.

Followers

Tuesday, January 10, 2012

Zip die terbukak lah!!

Cerita nya macam nie. Pagi tadi aku pergi kerja macam biasa. Hari nie nekad nak bawak motor selow je sebab nak save minyak. Tengah bawak motor kat Setia Alam tu, sepasang suami isteri melewati aku. Ecehhh.. Hahaa. Wife die pakai baju kurung. Kerja office lah kot. Eh, same lah kite..! (keje office jugak).

Aku perasan zip kain baju kurung dia TERBUKAK..!!. Aku dengan kesedaran sivik nya kejar lah balik motor tu. Aku lalu tengah dia lalu tepi. Aku perlahan dia laju. Aku terus dia lalu jalan short cut. Haisehhh.. Aku berusaha gigih nak bagitau nie..

Akhir nya sampai Highway Bukit Raja, tak jugak kelihatan motor pasangan suami isteri tu. Ape ke selow sangat bawak motor tu. hahaaa. Lastly aku teruskan je lah perjalanan aku ke office dengan rasa bersalah..

Perempuan berbaju kurung, kalau tak zip kat kain tu nampak peha tau. Bukan sikit tapi banyak yang nampak. Kalau aku malu gila, yelah ade selulit. Hahaha morning..!!!

Thursday, January 5, 2012

Terjawab sudah perubahan emosi

Sekarang aku takde rasa sedih ke marah ke. Malam tadi tiba-tiba ada aura pelik. Rasa nak bermanja pulak kali nie. Aw awww.. Gedik kau..!! Hahahaaa. Okey, terjawab sudah kenapa aku tak boleh kawal emosi aku. Pagi tadi ceria je dapat breakfast dengan tersayang. Haha. Makan mee goreng lagi tu (feveret).

Bila sampai office terus lah buat kerja (acahh acahh jer) sebab bukan aku banyak keje sangat pun. Hehe. Lepas makan mesti terasa nak pergi toilet. Nak berak lah kan (direct giler). Tengok-tengok dah ade. Dah mai dahhhh die.. hahaha. Itu je nak cakap. Tapi boleh pulak nak buat entry kan. Terasa diri ini sengal seketika.

Suke hati aku lah kan.. >_<

Wednesday, January 4, 2012

Perubahan emosi

Minggu ni lah aku rasa lain macam jer. Asyik nak marah-marah jer. Dari malam tadi pulak aku rasa pilu jer. Rasa sayu rasa sunyi. Lepas tu macam sebak je. Terasa pape sikit mula lah mengalir airmata. Tanda-tanda menopause??? ohh tidakkkk...!!!!!!!!!!!

Tahun nie aku baru nak masuk 23 tahun tau. Belum lagi lah. Lambat lagi nak menopause tu. Aku bukan apa. Kesian kat orang sekeliling aku. Lagi-lagi yang tersayang. Asyik terkena je tempias perubahan mood aku. Yeahhh, aku akui yang aku agak sensitif. 

Tak nak lah macam nie. Aku nak happy jer. Senyum jer.. Tapi macam mana. Dada nie sebak je. Aku rase lah kan, aku kena nangis dulu kot baru okey. Hahahaha... Bagi sebak tu hilang. Kalau aku tak nangis macam mana sebak tu nak hilangkan. hahaha.. *idea*





Wordless Wednesday #7



Tuesday, January 3, 2012

Aku dah mengundi




Undi lah kat SINI


Rakyat Malaysia memang menyumbang paling banyak. Haha.. Sebab nya kan...


