.

Followers

Friday, November 8, 2013

Skipping and yoga

Sedia maklum yang berat badan pun semakin bertambah-tambah semenjak aku meninggal zaman universiti. Siapa cakap zaman 'u' ni paling best? buktinye lepas aku habis belajar je berat aku naik. Tambah-tambah kalau duduk rumah je tak cari kerja. Tapi aku duduk rumah 2 minggu je. Lepas tu dapat kerja dah. Cuma yelah.. Bila bekerja ni saat yang korang tunggu ialah lunch hour and habis waktu bekerja.
 
Nak-nak lagi officemates ajak makan sana la sini la. Masa kerja ni nak skip makan susah. Bila kita tak nak keluar makan nanti ada je yang mengajak.. 'jom lah..takpe, kerja tu nanti-nanti boleh buat. makan dulu'. Mengajak untuk gemuk bersama. Tetapi ada jugak yang cakap 'eleh, diet la tu tak nak makan tak nak makan ni'. Heee betul tak? Cabaran dan dugaan tu besar.
 
Aku sebenarnya suka tengok orang berlari atau marathon. Macam nak join je. Tapi tak terdaya. Malas tu mengalahkan nafsu. Kadang-kadang bukan disebabkan malas tapi sebab takda masa. Sekarang ni aku kerja balik tak menentu, hujung minggu ada kelas. Hari ahad memanfaatkan masa duduk rumah berehat ataupu keluar berjalan. Memang pack!
 
Dengan baki kesedaran sivik yang aku ada ni, aku menjinak-jinak kan diri aku kembali main jumping rope atau pun skipping. Aku buat takda lah banyak mana, lepas balik kerja je aku peruntukkan 30 minit untuk buat skipping. Aku suka jugak skipping ni. Best! macam mengenang kembali main lompat getah waktu kecik-kecik dulu. hehe
 
Untuk permulaan ni aku buat 500 kali je. Itu pun tercungap-cungap dah. Aku akan tambah 100 sehari until maksimum 1,000. Takda pun sampai 30 minit. Selebihnya aku cooling down and buat simple streching a.k.a. yoga.Takda lah aku buat yoga tunggang terbalik lipat-lipat tu. Simple je. Untuk streching badan aku.
 
Aku ada masalah lower back pain. Kerap sangat sakit. Aku tak boleh berdiri atau duduk terlalu lama. Sakit sungguh kat pinggang tu. So, aku try yoga for back pain. Aku apply pose yang biasa2 dan senang. Melegakan.. Sungguh...
 
 
 
p/s: kalau boleh pecahkan lemak lagi bagus.

3 comments:

Kekzamanis said...

Salam kenal Aina! Datang jalan2 sini tambah kenalan baru.. #290
Mak aii, 500 kali lompat tali? Kalau akak tak sampai 100 kali lompat dah pengsan kot.. Gugugu~~ Ni la padah dah lama tak exercise.. Tetiba nak kembali aktif bersukan cam dulu2.. Huhu..
Mieza Suri Shaklee

Unknown said...

dah lamaaaaaaaa tinggalkan skiping!! rindu plak..

cendawanpink said...

sama laa,sejak keje ni..
mmg makan saje..hehee..
weekend lak konon2 nk jogging..
akhirnye..
jogging kt katil lg bessssst..ahahaa.. :D