang seronok apa lagi tidur.....

MOFASAD said...

bestnya la kalau kembali zaman cam 2...

tapi sekaran dah tak boleh..

kena kerja lah!!


waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!


>>____________<<






..


ANDA RASA SETUJU??

Frodo Baggins said...

paritt!! boleh jer ...
tangan lu aktif!! jgn risau.


hye cik adik
ada tambahan sikit
skodeng anak dara org di cuti skolah.
weeeeee ~~


>>___<<

ainasuhana said...

sharinginfoz:
hahaha..memang rutin dah kalau keje tido tu..

farid mosafad:
kerja ker??? ahaha..zaman dah berlalu..

frodo baggins:
aha...kalau aku skodeng anak jantan kot..hahaha

Redbloodsnow said...

SONOKNYERRRR...TUH LAH YG SYORGANYA JD STUDENT KAN KAN KAN..HEHE

ainasuhana said...

hahaha...
mase student memang best
rase tak nak pergi alam pekerjaan lak..
tp hidup kan berputar..

Anonymous said...

saya menyokong usul incik frodo...tapi dengan cara yang berlainan...

membiarkan diri diusha oleh gadis-gadis


Jom Komen:
Budaya Orang Kita (Versi Facebook)

anis hamzah said...

time budak2 sekola dlu suka sgt sebab dapat keluar jenjalan dgn fmly.. tapi skg dah jadi penganggur kene duk umah je...duet takde nk kua...huhu..

ainasuhana said...

to sir marcello:
hahaha...suke kene usha ker?

to anis hamzah:
skrg pon nak kuar mintak mama lagih..hahaha

pawaka19 said...

zaman dulu2 mmg bosan gile..tak tau apa itu internet hehe

♥ Che NamNam ♥ said...

sangat seronok time student so sesaper yg masih student tolong jgn sia-siakan title student anda..kalo dh kejer tak merasalahh musim coti sekolah dahh..

salam kenal dik..nice blog here..

Ain Zulaikha said...

betul2... best jadi student ^.^

azuan said...

part time tue aku suka...tidor jugak hihii

ainasuhana said...

haha..semua orang suke tido..