.

Followers

Wednesday, July 28, 2010

Power Of 10 Sen



Lepas habis kuliah aku pergi ke PC FAIR di UiTM dengan kawan aku. Nak beli antivirus asalnya tapi jalan2 dan temui something yang interested. Penah dengar pasal Power of 10Sen????? Aku pun first time dengar benda ni pastu berminat sangat. Dianjurkan oleh badan NGO untuk kanak-kanak. Pastu aku beli button badges kempen ni RM5 jer dapat 3...huhu..cantik! tapi sayang tak upload lagi gambarnye

Power of 10Sen adalah kempen yang khususnya membantu kanak-kanak seluruh dunia. Kempen ini memberi kesedaran kepada generasi muda pada masa kini tentang kekuatan 10 sen dengan kerjasama Malaysia Global Peace Festival. Tujuan utama ialah untuk mengembangkan budaya MEMBERI dan menanamkan semangat sukarelaan kepada anak muda.

Falsafah di balik kempen ini adalah bahawa semua orang mampu untuk memberikan 10sen. Slogan mereka ialah "Ketika kita meminta orang muda untuk menyumbangkan 10sen, kami tidak meminta wang mereka, kami meminta untuk hati mereka". Kempen ini mempunyai harapan bahawa jika mereka dapat menginspirasi semua anak bangsa untuk secara sedar menyertai dalam tindakan memberi sekali, setiap hari, maka mereka pada akhirnya akan mendorong generasi, bertanggung jawab, dan perhatian individu beretika.

Untuk maklumat lanjut http://www.power10sen.org/ atau nak menderma boleh kat sini http://cup.com.my/
Sape yang nak jadi sukarelawan leh daftar ye..Mekasih..

7 comments:

ishiko said...

wahh,,,wahh,,,pasni kne rajin2x derma 10sen lar... tp asek derma kt washing machne je..(=.=")

Azuan said...

bagus betul hihi..

ainasuhana said...

ishiko:
bukan selalu washing machine gune 50 sen ker? hehehe

azuan:
baguskan...???:)

Hasnah said...

wlupun 5 sen.. tetap jugak berharga ;)

Sharinginfoz said...

sikit2 lama2 banyak le kan

miss lolly a.k.a luvfareda said...

tapi dak2 skng 10 sen xdipandangnyaaaa. buang rata2 ish3. kan bagus kalau mnderma =)

ainasuhana said...

tu lah..kan bagus menderma..
seposen pun ade nilai kan kan...