Kesimpulannya, ramai rakyat Malaysia menghabiskan masa di laman sesawang. Ehhh.. >_<

Selamat datang 2012

Selamat datang untuk tahun 2012 dan selamat tinggal tahun 2011. Terlalu banyak kenangan pada tahun 2011. Pahit, manis, gembira dan juga sedih. Semua nya ada pada tahun tersebut. Tapi benda yang dah berlaku dikenang jangan. Hidup kita kena lah maju ke hadapan kan, kena pandang depan. Tak payah nak pandang belakang dah. Nanti ada momok..! hahaha

Semoga tahun ini segala yang telah dirancang oleh aku mahupun kawan-kawan sekalian berjalan dengan lancar. Bagi yang nak menamatkan zaman bujang tu, mana yang dekat tu boleh lah jemput. InsyaAllah jika ada kelapangan aku akan datang. Aku harap tahun nie aku boleh habiskan degree aku dalam masa yang telah ditetapkan. Lepas tu aku nak sambung buat professional. Amin..

Pada awal tahun juga banyak kejadian yang telah berlaku. Di antaranya kisah Nur Amalina Che Bakri yang telah berubah. Beliau merupakan seorang pelajar pintar daripada Kelantan yang telah mencipta rekod dengan mendapat 17A untuk SPM. Apa yang berlaku terletak pada dirinya sendiri bukan pada orang lain. Buruk baik dia boleh tentukan sendiri. Orang-orang tua cakap susah nak jaga budak-budak pandai sebenarnya. Sebab ada je akal dan idea mereka. Contohnya baring atas jalan semasa demo. OPS....!!!



Sunday, December 25, 2011

Word Verification

 Bila aku blogwalking, selalu jugak aku akan tinggalkan jejak aku. Aku komen lah entry terbaru blogger tersebut. Tapi ada jugak yang aku tak komen. Sebab kadang-kadang tak tau nak cakap apa. Takut tersalah cakap pulak. Hahahaha.. Takut lah orang kecik hati ke kan. Sebab aku nie kekadang suka bergurau. Lepas tu kena lah isi word verification. Banyak yang pelik-pelik. Yang sempat aku simpan nie lah.. hehe  







Saturday, December 24, 2011

Sweet nya mereka..

Aku baca entry kat blog list aku and find out this. Aku tengok video nya sweet sangat.. Aku pulak yang tersenyum-senyum. Hahaha. Korang mesti dah tau kan. Video Timothy Tiah (pengasas bersama nuffnang) melamar kekasih nya Audrey Ooi (blogger) baru-baru nie. hehehe.. 


Aku tengok lelaki nie naif jer. Macam malu-malu jer. Hahaha.. Tu yang buat mereka nie comel. Hehehe.. Siap ada 'puss' lagi tu.. hahahaha...  "So, what happens now..?" hehehe



Merry Christmas

Kepada meraka yang beragama Kristian, Selamat Hari Natal ye. Hehehe.. Seingat aku kan, aku ada kawan kristian nie sorang jer. Masa kat belajar kat KMNS tu. Aku panggil yuyu jer. Nama panjang dah tak ingat. Hehehe.. Dia orang asli dan orang asli first time aku jumpa masa tu. hehehe So untuk krismas nie kan, aku suke main doodle kat homepage Google. hahaha. Comel jer..

Friday, December 23, 2011

Pre-registration course UiTM semester 2012



Aku baru je register course untuk semester 8. Semester terakhir aku..!!!!! Tapi yang tak best nye macam mengong je sistem nie. Aku stuck subject FAR 600 tak boleh register sebab bertindih dengan subjects yang lain. So, aku biarkan je lah. Dah lah untuk subject nie kelas nya lain-lain. Maksud aku macam nie.

Aku daftar semua subject untuk Kelas N. Memang dah settle lah. Untuk satu subject (merujuk di atas) tu je lah takde kelas N. Elok-elok kelas start dari A tiba-tiba lepas L terus Q. Kelas N, M dan P takda. Tak ke sengal. Okey tu nombor satu.

Lepas tu fine lah. Untuk kelas nie aku daftar lah kelas lain dulu kan. Sekali kan, punya lah aku try satu-satu SEMUA NYA TAK BOLEH. Ada jer yang bertindih jadual waktu kelas tu. Ape ke heii nye wehhh.. So, aku ambil keputusan biarkan je lah. Daripada aku sakit hati kan. Baik aku close & logout.