.

Followers

Wednesday, February 9, 2011

Family Gathering on 04022011

Kami sekeluarga memang dah merancang untuk buat makan-makan sekeluarga. first plan nak buat malam new year tapi abang masuk hospital pulak jadi ditangguhkan. So setelah dibincang2 kami sepakat buat pada 04-02-2011 bersamaan hari sabtu. Semua boleh datang except sorang abang aku. Idea nak buat semua nie berasal daripada aku sendiri. hahaha..

Malam tersebut aku menetapkan semua keluarga memakai baju warna MERAH dan sebagai tiket masuk majlis. haha..Macam kejam pulak. Mula-mula aku saja je tetapkan warna baju last2 semua setuju. Yelah, alang-alang Chinese New Year, jadi hongse ade ong kot.

sebahagian orang merah..





 
Pada sebelah petang, kami menyediakan tempat dan barang-barang yang diperlukan. Oleh kerana pada waktu itu ramai je, aku pun bagi cadangan buat banner. Berbekalkan SARUNG BANTAL LAMA kami buat lah banner guna marker pen dan poster colour. huhu..seronok aku tengok anak-anak buah aku cop-cop tangan. hahaha..cop tangan aku takde...isk..

Menu malam tu macam2. Spaghetti, Yong Tau Foo, ikan bakar, ayam bakar, cheese sosej, kerang bakar, udang bakar dan macam-macam. Makanan semua disediakan secara kongsi-kongsi. hehehe...bajet taw..kiranya tiap2 orang ada contribution dia masing-masing. Walaupun aku adik-beradik 6 orang dan anak buah dalam 18 orang aku rasa macam sikit je orang nya. Tapi sikit-sikit pun riuh rendahnya mengalahkan 5 buah keluarga. hahahaha..



Sebenarnya gambar kat atas nie sewaktu perlawanan persahabatan je. hahaha..ops! lupe nak cakap. Malam tu AKU JADI PENGANJUR GAMES. hahaha..untuk pertandingan tarik tali ni aku guna gelung getah paip. Sebab carik tali tak jumpa. Waktu dieorang main2 untuk cuba-cuba, tarik punya tarik lama-lama getah nya putus. Habis bantai ketawa ramai2 sampai kampung sebelah boleh dengar.


Pertandinagan barisan terpanjang ni sebenarnya games pantai. Tapi aku praktik kan jugak kat rumah aku. Mula-mula masing2 malu. Last-last ada yang bukak baju dengan seluar sekali. Sebab syarat permainan ni bina satu barisan yang panjang dengan menggunakan BARANG KAT BADAN SAHAJA. Jadi semua digunakan termasuk dompet, tali pinggang, rantai, seluar, baju dan sebagainya. hahaha..Tak kurang jugak yang maen tipu. hahaha



Bahagian ni paling best. Untuk pertama kalinya aku berjaya menggabungkan anak-beranak kakak-kakak aku dan aku tengok semua nya sporting habis. hahaha. Macam-macam mumia ada. ada yang jadi pocong, ada jadi hantu cina hahahaha..apa-apa pun abang-abang ipar aku semua nya SPORTING & COOL habis.. sanggup berpanas kena bungkus dengan tisu jamban. hahahaha


Lepas jadi hantu bungkus, masing-masing bertukar incredible hulk. hahaha..tisu bertaburan di perkarangan rumah aku. anak-anak buah aku ape lagi. buat-buat macam salji pulak. hahaha..kesian kakak aku jadi MPJP (Majlis Perbandaran Jalan Paip) mengaut segala tisu-tisu yang bertaburan. haish, budak-budak tau je lah. Sepahkan barang memang dia yang hero &heroin nya. hahaha...


Carik gula-gula dalam tepung. Permainan feveret di kalangan anak-anak buah aku. Ada yang siap dah praktis lagi kat rumah dieorang. Hai, semangat betol nak main. Selaku penganjur sukan, aku melaksanakan lah impian dieorang. hahaha! hebat, cepat je habis amik gula-gula tu. Takde tiup-tiup sangat. Terus benam je muka dalam tepung tu. hahahaha...Hantu tepung want to be!!



Setiap games mesti ada part yang makan-makan kan. Aku decide guna dragonfruit je. Before tu aku nak guna LIMAU BALI. Kopek dengan tangan atau mulut lepas makan sampai habis. Tapi pkir2 balik macam kejam pulak. Dragonfruit nie pun separuh je sorang. Ikot perancangan asal seorang sebiji. Pemenang permainan nie Muhd Azhari Iqbal (kanan sekali) yang dapat menghabiskan tak lebih 10 saat tau..! dia nie memang hantu dragonfruit. Sepatutnya disqualified dari game nie. hahahaha


Permainan tangkap belon air aku jadikan game yang last. Yelah nanti takot basa-basah pulak kan. Terjerit-jerit dok nak tangkap belon tu. Yang menang memanglah Iqbal si kaki kepoh terlebih active nie. hahaha...Bolot hadiah banyak betul. 


Macam boleh jadi gambar sebelum dan selepas pulak kan. hahaha..Hasil daripada terapi pemutihan kulit dari salon yang tak bertauliah. hahaha..Dieorang dah pakat-pakat nak baling tepung kat aku. Jahat betol lah. Tak sempat nak elak. Habis baju dan rambut aku. Melekat-lekat kat kulit kepala tepung tu. hehehe...Nak kena???

Last sekali penyampaian hadiah. Banyak jugak lah hadiah yang aku beli.
Tak lupa jugak ada TEKA-TEKI. Lawak2 aku bagi soalan nya.
Yang dapat tu tahniah diucapkan...
Lain kali kite buat outdoor pulak. Cadangan nya PULAU PANGKOR.
Sapa setuju angkat tangan..! kena buat collection awal-awal. hahaha

2 comments:

MamaEma said...

wah meriahnya!!!

@ku d! sin!e said...

sangat2..hehehe