.

Followers

Thursday, February 24, 2011

Masuk darjah 6 balik..

Kadang-kadang ada benda yang kita dah lama tinggal kita akan lupa. Contohnya kenapa air laut pasang dan surut, berapa planet ada kat alam semesta ini atau pun macam mana nak selesaikan segitiga dalam bulatan. Semuanya aku alami dan mujur lah aku ada ingat sikit2. Aku kalau bab matematik ni memang boleh lah kan. Tapi kalau bab sejarah ke atau pun sains ke memang lemah. Pasal tak minat.

Tadi aku tolong anak buah buat homework dia. Pasal FOOD CHAIN dan FOOD WEB. Ape bende tuh. Food chain tau lah Food web nie apa lak?? Yelah, sedia maklum lah dulu kan aku belajar semua Bahasa Melayu. Tak minat Bahasa Inggeris pon tu yang selow sikit..hahaha..

FOOD CHAIN tu merujuk rantaian makanan yang melibatkan tumbuhan dan haiwan. Tumbuhan dikenali sebagai primer dan haiwan pulak sekunder. Dulu aku belajar macam nie lah. Betul ker tak?? Jadi setiap haiwan dan bergantung kepada haiwan yang lain atau pun tumbuhan. Bergantung jenis haiwan tersebut samada herbivor, karnivor atau pun omnivor.


FOOD WEB pula gabungan rantaian makanan dan dijadikan satu rantaian makan yang besar. Setiap hidupan tidak terhad kepada satu hidupan yang lain. Ini boleh dilihat didalam satu habitat yang mengandungi pelbagai jenis hidupan. Contohnya katak boleh di makan oleh ular disamping di makan oleh burung helang.

2 comments:

Redbloodsnow said...

LAMA TAK TGK GAMBARAJAH SPT TU TAW..RINDU NYAAA..HAHA :P

ainasuhana said...

hahaha..lame kann...